بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..nak tau ke kenapa saya "remove" nuffnang dari blog? Tunggu kejap ye. hehe. Bagi blogger tegar, saya rasa..semua dah tau apa itu nuffnang. Bagi yang tak tahu lagi..jom saya bagi tahu. Kalau kita mendaftar sebagai ahli nuffnang (nuffnanger) dan letak unit iklan di blog. Lepas tu, kita akan di bayar berdasarkan jumlah klik iklan yang ada di blog kita. Yang ni..secara umum je..kalau nak tahu dengan lebih lanjut, google sendiri la. Tak p0n klik je http://www.nuffnang.com.my.
Sebenarnya saya ada terbaca satu artikel di sebuah blog..kredit dari laman web Ustaz Zaharuddin berkaitan dengan iklan berbayar ni. Tajuknya ialah Upah dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah? Ok, artikel ni saya dah copy n paste..kalau nak juga baca daripada laman web asal, klik je link tadi. Jom baca~
Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
Ok..dah habis baca? Bila baca artikel ni..Ustaz Zaharuddin tak cakap ianya halal atau haram. Tetapi artikel ini merupakan satu " guideline" kepada pihak pengiklanan untuk memastikan ianya tidak jatuh kepada hukum haram. Berdasarkan kepada artikel ni juga kite perlu berfikir sendiri sejauhmana ke"halalan" duit tersebut.
Baru-baru ni saya dah dapat BE (Buffered Earning) dapat 4 sekaligus..tapi, yang saya kurang senang tu bila saya dapat BE tentang satu set pelangsingan badan yang mengiklankan gambar perempuan yang terdedah auratnya..dan BE yang lagi satu tentang filem yang ada di panggung wayang. Sejak dulu lagi saya dah was was dengan unit pengiklanan ni..tak kira syarikat apa pon. Walaupun kita boleh pilih untuk tidak mengiklankan iklan alkohol atau rokok di blog kita, tapi ada juga iklan yang di luar kawalan kita. Contohnya macam BE yang saya dapat baru-baru ni. Kalau yang selalu datang ke blog saya, mesti dah biasa nampak iklan perempuan yang tidak berpakaian dengan sempurna tu ada di sidebar kan..betol tak???
Walaupun saya dah mendaftar baru beberapa bulan sebagai nuffnanger, dapat lah juga saya kutip hampir 30 ringgit..BE empat dan Kempen hampir 100. Saya pon penah belajar tentang Fiqh Muamalat semester lepas, jika sesuatu urusan yang mengandungi unsur syubhah, maka ia juga termasuk dalam hukum haram. Bukan di dalam muamalat (urusan perniagaan) je..bahkan dalam urusan yang lain, contohnya makanan. Syubhah tu bermaksud sesuatu perkara yang dikhuatiri antara halal dan haram.
Seperti dalam artikel yang Ustaz Zaharuddin nyatakan di atas, tentang iklan-iklan yang tidak menepati syariat..akan jatuh hukum haram. Kalau iklan itu jatuh hukum haram..maka duit itu pon haram juga.Kalau duit tu haram..maka kita tak boleh guna sebab ia nya haram apatah lagi untuk dijadikan darah daging. Na'uzubillahhi min zalik..saya bukan nak mereka-reka cerita yang tidak benar. Saya cuma ingin mengajak kawan-kawan berfikir..soal halal dan haram jangan di pandang mudah. Bukan soal remeh temeh.
~Segala kesilapan dan kekurangan amatlah disesali~
Ini merupakan pendapat dan tindakan saya.Itu pon setelah berfikir dan timbang berdasarkan pembacaan dan akal yang waras serta logik. Anda bagaimana =.=
والسلام