Remaja


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri kali ini saya tulis khas sempena saya menjadi follower FARISZ@AZ.Com yang ke 100. Saya telah diminta oleh empunya blog untuk menjawab beberapa soalan dan saya juga telah dihadiahkan banner ini. Syukran!!


Banner, Award Blog, Award Followers, Salam Ukhuwah

Khusus Buat Follower Ke 100
Dari FARISZ@AZ.Com


Soalan yang diajukan kepada saya berkaitan dengan remaja, terutamanya tentang remaja di Malaysia. Sebagai pendahuluan, lebih elok jika saya memberikan pentakrifan tentang perkataan remaja dan siapakah yang dikatakan sebagai remaja.

Perkataan remaja (adolescent) berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud berkembang iaitu satu proses perkembangan. Proses perkembangan bermula daripada perubahan fisiologi dan berakhir dengan perubahan psikososial. Dari perspektif Islam, remaja dianggap sebagai seseorang yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Dalam Islam juga, remaja dibahagikan kepada 2 peringkat.

-Peringkat selepas bermimpi yang usianya bermula daripada 12 tahun atau 13 tahun sehingga ke 21 tahun.
-Peringkat kematangan bermula dari usia 22 tahun sehingga 30 tahun.


Terdapat 3 soalan yang saya terima iaitu;

1. Nyatakan 3 punca permasalahan yang sedang melanda remaja khususnya remaja di Malaysia.


Menurut Dollah Mohamed (2006), berdasarkan pandangan Islam dan sokongan teori psikologi kaunseling, punca masalah remaja boleh dibahagikan kepada 4 faktor..
-Faktor keluarga = Status ekonomi ibu bapa yg rendah dan daif menyebabkan anak2 membesar dalam keadaan yg terbiar. Kehidupan ibu bapa yang bergelumang dengan dosa dan maksiat serta ibu bapa yg lebih mementingkan kerjaya daripada menjaga kebajikan keluarga sehingga bercerai berai. Begitu juga, keluarga yg tidak mengamalkan syiar Islam.
-Faktor peribadi yg kotor = Seseorang yg rosak akhlaknya dan mempunyai sifat2 yang keji.
-Faktor Sekolah = Disiplin sekolah yang longgar, dan juga guru yang tidak mengambil tahu kebajikan dan masalah murid2.
-Faktor Persekitaran = Hiburan2 yang melalaikan (konsert, pusat2 hiburan) , pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain2.


2. Nyatakan 3 permasalahan yang sedang melanda remaja khususnya remaja di Malaysia.


Terdapat banyak masalah sosial remaja masa kini termasuklah kes bohsia, hamil luar nikah yang menyebabakan pembuangan zuriat, penderaan, gengsterisme, rogol, sumbang mahram, rempit, ketagihan dadah dan sebagainya.


3. Nyatakan 3 jalan penyelesaian bagi masalah remaja khususnya remaja di Malaysia.


Pendekatan yang paling baik digunakan kepada golongan remaja ialah pendekatan psikologi. Hal ini disebabkan pendekatan psikologi menumpu terus kepada pemulihan jiwa dan rohani remaja. Pendekatan psikologi ( dakwah) ini terbahagi kepada 3 bahagian..
-Pendekatan Emosi = Menjelaskan tentang nikmat Allah kepada mereka yg patuh kepadaNya dan azab seksa kepada sesiapa yang melanggar perintahNya. Selain itu, menceritakan kisah2 umat terdahulu dan azab yg menimpa mereka apabila engkar kepada Allah s.w.t.
-Pendekatan Minda = Dengan cara mengajak mereka berbincang serta berdebat untuk mencari kebenaran dan memahami persoalan yang dipertikaikan iaitu dengan cara supaya mereka dapat menggunakan akal rasional untuk berfikir.
-Pendekatan Motivasi = Sentiasa mendorong dan memberi bimbingan serta galakan kepada mereka untuk berubah dan terus melakukan kebaikan.

Selain itu, menggunakan pendekatan kaunseling Islam. Mesej kauseling Islam adalah untuk mencapai ma'aruf dan menghalang kemungkaran serta membimbing manusia ke jalan yang benar. Kaunseling ini dibahagikan kepada 3 jenis..
-Kaunseling Keluarga
-Kaunseling Kelompok
-Kaunseling Individu

Hal ini adalah supaya golongan remaja dan ibu bapa menyedari tanggungjawab masing-masing dan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat. Namun begitu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan bagi menangani masalah remaja yang terlibat dengan gejala sosial.

Remaja, Ulul Albab, Remaja Muslim, Pekerja Berjaya, Pelajar Cemerlang


Kesimpulannya, golongan remaja perlu dibentuk dengan acuan dan cara yang betul supaya dapat melahirkan golongan remaja yang berketerampilan dan berpesonaliti mantap dari segi sahsiah dan akidahnya kerana remaja merupakan aset yang penting dan berharga untuk Islam. Masa depan umat Islam berada di tangan generasi muda hari ini. Rosak remaja hari ini, rosaklah masa depan umat Islam. Baik remaja masa kini, baik jugalah masa depan umat Islam.

Oleh itu, kita haruslah membentuk generasi muda Muslim yang berpesonaliti unggul dalam pelbagai sudut sebagai mana Rasulullah s.a.w membina "generasi Al-Quran " pada zaman baginda.

..Wallahua'lam..

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula