Selamat Hari Merdeka


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Mesti semua orang dalam mood raya lagi kan? Mesti semua orang masih sibuk-sibuk nak pergi beraya kan? Mesti semua orang masih ada lauk raya la gi kan? Sama la dengan saya...alhamdulillah dapat berpuasa sebulan di rumah tahun ni. Sambut ia dengan kesederhanaan..

Merdeka, Jalur Gemilang, Selamat Hari Merdeka, Malaysia

Apa-apa pun entri kali ni adalah untuk saya ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 54...walaupun negara dah lama merdeka, tapi ada juga sesetengah golongan yang masih dijajah pemikirannya. Erti merdeka yang sebenar ialah bebaskan pemikiran daripada dijajah oleh unsur-unsur luar. 


P/s : Update ni pun cepat-cepat je :)

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Salam 'Idul Fitri


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

InsyaAllah kalau mengikut kalendar..Selasa minggu depan kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya 'Idul Fitri atau Hari Raya Puasa kan..sebelum tu, saya nak ucapkan awal-awal la ye. Di kesempatan ni..saya Atika Aula ingin memohon maaf sekiranya ada di dalam penulisan saya yang mengguris hati dan perasaan sesiapa yang membaca..niat saya hanya ingin menyampaikan apa yang betul sahaja..walaupun saya sendiri kurang sempurna..InsyaAllah kita sama-sama menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah-mudahan..

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri Maaf Zahir dan Batin..

Akhir kata, saya nak beri kad raya ni kepada semua yang datang ke blog saya. Sudi-sudi lah ambil ye. Pilih je yang mana satu..

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya
Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya

Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Aidulfitri, Syawal, Kad Raya


Kalau nak ambil, klik je pada gambar ni. Lepas tu boleh ubah saiz gambar untuk sesuaikan di blog masing-masing. Tengok kat sini >TEKAN<

Dah ambil nanti, tinggalkan la komen ye :)


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pengukur Kejayaan Sesebuah Blog


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Agak-agak apa tanda aras atau pengukur kejayaan sesebuah blog ye?

  • Adakah blog yang cantik dan kemas dikatakan sebagai blog yang berjaya? 
  • Adakah blog yang paling ramai followers merupakan blog yang berjaya?
  • Adakah blog yang memiliki entri yang paling banyak "like" merupakan blog yang berjaya?
  • Adakah blog yang menduduki ranking Alexa yang teratas merupakan blog yang berjaya?
  • Atau..ada lagi pilihan jawapan yang lain??

Kebanyakannya ramai yang melihat blog yang memiliki paling ramai followers merupakan blog yang paling berjaya kan..terutamanya blogger-blogger baru, sebab tu masing-masing mengejar followers sebab tu wujudnya istilah "I follow u, u follow me back..". Bagi saya, ia nya tak salah jika masing-masing ikhlas dan tidak rasa terpaksa. Sebenarnya kejayaan sesebuah blog bergantung kepada blog yang menduduki ranking Alexa yang teratas..itu pendapat saya. Ramai juga blogger yang masih tak tahu apa tu Alexa kan?

Alexa tu merupakan satu sistem yang dapat memberikan kita maklumat tentang sesuatu laman web/website/blog contohnya seperti website yang paling popular, jumlah traffik sesuatu website, SEO (Search Engine Optimization) dan lain-lain. bagi sesiapa yang masih tak tahu lagi apa maksud istilah-istilah ni. Boleh cari di Google ye..

Alexa, Ranking Alexa, Ranking Alexa di Malaysia, Maksud Alexa, Gambar Alexa

Bila sesebuah blog tu terletak diranking Alexa yang teratas..itu maksudnya blog atau website tersebut paling mudah untuk dijumpai di mana-mana search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan seumpamanya contohnya macam Facebook. Kalau tengok ranking Alexa di Malaysia, Facebook menduduki tempat pertama..menunjukkan rakyat Malaysia ni hampir keseluruhannya ada Facebook. 

Follow, Button Follow, Follow Button, Button Follow Blogspot, Followers

Dulu waktu saya mula-mula aktif berblogging..persepsi saya ialah kalau blog tu paling ramai followers, blog tu la yang paling berjaya..tapi sekarang semua tu dah berubah. Buktinya ialah..banyak je blog yang memiliki beribu-ribu followers tapi jauh kebelakang dalam ranking Alexa berbanding mereka yang jumlah followers tak samapi seribu pun, tapi ranking kat Malaysia cuma beberapa ratus je..jadi, jangan ukur mereka yang banyak followers, blog mereka yang paling hebat..


Tapi saya tak nafikan juga..ada juga mereka yang banyak followers dan terletak dalam ranking tertinggi Alexa..cuma saya nak beritahu, jangan terlalu mengejar followers..apa yang kita perlu kejar ialah pembaca setia. Pernah bayangkan tak..berapa ramai yang gunakan search engine setiap hari? Berjuta-juta orang kan..jadi, pembaca blog kita bukan sahaja terdiri daripada blogger bahkan setiap orang termasuk bukan blogger pun dapat menjadi pembaca setia blog kita. Kalau blog/website mudah dijumpai di search engine, maksudnya pembaca blog kita akan lebih ramai berbanding mereka yang memiliki belasan atau puluhan ribu followers..


Sekarang ni saya pun baru berjinak-jinak nak bermain dengan SEO..tu pun masih lagi di dalam percubaan. Tengok je la blog saya masih lagi dalam ranking yang bawah..sebab dulu yang saya tau, blogwalking je dan tak cuba aplikasikan teknik SEO. Jom la kita sama-sama cari pembaca setia dan bukan hanya follow sahaja..kan bagus kalau ada 3 ribu followers dan 3 ribu tu jugak jadi pembaca setia blog kita..betul tak? Sebab tu saya cakap tadi..tak perlu rasanya nak memaksa orang lain untuk follow blog kita..sebab nanti kita akan hanya dapat follower dan bukan pembaca setia kecuali dia ikhlas dan betul-betul tertarik dengan penulisan atau maklumat yang ada di blog kita..


Jadi..fikir-fikirkan la ye...

P/s : Kalau ada maklumat yang salah..sila betulkan ye, maklumlah saya budak baru belajar. Baru nak ambil tahu pasal benda-benda ni..:)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

19 kali perkosa


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Macam biasa..lepas sahur mesti bukak laptop kejap dan tengok-tengok blog dan fb. Terbaca 1 berita ni daripada My Metro..macam-macam la jenayah sekarang ni. Dah tak selamat rasanya nak pergi mana-mana. Mudah-mudahan dijauhkan semua perkara yang tak baik..ok, jom baca berita ni.


KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.
Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.

“Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.

“Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.


Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.

“Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya,” katanya.



Moral of the story :
  • Kepada para wanita, kena jaga diri baik-baik dan keluar rumah jangan bersendirian
  • Pelajar wanita yang tinggal menyewa di rumah sewa pastikan jangan bersendirian di rumah kalau sorang-sorang pun..sila lah kunci pintu dengan betul.
  • Jangan mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali sampai nak keluar dan berjumpa
  • Amalkan membaca ayat-ayat pendinding diri seperti ayat Kursi dan bila nak keluar rumah baca doa keluar rumah mudah-mudahan terhindar daripada perkara yang tidak baik.
  • Wahai wanita, sila tutup aurat anda dengan sempurna. 


Dosa, Pahala, Dosa dan Pahala, Perkosa, Rogol, Hudud, Jenayah, Qisas


P/s : Zaman sekarang ni banyak betul kes-kes macam ni..salah siapa? Allah dah tetapkan hukum hudud dan qisas supaya dilaksanakan dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia, tapi manusia pula sombong sebab tak nak laksanakannya. Akhirnya, jenayah tak henti-henti macam air mengalir..wanita pula suka sangat tayang-tayang aurat sampai dapat menggugat iman kaum Adam..lelaki pula masing-masing tak berusaha mempersiapkan benteng yang kukuh daripada godaan kaum Hawa. Kemanisan iman itu hanya akan dapat dicapai bila kita mendekatkan diri kepadaNya..kembali lah kepada fitrah yakni Islam. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Cara untuk mengesan dan mengelakkan blog dijangkiti Malware


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Pada entri yang lepas, saya dah ceritakan tentang pengalaman blog saya terkena virus Malware. Kali ni saya nak kongsikan sedikit tips atau cara untuk kita kesan virus tersebut dan juga langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengelakkan terkena virus Malware.

Seperti mana yang saya bagi tau kat kawan-kawan dulu, tips yang saya akan bagi ni sekadar apa yang saya tau je...kalau kawan-kawan ada tips dan cara yang lain dan lebih baik serta berkesan, boleh sama-sama kongsikan ye.

Cara untuk kita mengesan virus Malware di website/blog :
  • Bila browsing guna Google Chrome (hanya google chrome sahaja yang dapat kesan, kalau nak tau contoh amaran..boleh klik link ni >TEKAN< )
  • Daftarkan blog/website di Google Webmaster Tools (banyak kelebihan bila mendaftar blog di sini)

Google Webmaster Tools, Malware, Cara Mengesan Virus Malware, Cara untuk mengelakkan Virus Malware, Virus Malware, Bahaya Malware

Google je untuk cari dan boleh ikut langkah-langah yang diberi untuk mendaftar. Cuma apa yang saya nak ajar kat sini ialah bila dah daftar, kawan-kawan boleh cek sama ada website atau blog kawan-kawan tu ada Malware atau tak dengan cara macam ni.

Google Webmaster Tools, Malware, Cara Mengesan Virus Malware, Cara untuk mengelakkan Virus Malware, Virus Malware, Bahaya Malware
Klik pada Diagnostic kemudian Malware


Google Webmaster Tools, Malware, Cara Mengesan Virus Malware, Cara untuk mengelakkan Virus Malware, Virus Malware, Bahaya Malware
Kalau tak ada virus Malware, akan keluar notis macam ni..Tu je..

Cara untuk mengelakkan virus Malware di website/blog :
  • Pastikan kalau kita ambil sesuatu daripada blog orang lain, kita mesti hilangkan link yang boleh direct kepada blog pemiliknya. Caranya ialah dengan buat gambar tersebut tidak boleh klik. Cara 1 atau cara 2 kecuali banner atau apa-apa gambar yang tak boleh dibuang linknya..kalau kawan-kawan ambil banner orang lain kemudian buang linknya, lebih baik tak payah ambil kan? Jadi, jangan buang. Cuma perlu ingat gambar mana yang masih ada link. Seeloknya mana-mana yang tak perlu, buang sahaja. 


Mungkin kalau kawan-kawan ada tips yang lain, boleh sama-sama kongsikan ~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pengalaman Salam Ukhuwah dijangkiti Malware


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Tengahari tadi baru saya bukak laptop dan macam biasa la mesti nak cek blog, tiba-tiba, keluar amaran "Malware Detected" oleh google disebabkan saya biasa browsing guna Google chrome kan. So, bila website dijangkiti malware, akan keluar amaran ni. Terkejut jugak, mesti ramai pelawat yang tak jadi nak masuk blog saya. Tapi ini disebabkan pengalaman saya yang kedua, saya terus buang virus tersebut dan sekarang dah ok. Alhamdulillah..

Malware, Malware Found, Malware Detected, Virus Malware, Anti virus Malware, Cara nak buang virus Malware di website
Website yang dijangkiti malware akan keluar amaran macam ni..kalau browsing guna Google Chrome

Dulu waktu mula-mula berjinak-jinak dengan blog, pernah sekali blog saya dijangkiti Malware dan memang waktu tu saya tak tau langsung nak buat apa. Cari maklumat kat google, cari maklumat kat blog orang lain..macam-macam saya buat, sampai berhari-hari la kan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya buang virus tu. Rupanya ada satu award yang masih ada link pemilik blog tu melekat di blog saya. Bila saya letak, jadi blog saya juga terkena tempiasnya. Bila saya buang, terus ok.

Hari ni pun sama, banner salah sebuah website yang dijangkiti tu ada di blog saya dan lepas saya buang dah ok. Macam mana nak tau virus tu datang dari mana ialah tengok pada amaran yang keluar dekat screen sebelum masuk website sesebuah blog tu dan lepas tu kita kena buang mana-mana gambar or banner or award or apa-apa la yang masih link kepada blog atau website tadi. 

Saya pernah terbaca, blog yang dijangkiti malware ni kalau tak dibuang virus tu..dalam masa yang tertentu akan didelete oleh google, lebih kurang macam tu la. Kalau website or blog tersebut penyebar virus..kena ambil langkah yang lebih susah untuk buang, tapi kalau kita terkena tempias website atau blog orang lain yang macam saya sebutkan tadi, senang je. Yang penting kita kena tahu punca dari mana. 

Malware, Malware Found, Malware Detected, Virus Malware, Anti virus Malware, Cara nak buang virus Malware di website
Macam ni la agaknya muka virus tu.huhu

Bagi blog or website yang terkena Malware, jangan panik dan terus cari punca dan langkah untuk buang virus tersebut. Nanti saya akan kongsikan beberapa langkah cara untuk mengelakkan website or blog kita dijangkiti virus Malware, tips tu pun setakat mana yang saya tau je ye. Nanti mungkin kalau ada yang tahu lebih, boleh berkongsi..


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Dah nak dekat raya rupanya


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tak sedar rupanya tinggal beberapa hari je kan dah nak habis bulan Ramadhan, lebih kurang dalam 7 or 8 hari je. Minggu depan dah nak sambut bulan Syawal, dah raya puasa. Rasanya hari tu baru je saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..waktu sekarang ni masa memang cepat berlalu kan. Semuanya sekelip mata je..

Bila dah nak raya..tandanya saya dah nak dekat balik UKM semula la, kalau tak silap 11/9 masuk UKM balik. Jumpa balik kawan-kawan lepas 4 bulan tak jumpa. Hmm..dah cuti 4 bulan kat rumah rasa dah malas pulak nak balik sana.hehe. Tapi nak buat macam mana kan, belajar tu pun jihad..yang penting hati kena ikhlas. 

Fakulti Pendidikan UKM, Pendidikan UKM, Pendidik UKM, UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Kuliah Fakulti Pendidikan UKM, FPend
Ni la Fakulti Pendidikan UKM

Masuk sem baru maksudnya saya pun masuk la tahun 3, tinggal 2 tahun lagi nak habis belajar kat UKM. Mudah-mudahan setiap ilmu yang saya belajar, saya dapat amalkan dalam hidup. Tahun depan tak tau la lagi dapat tak puasa kat rumah, tahun ni yang paling untung..sebulan dapat puasa kat rumah. Jadi, cuti yang ada manfaatkan betul-betul. 

Bila candid, macam ni la jadinye..tak senonoh sungguh =]

Ok la, selamat berpuasa kawan-kawan...


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Salam Ukhuwah dah berubah


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Salam Ukhuwah dah berubah? Apa yang berubah eh? Cuba kawan-kawan teka..mana yang selalu datang blog saya tu tau la kan.hehe. Saje nak tukar icon pulak..sebenarnya saya memang minat Ana Muslim, banyak barang-barang saya jenama Ana Muslim, cuma cari t shirt muslimah je tak jumpa-jumpa lagi. Ok ke blog saya sekarang? Tak banyak yang berubah kan..sikit je pun. Pape pun, saya dah bagi kredit gambar tu kepada Ana Muslim, saya bukan pencuri cyber tau. Ada kredit tu..kat bahagian sidebar. hehe.



Ok la, bila-bila kalau bosan dengan icon-icon kat blog ni..boleh tukar lagi . Salam Ramadhan ke 20 ~


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kategori Apa Ye?


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Setiap blog mesti ada kategori tersendiri kan..sama ada blog personal, blog perniagaan, blog kesihatan, blog agama, blog tutorial dan macam-macam lagi. Kategori-kategori ni memudahkan orang lain untuk rujuk dan tahu kat mana untuk rujuk sumber-sumber agama, kat mana nak rujuk resepi-resepi terbaru dan lain-lain lagi. Tapi ada satu perkara yang saya selalu fikirkan tau..saya sendiri tak pasti blog saya terletak di bawah kategori apa. Kalau waktu masuk pertandingan atau bila nak letak dalam bloglist blogger lain, saya paling susah nak letak kategori blog sebab saya sendiri pun tak pasti blog saya kategori apa. 

Kemudian, bila saya blogwalking dan jumpa ada kawan-kawan blogger letak blog saya dalam senarai bloglist..mesti dalam kategori yang berbeza-beza tau. Ada dalam bahagian agama, ada yang letak dalam bahagian tutorial, ada yang letak blogger ikut jantina dan ada juga yang letak blog favourite dan macam-macam lagi la kan. Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih sangat sebab letak blog saya dalam bloglist kawan-kawan. Terima kasih tau!!http://www.emocutez.com

Mungkin kawan-kawan boleh kategorikan sendiri blog saya terletak dalam kategori apa, ikut la maklumat mana yang kawan-kawan suka rujuk. Kalau suka rujuk tentang info-info agama, boleh letak bahagian agama. Kalau kawan-kawan suka rujuk tutorial yang ada di blog saya, letak la dalam kategori tutorial. Kalau suka lagu-lagu, letak lah dalam kategori lagu..terpulang la yang penting jangan kategori yang tak elok sudah la kan.http://www.emocutez.com 

Dulu saya pernah terbaca satu tips, dah lama dan saya tak ingat kat mana. Apa yang saya baca ialah kalau nak berjaya dan nak ramai datang blog kita..kena tulis pelbagai perkara sebab tak semua suka perkara yang sama dan orang akan mencari pelbagai perkara yang berbeza. Kalau kita tulis macam-macam hal..jadi, blog kita lebih banyak maklumat. Itu lah salah satu tips blogging. Mungkin jugak..saya pun masih lagi dalam proses percubaan ni. 


Blog, Blogspot, Blogger, Blog Button, Icon Blog, Category, Kategori Blog



P/s :Kawan-kawan rasa blog saya sesuai kategori yang mana ? http://www.emocutez.com


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Ubah Saiz Gambar


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Saya nak ajar kawan-kawan cara nak ubah saiz gambar, kadang-kadang ada gambar yang besar dan bila nak letak di sidebar tak sesuai kan? Kalau di bahagian entri kita mudah untuk adjust kan..tapi di sidebar kita kena tambah kod untuk adjust saiz gambar tersebut. Tak kira la banner ke, award ke atau apa-apa. Maksudnya gambar format png atau jpg.


Ok, jom tengok dan boleh cuba lepas ni ye..



<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM8xKwVj7zi7-RFBTTenuKuJ5fboM4pakR1smzaLUvBLYAZMqkZEv4Ek1xlgloXhwmWdomB9jslG-Nh3jdAdcqMFAvVv-FUQSDYJB4fo1-AMpagcxuyOSz2dZPtV-mBrrGzdF9xAKyNZY/s1600/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="320" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM8xKwVj7zi7-RFBTTenuKuJ5fboM4pakR1smzaLUvBLYAZMqkZEv4Ek1xlgloXhwmWdomB9jslG-Nh3jdAdcqMFAvVv-FUQSDYJB4fo1-AMpagcxuyOSz2dZPtV-mBrrGzdF9xAKyNZY/s400/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" width="400" /></a>

Ni kod gambar yang saya upload dan kod gambar ni dah sedia ada saiznya..kalau nak adjust, lebih mudah. Ubah je height dan width tu.



<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM8xKwVj7zi7-RFBTTenuKuJ5fboM4pakR1smzaLUvBLYAZMqkZEv4Ek1xlgloXhwmWdomB9jslG-Nh3jdAdcqMFAvVv-FUQSDYJB4fo1-AMpagcxuyOSz2dZPtV-mBrrGzdF9xAKyNZY/s1600/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="256" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM8xKwVj7zi7-RFBTTenuKuJ5fboM4pakR1smzaLUvBLYAZMqkZEv4Ek1xlgloXhwmWdomB9jslG-Nh3jdAdcqMFAvVv-FUQSDYJB4fo1-AMpagcxuyOSz2dZPtV-mBrrGzdF9xAKyNZY/s320/Upin+Ipin+dan+Kawan-kawan.jpg" width="320" /></a>

Lepas dah diubah..


Saya bagi gmbar yang tak ada saiz pulak eh..



<a href="http://atikaahmadiah.blogspot.com/"target="_blank"><img src="http://i1116.photobucket.com/albums/k566/Atika_Aula/cats.png" border="0"></a>

Tengok kod kat atas tu tak ada saiz kan? Ok, kita tambahkan height dan width macam ni..




<a href="http://atikaahmadiah.blogspot.com/"target="_blank"><img src="http://i1116.photobucket.com/albums/k566/Atika_Aula/cats.png" border="0" height="150" weight="150" ></a>


height dan width tu pastikan saiz yang sesuai dengan gambar

Dah siap!! Selamat Mencuba ~


Tengok jugak tutorial gambar tak boleh klik. Cara 1 dan cara 2.

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Cara nak dapatkan Pageview Blog yang sebenar


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kali ni saya nak ajar kawan-kawan yang mana tak tau lagi la kan..yang dah tau takpe, boleh baca dan betulkan kalau tersilap ye. Saya nak tunjukkan cara nak dapatkan jumplah sebenar pageview blog masing-masing. Jumlah pageview menunjukkan berapa ramai yang buka page blog kita, yang baca entri-entri yang kita tulis sama ada yang baru atau pun yang lama-lama.

Ok, jom ikut saya

1. Buka dashboard dan klik pada stats


2. Klik pada "Don't track your own pageviews"


3. Pilih don't track my pageviews dan klik save


4. Done!!
http://www.emocutez.com

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kelebihan Ber"blogging"


بسم الله الرحمن الرحيم


Wordpress, Logo Wordpress, Blog, Wordpress ButtonBlogspot, Blog, Blog Button, Button Blog

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai yang dah mula miliki website sendiri kan..setiap orang buka website atas sebab yang tersendiri, yang penting mesti ada sebab cuma setiap orang berbeza sebab dan alasan kenapa memiliki website. Cara yang paling mudah untuk ada laman web sendiri ialah dengan cara buat blog, daftar di bawah blogspot atau wordpress atau perkhidmatan yang lain. Tapi yang paling popular ialah Blogspot dan Wordpress memandangkan ianya percuma dan tak perlu dibayar kecuali yang ada domain sendiri. 

Ramai kan yang dah ada blog, agak-agak blogger paling muda umur berapa tahun ye? Maybe sekolah rendah, tapi tak pasti la berapa tahun. Bagi saya, berblogging mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri kepada pemilik blog berbanding dengan laman sosial seperti FB. Nak tau? Jom baca apa kelebihan berblogging ni, tapi ini merupakan pendapat saya secara peribadi ye..


  • Tambah ilmu pengetahuan
Bila berblogging semestinya nak blogwalking kan atau singkatannya BW, bila blogwalking..mesti la kita akan ziarah banyak blog blogger lain. Secara tak langsung kita juga dapat baca pelbagai cerita, kisah, informasi terbaru yang ada ditulis pada blog orang lain. Macam-macam perkara kan? Yang pasti, cerita yang ada di blog lebih laju daripada berita di surat khabar/majalah/ tv dan lain-lain. Betul tak?


  • Semakin rajin untuk mengkaji/ "explore"
Sebelum saya jadi seorang blogger tegar, saya jarang google untuk cari maklumat-maklumat terbaru, maklumat terkini dan sebagainya. Tapi, bila dah jadi seorang blogger tegar, saya semakin rajin untuk cari bahan tambahan lain sebelum saya hasilkan sebuah entri terutamanya entri yang berkaitan dengan agama. Saya banyak membaca artikel, pendapat dan pandangan orang lain tentang sesuatu perkara. 

  • Menjadi seorang yang kreatif

Setiap blogger mesti nak memiliki laman web atau blog yang terbaik kan? Jadi, mesti explore dan cuba macam-macam untuk menjadikan blog lebih mesra pengguna, lebih cantik, lebih ringan dan sebagainya. Dulu saya langsung tak mahir bab-bab coding blog ni terutamanya dibahagian HTML, sekarang alhamdulillah saya dah boleh ubah-ubah kod tu sendiri. Kiranya dapat lah juga adjust tanpa meminta bantuan orang lain.

  • Wujudnya semangat bersaing secara sihat
Setiap blogger pasti akan rasa untuk menjadikan blog masing-masing blog yang terbaik, nak dapat ranking yang terbaik, nak dapat trafik yang tinggi, nak dapat income lebih dan lain-lain. Tapi, saya tak nafikan juga masih ada yang tidak bersaing secara sihat dalam dunia blog ni contohnya Blogwalking Palsu, Blogger IFrame.

  • Menanam minat suka menulis dan mengarang
Perkara ni memang saya setuju sangat-sangat, memang saya akui bila saya dah jadi blogger, saya akan cuba hasilkan penulisan yang terbaik. Saya akan cuba menulis tanpa menggunakan "shotform" atau tulisan SMS sebab salah satu tips untuk menarik pembaca ialah menulis tanpa shortform dan bahasa yang kita gunakan mudah, ringkas dan padat. Sememangnya setiap orang yang bergelar blogger akan menulis atau menaip, bukan beberapa perkataan tapi hampir seperti sebuah karangan. Berbeza dengan di laman sosial seperti FB.

  • Dapat kenalan baru
Biasanya kalau kat laman sosial seperti FB, kita tak kan mudah untuk approve seseorang sebagai "friend" kan sebab orang boleh menyamar apatah lagi untuk berjumpa kat luar. Mungkin ada yang betul-betul jujur tapi kebiasannya penipu. Tapi, dalam dunia blogging berbeza pula kan. Sampai ada yang buat perjumpaan lagi, mungkin sebab melalui blog kita dapat menilai dan mengagak persoanaliti seseorang. Dari gaya penulisan, gaya cerita yang disampaikan dan lain-lain. 

  • Diri menjadi lebih matang
Perkara ni juga saya memang dapat rasa sangat kesannya..betul, diri saya agak berbeza dengan yang dulu. Mungkin sebab bila nak tulis sesuatu entri, saya rujuk dulu mana-mana sumber sama ada buku atau internet dan secara tak langsung saya pun belajar dan mengingatkan semula ilmu yang telah lama saya tinggalkan. Bila nak tulis sesuatu entri tu perlu berhati-hati dan pastikan tulis dengan betul sekiranya ia melibatkan ayat AQ, Hadith ataupun fakta.


Setiap blogger mesti ada pengalaman sendiri kan? Mungkin juga setiap orang berbeza-beza, tapi secara jujurnya inilah pengalaman atau sedikit perkongsian daripada saya. 


P/s : Tujuan berblogging yang berbeza-beza, agak-agak betul ke statistik ni? :)

Statistic Blog, Sebab Ada Blog, Blog, Blogging, Why You Blogging



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Open Your Eyes


بسم الله الرحمن الرحيم





Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony


Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for usOr are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Open Your Eyes, Maher Zain, Mata, Mata Cantik, Mata Menawan



Tambahan santapan rohani dan jiwa..klik sini >TEKAN<


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Harapan saya terhadap Program Realiti Ustazah Pilihan & Solehah


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


Saya rasa semua orang dah tahu wujudnya iklan untuk mencari personaliti baru yang akan menjadi ikon muslimah dalam Rancangan Realiti Ustazah Pilihan di Astro Oasis dan Solehah di TV Al Hijrah kan, first impression saya tentang rancangan yang bakal wujud ni ialah saya berpendapat bagus dan elok diadakan bagi menggantikan rancangan realiti tv yang melalaikan yang ada sekarang ni..seolah-olah macam Imam Muda la kan tapi ni untuk muslimah. tapi itu first impression saya ye. 

Kemudian, tak lama lepas tu saya jumpa satu page di FB iaitu Haramkan Ustazah Pilihan dan Kami Menolak Program Ustazah Pilihan dan Seumpamanya. Saya like dan baca artikel dan sebab-sebab kenapa mereka menolak program tersebut. Ada benarnya juga..kalau nak baca, klik je link di atas. Mereka juga ada minta pandangan beberapa orang tokoh agama tentangnya. 

Pernah kawan saya bertanya kepada salah seorang ustaz tentang program seperti ni, ustaz tu bagi pendapat bahawa kita masih lagi tak dapat nak menilai sebab tak tahu secara detail macam mana program tu akan dilakukan dan mungkin hanya boleh menilai baik atau buruk bila dah dilangsungkan atau tahu secara detail tentang pengisian program tersebut.

Pendapat saya pula, saya rasa ada baik dan ada buruknya program ni..baik : program realiti yang melahirkan pendakwah muslimah. buruknya : ditakuti terlalu menarik perhatian contohnya make up tebal dan penampilan diri yang terlalu menonjol ( tabarruj ).

Jadi, harapan saya terhadap program ni ialah :
  • Saya harap ianya berkesan untuk melahirkan para daie hebat-hebat yang terdiri daripada kalangan wanita muslimah
  • Dapat menarik minat orang ramai untuk menonton rancangan program realiti yang bercorak keagamaan berbanding hiburan yang melekakan.
  • Para ustazah yang bertanding dapat menunjukkan imej dan personaliti sebagai seorang ustazah ( dari segi pakaian dan perhiasan )
  • Mereka yang bertanding mudah-mudahan niat yang tulus serta ikhlas untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan bukan semata-mata untuk popular dan sebagainya.

Ustazah Pilihan, Ustazah, Astro Oasis, Pencarian Ustazah Pilihan, Ujibakat Ustzah Pilihan 2011, Program Realiti Ustazah Pilihan Astro Oasis 2011

Solehah, Solehah TV AlHijrah, TV Al Hijrah, Al Hijrah, Pencarian Solehah, Pencarian Pendakwah Wanita, Rancangan Realiti Solehah TV Al Hijrah 2011, Ujibakat Solehah 2011


P/s : Apa yang saya takut ialah bila ramai lelaki yang menonton semata-mata nak lihat peserta yang mereka minat, bila perempuan yang keluar tv tak sama kesannya dengan lelaki yang muncul kat tv. Betul tak? (*___*)



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Saya Bukan Orang Dakwah La!!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Dakwah, Saya Suka Dakwah, Maksud Dakwah, Erti Dakwah, Tanggungjawab Dakwah, Dakwah Islam, Manusia dan Dakwah

Eh..saya ni bukan orang dakwah la, pe ni..saya takde masa nak buat kerja-kerja dakwah ni. Lagipun saya bukan tau nak berdakwah..ilmu pun tak cukup. Dakwah ni kerja ustaz-ustaz, tok haji-tok haji yang duduk kat surau tu je. Saya langsung takde kaitan dengan dakwah ok! Selagi orang tak kacau hidup saya..saya takkan kacau hidup orang lain. Lantak diorang la nak watpe pun, kubur kan lain-lain. Haishhh..


Ok, saya rasa cukup la dialog tu sebagai satu intro untuk entri kali ni..ada sesetengah ayat yang kita biasa dengar kan? Ok takpe..meh-meh saya nak kongsikan sikit beberapa perkara. Jom baca..



Dakwah ni apa benda? Cuba explain sikit.

Dakwah tu berasal daripada perkataan Arab : دعا ، يدعو،دعوة yang bermaksud mengajak atau menyeru. Itu dari segi bahasa. Dari segi istilah pula ialah mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak pengertian dakwah sama ada dari segi bahasa mahupun istilah tapi saya ambil yang mudah je. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la cari buku yang bertajuk Metodologi Dakwah, Psikologi Dakwah dan sebagainya. 


Ok, tapi saya tak pandai nak bagi ceramah..ilmu pun tak banyak. Camne?

Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara dan ikut kemampuan masing-masing. Kalau awak pandai bercakap..gunakan kemahiran komunikasi awak untuk berceramah. Kalau pandai menulis..hasilkan idea-idea yang bagus untuk berdakwah. Tulis novel Islamik ke..berblogging ke. Kalau tak tau nak buat cara-cara macam yang saya sebutkan tadi, senang je..tunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain, ikut akhlak Rasululllah s.a.w. Cara yang ni lebih mudah untuk orang ikut, sebab kita berdakwah melalui perbuatan kita dan tak perlu banyak cakap. Kalau tak percaya, cuba la!

Tak ada sebab untuk kita tak berdakwah sekali pun kita tak banyak ilmu..kalau kita dah tau kita masih cetek ilmu agama, kita belajar la lagi. Cari buku-buku agama dan rajin bertanya kepada yang pakar dan cari kawan-kawan yang baik. Kita halang orang nak buat jahat pun dah dikira dapat pahala, kita ceritakan perkara kebaikan kepada orang lain pun dah dapat pahala. Mudah kan? Allah itu Maha Pemurah. 

"Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasanya), jika dia tidak sanggup maka dengan lisannya (percakapan), dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya (membenci kemungkaran tersebut). Itu adalah selemah-lemah iman ."
(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud & Tarmizi)


Ala..tapi kan dakwah ni kerja ustaz/ustazah dan pak haji yang kat surau tu je. Biar je la diorang yang wat.


Ingat tak sebab apa manusia diciptakan di dunia ni? Sebab pertama ialah untuk beribadah kepada Allah dan sebab kedua ialah untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi ni. Apa maksud "khalifah"? Khalifah itu ialah pengganti. Maksudnya pengganti Allah di muka bumi untuk mentadbirkan alam semesta. Siapa pula manusia tu? Of course la saya dan awak semua! Apa pula tugas-tugas khalifah ye? Salah satunya ialah menyebarkan kebaikan (Islam) dan menyekat kemungkaran. Tiada pengkhususan dalam Al-Quran bahawa tugas khalifah itu hanyalah tugas orang tertentu sahaja. Sebenarnya asalkan seseorang itu mengaku bahawa dia merupakan muslim, maka dia akan ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) untuk berdakwah. 


Tapi saya ni busy, so saya takde masa nak dakwah-dakwah ni. Lagipun dapat duit ke?

Sebarkanlah kebaikan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan sekatlah kemungkaran juga mengikut kemampuan diri. Buat mengikut kemampuan awak la kan. Memang tak dinafikan tugas sebagai pendakwah kurang mendapat ganjaran seperti wang dan pangkat serta kepopularitian. Memang kebiasaan orang yang menyebarkan dakwah ini akan dicemuh,dihina, dikeji dan sebagainya. Tapi, itu hanya pada pandangan manusia semata dan hanya di dunia. Di sisi Allah pula, ganjaran yang berlipat kali ganda..dan ia merupakan kerja yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. sebab bila kita berdakwah, maksunya kita meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni.


Tak nak la jadi pendakwah, saya nak jadi doktor or jurutera or kerja lain yang lebih menjamin.

Capai lah cita-cita awak, tiada siapa pun yang akan melarang. Betul la tindakan awak tu..nak jadi doktor, jurutera sebab kalau tak ada orang yang jadi doktor, siapa pula nak rawat pesakit? Nanti semua orang akan sakit kan? Jadi doktor tu kan Fardhu Kifayah. Cuma..kalau boleh, jadi la doktor yang beriman, jadi lah jurutera yang beriman, jadi lah apa pun..yang penting menjalankan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. 

Ala..saya ni tak suka la nak ambil tahu hal orang lain. Biar la diorang nak watpe pun!

Saya rasa awak elok baca artikel ni..>TEKAN< dan sebagai tambahan, sekiranya waktu awak nak masuk ke syurga Allah nanti, tiba-tiba ada yang menarik awak dan mempersalahkan awak atas sebab tidak menyebarkan kebaikan (Islam) sedangkan awak dah tau tentang nya. Macam mana? Apa alasan awak? 

Kubur lain-lain la..

Sebab kubur kita lain-lain la saya nak nasihatkan awak sekarang ni, sekarang kita belum masuk kubur lagi. Kita masih dapat berjumpa, dapat bertemu. Nanti bila dah berbeza alam..saya dah tak dapat nak nasihatkan awak. Nanti saya dah tak dapat nak tolong awak lagi sebab bila di alam barzakh ( alam kubur ), awak dah masuk ke alam yang seterusnya..saya pun dah tak dapat nak tolong awak. Saya nasihatkan ni pun sebab saya menjalankan tanggungjawab saya sesama Muslim dan saya sayangkan awak. :)


 "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."



-Hassan Al Basri-




P/s : Tiada alasan untuk tidak berdakwah ~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kontest Menang Duit Raya


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Hari ni saya nak join contest dari PuanBee..iaitu Kontest Menang Duit Raya. Saya nak cuba nasib, mana lah tau ada rezeki kan. Doakan saya..ok, tanpa membuang masa, saya nak ceritakan sedikit tentang produk Virgin Coconut Oil (VCO) yang dijual di blog PuanBee ni.


Virgin Coconut Oil, VCO, Maksud VCO, Kebaikan VCO, Kelebihan VCO, Khasiat VCO
Ini dia VCO tu..

Ok, saya copy sikit penerangan PuanBee tentang VCO ni ye.


VCO adalah ”Virgin Coconut Oil” atau minyak kelapa dara. Sebenarnya, minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum.
Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian.
Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia.
Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
”Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”
Dr. Bruce Fife
Director of the Southern Colorado
Chapter of the Weston A. Price Foundation

Ok, untuk tahu maklumat selanjutnya..kawan-kawan boleh klik link-link di bawah :



Kalau kawan-kawan berminat, boleh order di blog PuanBee ye..




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula