Rezeki


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..


Rezeki..apa itu rezeki? Apa yang dimaksudkan dengan rezeki?

Biasa nya kita nampak rezeki tu dari segi wang ringgit je kan. Kalau orang cakap rezeki, duit la tu. 
Rezeki = Duit

Tapi ramai yang lupa..rezeki yang Allah bagi kepada setiap hambanya bukan hanya wanga ringgit semata-mata. Segala macam nikmat yang Allah bagi kepada kita, itu adalah rezeki kita. Sebagai contoh la, rezeki yang lain ialah zuriat. 

Kadang-kadang kita tengok orang lain tu kaya..tapi anak tak ramai. Tak pun tak ada anak langsung.
Kadang-kadang kita tengok hidup dia sederhana je tapi anak ramai..


Oke,,ni anak buah saya :)

Allah beri kepada kita rezeki dalam pelbagai bentuk dan rupa. 
Kadang-kadang kita lupa atau tak sedar je. Betul tak?

Kadang-kadang jugak..dia kaya, banyak duit tapi hidup tak aman tak tenteram.
Orang yang tak kaya pulak, tak banyak duit..tapi hidup tenang.
Tu pun dikira rezeki..rezeki ketenangan jiwa. Memang la kita perlu mencari, tapi kebiasaannya penyakit yang dihidapi oleh orang kaya, penyakit jiwa. Tapi saya percaya, mereka yang baca entri ni tak macam tu kan?


Ada orang yang hidup sederhana, tapi anak semua menjadi manusia..
Ada anak orang kaya, tapi sorang pun tak menjadi manusia..
Walaupun dididik dan dijaga dengan baik, anak tak nak dengar cakap. 
Tu pun rezeki masing-masing juga.




Rezeki yang Allah bagi, tak mengira siapa.,tak tahu bila, yang paling penting, kita jangan pernah lupa meminta kepadaNya. Hanya Dia yang memiliki segala-galanya, minta pada Allah. Bukan kepada manusia. 
Yang paling penting, jangan pernah lupa kepada Dia. Dia boleh beri kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia juga boleh ambil kembali daripada sesiapa yang Dia kehendaki. 
Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 



Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” 
(Surah Taha  20 : 132)


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” 
(Surah Ibrahim   14 : 7)


“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. 
(Surah Saba’ 34 : 39)



Usaha + doa + tawakkal 

Thank you Allah :')


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Dah ucap terima kasih ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Satu hari 24 jam..dalam satu jam ada 60 minit. Dalam 60 minit, ada 3600 saat. 
Kita hidup bukan hanya sehari dua, tapi bertahun-tahun, bahkan berpuluh-puluh tahun.

Eh..dah nak masuk 23 tahun rupanya saya hidup kat dunia ni. Baru sedar =.='

Angka kat atas tu, darab la sendiri agak-agak berapa banyak dah masa korang ada kat atas muka bumi ni.
Pernah tak Allah tak bagi korang hirup udara Dia ? Pernah tak korang tak dapat cahaya matahari Dia ?

Pernah tak tak dapat langsung rezeki dari Dia ? 
Even korang tak ikut perintah Dia pun, korang tetap akan dapat. Betapa baiknya Allah..tapi itu bukan syarat boleh terus buat jahat, tu maksudnya Allah bagi masa untuk korang berubah dan bertaubat. 
Ingat..

Dalam masa yang sama, berapa kali korang zahirkan "terima kasih" kat Allah ? 
Yang kita tau, bila tak dapat apa yang kita nak, protes sana sini. Tanya kenapa itu kenapa ini..tapi, jarang sekali nak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Kita lupa..ye, lupa. 

Kalau Allah dah tarik nikmat tu, baru teringat dan menyesal. Ye, tu lah manusia. 
Walau apa pun yang terjadi, jangan lupa berterima kasih padaNya.
Sama ada dari segi percakapan : ucap "Alhamdulillah"
Dari segi perbuatan : Ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang.

Hari ni dah berterima kasih kat Allah ke belum ? ^___^

Terima Kasih Allah, Syukran, Thank You

Terima Kasih Allah, Syukran, Thank You

Terima Kasih Allah, Syukran, Thank You

Terima Kasih Allah, Syukran, Thank You


P/s : Hakikatnya sesiapa yang baca doa bangun tidur, dia terus berterima kasih kepada Allah sebab membangunkan lagi pada hari yang seterusnya. Nampak remeh kan, tapi besar ertinya. Jom amalkan c:

Last but not least, thank you Allah for everything. Thank you for giving me this meaningful life and people's around me. With love, Atika Aula 

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Daripada tak tahu kepada tahu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Mula-mula tak tahu, kemudian jadi tahu..

Manusia mana yang lahir-lahir terus jadi pandai..hakikatnya, manusia lahir dalam keadaan yang lemah dan banyak perkara yang tidak tahu. ( selain daripada fitrah dan naluri yang Allah kurniakan secara semulajadi untuk buat sesuatu perkara. contoh : bayi pandai menyusu ).

Kebiasaannya, manusia memang dalam keadaan yang tidak tahu melainkan selepas belajar sama ada secara langsung iaitu di sekolah, di universiti, di pondok dan secara tidak langsung iaitu melalui pengalaman sendiri, orang lain atau belajar di rumah.

Kita tak akan menjadi seorang yang "tahu" melainkan dengan belajar. Even dah belajar pun kadang-kadang tak tahu juga sebab tak ingat. Ok, memang fitrah manusia itu pelupa.

Bila dah belajar, bukan hanya sekali praktik..kita akan terus berjaya. Kadang kala, kita perlu jatuh dulu baru dapat rasa nikmat kejayaan. Ada orang yang sekali cuba terus berjaya. Setiap orang, Allah beri jalan yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan diri. Setiap manusia itu tak sama.


Kenapa saya tulis entri ni ? 

Saya nak mengingatkan kepada diri sendiri dan orang lain bahawa manusia bukanlah makhluk yang serba tahu tentang sesuatu perkara melainkan jika sudah belajar. Itu pun ada kebarangkalian boleh lupa apa yang dah dipelajari. Jadi, jangan pernah marah atau mengherdik mereka yang tidak tahu tentang sesuatu perkara.

Setiap manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang berbeza, jadi tak mustahil setiap manusia itu berbeza meskipun umur mereka sama. Ada yang lebih bijak, tahu macam-macam perkara. Ada yang kurang tahu dan sebagainya.

Kalau ada yang mengatakan bahawasanya dia tidak tahu, itu perkara normal even kita rasa sepatutnya dia sudah tahu.




Kesimpulannya, jangan marah andai kata ada seseorang berkata " Saya tak tau !! "


P/s : Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni melainkan  insan yang bergelar nabi dan rasul sahaja. 


 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kosong


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Lama tak menulis..maklumlah part time blogger. Menulis hanya pada masa lapang (sekarang bukan lapang sangat pun ), menulis bila ada idea ( sekarang bukan ada idea sangat pun ). 

Ada ketika hidup ni..kita rasa sangat berwarna warni..sangat seronok, ada ketika..kita akan rasa hidup ini kosong. Orang yang lemah macam saya, memang akan terasa. Kosong bukan bermakna tak ada orang lain disekeliling tapi saya rasa sangat KOSONG !! 

Orang kata : Hidup umpama roda, kadang kat atas kadang kat bawah. 

Dalam proses nak menjadi seorang dewasa, macam-macam perkara yang perlu kita tempuh. Kini baru saya tau, rupanya zaman kanak-kanak lebih seronok. Tapi masa tetap berlalu dan berlalu dan hidup ini hanya sekali. Masa tak akan dapat diundur. Makin lama kita makin tua, mati pun semakin mendekati.

Semoga perasaan kosong ini tidak berlanjutan kerana saya tau Allah ada sentiasa bersama saya. Saya boleh luahkan segala-galanya kepada Dia. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan hambaNya. 

Jadikan al-Quran sebagai teman dan Allah sebagai tempat mengadu. 


Meniti langkah demi langkah untuk sampai kepada cintaMu ya Allah :')

P/s : Rindu zaman kanak-kanak yang lebih suci dan bersih daripada dosa-dosa duniawi ~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula