Kapal Karam


بسم الله الرحمن الرحيم


Kapal, Kapal Karam, Kapal Laut, Kapal Rosak, Kapal Besar, Kapal Lukisan


Seorang lelaki tersadai dipinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya. Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.



Pulau, Pulau Cantik, Pulau Peranginan, Pulau Indah, Pulau Tioman, Pulau Pinang

Akhirnya lelaki tersebut membina pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam. Satu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit. Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?" 

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu. Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal tahu dia berada di pulau itu. 

Dia bertanya kepada kapten itu : " Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?" Kapten kapal lau menjawab : " Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan."


Pengajaran : Jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.

P/s : Beriman dengan Qada' & Qadar Allah merupakan salah satu daripada rukun iman. Kita perlu percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..dengan cara itu, hati kita akan tenang dan tidak akan hadir prasangka buruk kepada Allah s.w.t. Semoga kita semua mendapat kekuatan itu. Amin.

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hargailah Orang Yang Kita Miliki



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Setelah lama tak berbelog, akhiranya saya update jugak. Kali ni saya nak tulis satu perumpamaan tentang kasih sayang. Saya salin daripada satu video yang saya ambil daripada youtube~


Rumput, Rumput Hijau, Rumput Segar, Rumput Basah, Umpama Rumput


Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang..

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah pilih rumput yang paling cantik, bawa ke kelas..


Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Lalu cikgu bertanya..

CIKGU : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik..

CIKGU : Ya!! Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh lagi ke belakang kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang, itulah yang paling cantik dan baik walau pun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi yang baik dan cantik macam rumput tadi....


P/s : Sayangilah orang yang kita miliki =]
 

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula