بسم الله الرحمن الرحيم
Kenapa semua orang suka baby?
Sebabnya :
- Comel
- Kecik je
- Wangi
- Macam anak patung
- __________ (Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai)
Secara fitrahnya, kita memang suka kepada baby kan. Cuma mereka yang tak waras je akan campak baby merata-rata macam sampah. Anak sendiri pulak tu. Na'uzubillah min zalik..
Betapa hebatnya kuasa Allah, mencipta kita denga serba lengkap dan sempurna. Andai kata tiada sifat "sayang" dan rasa "ingin melindungi" seorang bayi..mesti manusia akan semakin pupus. Betul kan? Sebab kita dilahirkan tanpa mampu berbuat apa-apa dan perlu dijaga sepenuhnya oleh orang yang lebih besar sampai satu saat, kita boleh berdikari sendiri.
Sifat "kasih sayang" yang Allah campakkan ke dalam hati ibu bapa supaya sayang kepada anak-anak kecil.
Gambar kat atas tu semua anak-anak buah saya..semua dah semakin besar. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah suatu hari nanti. Cepat besar ye.
P/s : Rindu pada anak-anak buah..perasaan sukakan baby dan budak kecik semakin menebal dalam diri. Adakah itu satu petanda supaya cepat-cepat ada anak sendiri?
والسلام