Blogging : Saham pahala atau saham dosa


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Mungkin ada yang kata berblogging atau ada belog ni buang masa je kan..mungkin juga ada yang tak tau apa faedahnya ada belog sendiri ni? Kepada mereka yang tak minat menulis, mungkin tak kan rasa nikmat menulis ni. Lebih kurang la.hehe. Walaupun bukan menulis secara formal dan tidak terlalu ilmiah, tapi sebenarnya rasa puas bila dapat share something dengan orang ramai terutamanya share sesuatu yang bermanfaat.

Betul ke dengan berblogging kita mudah dapat pahala dan mudah dapat dosa?


Yela..sebagai manusia, siapa la kita nak tentukan dia dapat dosa dan dia dapat pahala. Tapi dalam Al-Quran dah digariskan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu berbuat kebaikan atau berbuat kejahatan kan. Jadi, itu menjadi kayu pengukur kita untuk menentukan sesuatu perbuatan baik atau buruk. Habis tu, apa kaitan dengan belog?

Memang ada kaitan..setiap perbuatan yang kita lakukan, mesti perbuatan tersebut sama ada baik atau buruk. Bagi saya, blogging tu memang baik sebab dapat kongsi maklumat dengan semua orang, satu dunia boleh baca. Selain tu, dapat asah kemahiran menulis, mengarang, mencipta idea dan mengembangkan idea yang ada. Tapi..tanpa kita sedar, mungkin dalam masa yang sama kita menulis sesuatu yang :
  • Membuka aib orang lain
  • Memfitnah orang lain
  • Memburuk-burukkan orang lain
Selain tu, ada juga yang letak gambar-gambar personal atau orang lain atau artis yang tak menutup aurat. Bila orang lain masuk blog tu mesti akan terlihat gambar tersebut, tak pasal-pasal buat saham dosa la pulak. Ni juga salah satu sebab saya buang Nuffnang. Sorry to say. Macam tu juga dengan tulis tentang perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, bila dah sampai tahap kita menjatuhkan seseorang dengan penulisan kita, bila sampai dia difitnah dengan hasil penulisan kita, selagi itu la saham dosa kita akan berjalan. 

Kalau kita meninggal dan tak sempat nak padam, macam mana? Sama kes juga dengan facebook..

Saya rasa ramai dah maklum pasal ni, jadi tak perlu nak cerita banyak-banyak sangat kan. Nanti jemu pulak. Abes tu, yang jadi saham pahala macam mana pulak eh? Bila kita menulis sesuatu yang :

  • Bermanfaat untuk diri, agama, masyarakat amnya.
Maksud kat atas tu memang luas, semua tu termasuklah dapat menginsafkan diri seseorang, dapat mengubah diri menjadi baik, dapat menyebarkan agama Allah dan lain-lain. Selagi ada yang membaca dan menyebarkan apa yang kita tulis, insyaAllah selagi itu juga saham pahala kita akan bertambah meskipun kita sudah tiada. Mudah-mudahan. Sama juga kes nya macam jadi guru, selagi ilmu yang kita ajar dekat seseorang itu digunakan dan diajarkan kepada orang lain..selagi itu jugalah pahala akan terus mengalir kepada kita.

Best kan? Jadi, pilih lah..nak saham yang mana ;)


Semoga pahala yang kita buat walaupun kecil, tetapi berat timbangannya di akhirat kelak. Amin...


P/s : Nak buat baik memang susah kan, sebab perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus. Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu bukanlah sukar...


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula