بسم الله الرحمن الرحيم
Kali ini saya akan membicarakan tentang topik Teknologi dalam Pendidikan Islam. Pada abad ke 21, teknologi maklumat menjadi salah satu agenda utama bagi negara kita yang sedang membangun. Penggunaan komputer adalah salah satu elemen terpenting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Penggunaan komputer dalam aktiviti P&P adalah satu kenyataan dan harus kita terima dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Selaras dengan perkembangan pesat teknologi pendidikan, para pendidik terutamanya guru-guru Pendidikan Islam turut tidak ketinggalan untuk menggunakan komputer sewaktu proses P&P. Maka, perkara ini dapat menjadikan subjek Pendidikan Islam lebih menarik, berkesan dan juga bermakna dalam diri para pelajar.
Berikan 5 pendapat/pandangan anda tentang kelebihan-kelebihan pengaplikasian teknologi (komputer) sewaktu proses P&P khususnya dalam subjek Pendidikan Islam ...
Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini