Tutorial Tab macam saya


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Dah lama saya tak buat tutorial, saya pun tak tau nak tulis tajuk apa untuk tutorial ni..hehe. Sebenarnya ada orang tanya macam mana nak buat macam ni..tengok gambar kat bawah.


Yang macam ni la..ni nama nya tab, tak susah pun nak buat, senang je. Ada bintang-bintang tu saya sendiri yang tambah. Kalau nak buat tab, mest kena buat page dulu. Klik sini cara buat page>TEKAN

Lepas dah ada page, baru boleh buat..caranya macam ni.

Klik pada design -> page element -> add a gadget


Pilih HTML Javascript

Tukar kan kepada Edit HTML dan tulis kat situ. Lepas tu letak link page tadi..dah siap, klik ok.



Nak buat macam saya ni kena masukkan link satu-satu ye. Ok, dah siap, macam tu je



Semoga berjaya 

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Memahami masyarakat Orang Asli untuk Berdakwah


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kali ni saya nak share sikit dengan semua tentang orang asli dan cara untuk berdakwah kepada mereka. Sebenarnya ni  permintaan kawan saya untuk saya share maklumat daripada kursus yang saya pernah pergi dulu. Mungkin saya boleh share serba sedikit ilmu yang ada. InsyaAllah..


Yang baju merah tu pensyarah saya, tahun lepas kami pergi ke perkampungan orang asli di Jerantut, Pahang ;')

Apa yang paling penting kalau kita nak jalankan tugas dakwah, kita kena tahu dulu latar belakang orang yang kita nak sampaikan dakwah tu. Baru dakwah yang kita nak sampaikan tu akan lebih berkesan. Yang tu paling utama. Maksudnya kalau orang asli, kita kena tahu mereka dari puak mana, pantang larang mereka, adat resam, kepercayaan, majoriti penduduk dekat situ dan lain-lain.

Kemudian, kalau dah faham dan dah tahu serba sedikit latar belakang orang yang nak disampaikan dakwah tu sebagai contoh, program kawan saya tu bakal dijalankan di Kelantan, mungkin juga orang asli di sana masih lagi kurang terdedah dengan pembangunan dan kurang maju berbanding di Selangor. Jadi, mereka juga mungkin kurang terdedah dengan orang luar dan pembangunan. Jadi, pendekatan yang kita perlu gunakan berbeza berbanding mereka yang sudah terdedah dengan kehidupan moden.

Mungkin kat sini tak perlu saya huraikan lebih lanjut siapa itu orang asli, apa kepercayaan mereka, apa pantang larang atau adat resam mereka. Cuma mungkin saya boleh huraikan tentang cara untuk kita menyampaikan Islam kepada orang asli.

Menurut kawan saya, dekat kawasan yang mereka nak pergi tu ada campur Islam dan bukan Islam. Jadi, salah satu cara yang terbaik seperti mana yang saya dapat dalam "handout" yang diberi sewaktu pergi kursus dulu ialah merujuk kepada orang asli yang telah memeluk Islam tentang cara untuk menyampaikan Islam kepada orang asli yang bukan Islam. Hal ini disebabkan mereka lebih memahami kaum mereka sendiri, kita orang luar ni perlu panduan dari mereka.

Kita juga perlu belajar tentang adat resam dan pantang larang mereka, sebab orang asli memang banyak pantang larang seperti mana yang diterangkan oleh penceramah dulu. Sampai sekarang, masih kuat lagi diamalkan oleh orang asli. Mungkin setiap tempat, berbeza adat dan pantang larang..tapi, mungkin ada yang sama untuk semua orang asli. Kita datang ke tempat mereka, kita kena hindarkan perkara yang mereka tak suka. Sebab sekali kita buat salah, itu akan menyebabkan mereka jauh dari kita. Dah susah la kita nak sampaikan dakwah nanti kan..

Yang paling penting, tunjukkan contoh tauladan yang baik. Tu pun dah cukup, kita kena tunjukkan yang kita mesra, peramah, datang situ nak bantu mereka dan jangan pula tunjuk geli ke tak suka ke, contohnya la. Teknik dakwah yang paling berkesan ialah qudwah hasanah kan? Cakap banyak pun tak guna kalau kita tak buat, jadi..perilaku dan perbuatan kita tu je dah dapat menunjukkan keindahan Islam tu sendiri. 

Kalau nak start komunikasi dengan mereka, paling simple..tanya khabar. Mudah je kan, dengan tanya khabar je boleh menyebabkan kita jadi rapat dengan mereka. Dengan tanya khabar pun boleh menyebabkan kita cerita sampai ke bab-bab yang lain..macam kita berborak biasa-biasa tu la kan. Mula-mula tanya khabar lepas tu tanya itu, tanya ini. Tanya khabar tu sebagai pencetus nak memulakan bicara je sebenarnya :')

Bila dah bercerita macam-macam, kita boleh juga mula cerita tentang agama. Tapi, kita kena tengok dulu reaksi dia. Kalau ok, kita boleh tanya soalan mudah je. Contohnya tanya dia macam ni "Apa pendapat makcik tentang Islam?.." Kita nak tau pandangan dia terhadap Islam sama ada suka ke tak suka ke. 

Kalau respon dia positif, contohnya dia tunjuk minat nak tau lebih tentang Islam, kita boleh terangkan dia yang Islam ni mudah, Islam agama untuk semua orang bukan bangsa Melayu je, Islam adil. Bagi la contoh dan cerita-cerita sikit ke.

Kalau respon dia negatif, kita tanya kenapa dia berpendapat macam tu dengan nada yang betul-betul nak tahu dan lemah lembut. Lepas dia dah bagi sebab, kita boleh jelaskan dengan mudah dekat dia. Kita bagitau, dalam ajaran Islam, ada sebuah kitab iaitu Al-Quran. Orang Islam ada dua kategori, satu ikut kitab dan satu lagi tak ikut kitab. Orang Islam yang jahat seperti mencuri, merogol, dan lain-lain ( kalau boleh ambil contoh yang dia sebut tu ) mereka orang yang tak ikut kitab atau ajaran Islam. Dalam Islam, kalau buat perkara macam tu dikira berdosa. Mereka tu hanya Islam pada nama dan i.c je. Kalau yang ikut kitab atau ajaran Islam, mereka tak kan buat macam tu sebab ia dibenci Tuhan (Allah).

Tu yang paling mudah nak jawab, kita kena terangkan dan ubah persepsi mereka tentang Islam. Kita kena pertahankan Islam dan bukan pertahankan orang Islam. Islam dan Muslim adalah dua perkara yang sangat-sangat berbeza. Macam saya pernah cakap dulu, Islam itu indah tapi umat Islam tu sendiri yang tak menunjukkan keindahannya sehingga penganut agama lain or mereka yang tidak beragama tak nampak keindahan yang ada dalam Islam.

Lepas tu, kalau mereka nak lagi penjelasan lanjut dari kita tentang Islam..kita boleh terangkan dengan bahasa yang mudah. Kitab sampaikan Islam menggunakan logik akal sahaja, tak perlu kepada ayat Al-Quran atau pun hadith Nabi. Aspek yang perlu kita tekankan dulu ialah jelaskan keindahan-keindahan Islam, betulkan persepsi salah mereka. Analogi seperti "gelas yang kotor perlu dibasuh sebelum dituang air bersih ke dalamnya" . Bila mereka dah tak salah tanggap terhadap Islam, barulah mudah untuk kita menyampaikan ajaran Islam itu sendiri. 

Kita tekan kan dulu konsep akidah tauhid dan jangan terus kepada hukum hakam, pahala dosa, larangan suruhan. Bukan itu tak penting, tapi..yang paling penting ialah tauhid atau akidah. Jika akidah telah terpasak dan kukuh di dalam hati, InsyaAllah segala apa yang Allah suruh..akan mudah diikuti. 


P/s : Semoga serba sedikit apa yang saya tulis ni dapat memberi manfaat untuk kawan saya dan juga semua yang membaca. Saya ambil serba sedikit maklumat yang diberi oleh Ustazah Saloni Binti Abdullah, beliau yang bagi taklimat tentang orang asli kepada saya dan peserta lain sebab dia juga berasal dari kaum yang yang sama dan alhamdulillah dia dan suami telah memeluk Islam. Lupa saya nak bagi tahu, kebanyakan orang asli mereka kurang suka kepada orang Melayu. Perlu ke nak bagi tahu..kalau ada permintaan, saya akan kongsikan. (^^,)

 والسلام





Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Saya seorang ustaz @ ustazah


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Siapa sebenarnya ustaz tu..dan siapa pula ustazah? Agak-agak siapa yang dapat gelaran ni ye..biasanya kita akan panggil seseorang tu ustaz/ah bila dia mengajar subjek Pendidikan Islam kat sekolah, bila dia bagi ceramah atau kuliah kat masjid atau surau, bila dia pakai kopiah kemana-mana atau pakai tudung labuh. Betul tak kawan-kawan?http://www.emocutez.com


Tapi sebenarnya siapa ustaz/ah tu?
Ustaz @ ustazah tu berasal daripada bahasa arab yang bermaksud guru @ cikgu. Tapi mungkin sebab dah jadi satu budaya, orang yang mengajar agama sahaja yang mendapat gelaran ustaz/ah. Hakikatnya tak kira la sesiapa pun asalkan dia seorang guru sama ada mengajar secara formal atau tidak, boleh dipanggil ustaz. Boleh tak kalau nak panggil orang yang mengajar agama tu selain daripada gelaran ni? Boleh saje ~

Tak salah pun panggil teacher, panggil cikgu...tiada dosa pun. Yang penting, mesti tahu adab menuntut ilmu. Kita kena hormat orang yang mengajar kita. Walaupun dia mengajar satu ayat, dia adalah guru kita dan kita mesti hormat. Tapi disebabkan dah menjadi satu kebiasaan, maka ianya tak menjadi satu kesalahan pun. 

Cuma tanggungjawab seorang ustaz/ah ni sangat la berat..kerana dia membawa nama dan imej Islam dalam setiap tindakannya. Kat mana-mana dia pergi, orang akan hormat..orang akan jadikan setiap perlakuannya sebagai kayu ukur. Contohnya :

"Eh..ustaz tu merokok la. Kalau ustaz boleh, maksudnya kita pun boleh la. Dia ustaz, kita ni bukan ustaz..jadi, boleh la merokok tu"http://www.emocutez.com

Contoh saje..jangan marah.hehe

Macam tu juga ustazah..orang akan jadikan kita sebagai kayu ukur dalam menentukan sesuatu. Ustaz/ah sebagai dasar sama ada sesuatu tu boleh buat atau tidak. Sebab tu kalau nak berdakwah atau nak ajak orang buat baik, cara yang paling baik ialah Qudwah hasanah atau contoh tauladan yang baik. Tak perlu cakap banyak-banyak, dia nampak je kita buat..dan dia akan fikir sendiri. 

Salah seorang tu anak buah saya c:

P/s : Saya sendiri sebagai bakal guru Pendidikan Islam..insyaAllah. Akan cuba perbaiki diri. Walaupun tiada manusia yang sempurna, tapi akan cuba jadi yang terbaik. Yang paling penting saya cuba pastikan apa yang saya cakap selari dengan apa yang saya buat. Mudah-mudahan...http://www.emocutez.com

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Islam : Chance or Choice (Peluang atau Pilihan)


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Tergerak hati nak kongsi satu benda atau mungkin lebih kepada kisah sendiri kepada orang lain..yang baik boleh di ambil, yang buruk, tinggalkan kat sini je atau tegur-tegur sikit.hehe. Entri kali ni mungkin berkaitan dengan pengalaman, pemerhatian saya sendiri. Kalau ada tersilap, mohon maaf ye..

Dari kecik lagi saya dibesarkan dalam kalangan orang Melayu yang beragama Islam..orang kalau cakap Melayu, mesti kaitkan dengan Islam sekali kan. Mungkin itu dulu, tapi sekarang saya rasa tak lagi. Sek rendah sampai sek men semua kawan-kawan Melayu Islam. Tak pernah ada kawan rapat India Muslim or Cina Muslim or bangsa lain. Kawan non Muslim memang jauh sekali. 

Bila dah masuk u, baru la jumpa dan bergaul sikit-sikit dengan non Muslim..tapi masih tak rapat sebab kawan sekelas semua Melayu Islam. Masih lagi tak berubah macam dulu. Nak kata tak sedar kewujudan muallaf or non Muslim tu tak la, tapi pandang macam tu je. Tak ada rasa tanggungjawab langsung dekat diorang..tapi bila saya dah join 1 kursus ni. Memang betul-betul membuka minda dan fikiran saya tentang muallaf dan non Muslim. Sebenarnya gelaran muallaf tu untuk mereka yang baru je masuk Islam, kalau dah lama..tak perlu dah. Selalu yang dapat gelaran Muallaf tu kaum India, Cina..agak-agak ada tak orang Melayu muallaf? Fikir jap.hehe.

Pinjam gambar sekejap..dari google  (^^,)

Sejak join kursus tu, saya belajar macam-macam perkara yang sebelum ni saya memang tak tau langsung. Orang kata zero la pasal bab-bab tu terutamanya berkaitan non Muslim dan huraian tentang Islam sendiri pun sangat-sangat berbeza yang pernah saya dapat sejak saya belajar dari dulu sampai la join kursus ni. Memang terkesan sungguh la dekat diri saya. 

Bila join kursus tu, bercampur dengan pelbagai orang, pelbagai latar belakang yang sangat berbeza. Ada yang dah berumur, ada yang muda, ada golongan muallaf dan lain-lain. Bila saya kenal dan berkawan dengan saudara baru ni, saya tersedar sesuatu. Mereka ni sebenarnya sangat tabah, sangat kuat dan mereka sanggup menggadai nyawa demi Islam. Itu yang paling penting. Mereka betul-betul nekad nak memeluk agama Islam walau apa pun yang terjadi. Selama ni mungkin kita pandang mereka "orang baru" dalam Islam dan kita rasa diri kita lebih hebat daripada mereka. Awal-awal saya bagi tau, sila buang jauh-jauh tanggapan tu. Sangat-sangat tersasar.

Selain tu, walaupun mereka baru memeluk agama Islam..tapi semangat nak mencari dan mendalami ilmu agama tu sangat la kuat. Bahkan saya rasa, orang yang memang lahir Islam pun tak macam tu. Mereka belajar, mereka amalkan dan mereka sebarkan. Walaupun baru memeluk Islam, tapi mereka dah bersemangat dan berani untuk "share Islam" dengan orang lain terutamanya dengan ahli keluarga yang masih belum Islam. Walaupun mereka tau, keluarga mereka masih lagi tak minat kepada Islam. Saya terfikir lagi, kita yang sememangnya lahir dalam Islam..kita nak menjauhi ilmu-ilmu Islam, nak jauh dari cara hidup Islam, nak "share" atau berdakwah kepada orang lain mungkin jauh sekali. Tak perlu jauh sangat, dekat kelurga sendiri. Mampu ke kita???

Saya sangat-sangat kagum dengan diorang sebenarnya, saya rasa diri ni terlalu kecil nak dibandingkan dengan mereka. Mereka sangat kuat, tabah, dan mereka lah yang sebenarnya menjalankan tugas dakwah dan bukan kita. Tapi saya tak cakap semua, bila saya fikir balik. Mereka tu lah sebenarnya orang Islam yang sebenar, yang bukan hanya pada nama, bukan hanya pada kad pengenalan tapi dari segi keimanan, amalan mencerminkan hidup seorang Islam.


Yang paling saya kagumi ialah semangat yang ada dalam diri mereka. Mungkin juga disebabkan mereka memeluk Islam atas dasar pilihan, mereka dah harungi pelbagai dugaan dan cabaran ketika nak memeluk Islam dan juga kehidupan setelah bergelar sebagai seorang Islam. Mereka dah rasai kesusahan dan boleh juga diibaratkan seperti zaman Islam mula tersebar dulu. Ingat tak kisah Bilal bin Rabah, kisah Sumayyah dan para sahabat yang lain? Mereka memilih Islam, mereka sanggup bergadai nyawa untuk Islam. Bila sesuatu yang susah nak dapat tu dan bila kita dapat...pastinya kita akan pertahankan habis-habisan kan? Itu lah  yang dinamakan orang Islam atas dasar pilihan.

Tapi, macam diri saya sendiri..dah memang lahir dalam keluarga Islam. Lahir-lahir mak ayah Islam..tak payah susah-susah nak cari. Mungkin ada juga orang lain yang hanya Islam atas dasar warisan je, atas dasar nama. Tapi, ilmu Islam sendiri tak kuasai, hidup dengan cara Barat. Bila dapat sesuatu tanpa kita minta dan tanpa susah payah, kita pandang sebelah mata je kan? Itu lah orang yang bergelar sebagai muslim atas dasar peluang. 

Sepatutnya kita patut bersyukur sebab kita dah dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang mana tanpa keduanya hidup kita tak akan selamat dunia dan akhirat. Bukankah mensyirikkan Allah itu merupakan dosa yang tak dapat diampunkan? Ia satu kezaliman yang nyata. Analogi yang terbaik, kawan-kawan boleh baca entri Kad Keahlian dan Ganjaran. Kini saya sedar tentang tanggugjawab saya kepada non Muslim, kepada muallaf, dan terutamanya tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Biarlah walau hanya tahu sepotong ayat, tapi kita dapat sampaikan kepada orang lain. Biarlah walau hanya tahu sepotong ayat, tapi kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian. Kualiti itu lebih baik berbanding kuantiti. 

Bersyukur atas nikmat Iman dan Islam dan cuba belajar serta berpegang kepada sesuatu perkara dengan hujah yang kuat, bukan hanya taqlid semata-mata. Walaupun diberi peluang secara "percuma" sebagai seorang Islam..kita juga perlu menjadikan Islam sebagai satu pilihan.  Nak cuba praktikkan apa yang Brother Shah ajar, bila sebut ayat AQ..sebut sekali surah keberapa, ayat keberapa. Sama juga macam hadith, baru lah berpegang serta berhujah dengan dalil yang kuat dan pasti.

Akhir sekali, agak-agak kan apa pengorbanan paling besar yang pernah kita buat demi Islam?? Sama-sama fikirkan. 

Bak kata Brother Shah Kirit :

{ Don't be a muslim by chance, be a muslim by choice }


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Ali Vs Ah Chong


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Ali Vs Ah Chong..perlawanan apa eh? Entri kali ni tentang kaum kat Malaysia ke?
Atau pun tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969? Cuba teka tentang apa..

Adakah tentang kisah ni??
Sebenarnya tak ada kaitan dengan rusuhan kaum, sejarah negara mahupun oran yang bernama Ali atau pun Ah Chong. Ali vs Ah Chong tu keyword blog saya. Hari tu ada seseorang post dekat fan page Salam Ukhuwah macam ni..



Rupanya baru saya perasan ada satu entri tu tajuknya Kad Keahlian dan Ganjaran, saya tulis watak dalam cerita tu Ali dan Ah Chong. hehe. Tak ada kaitan pun, saja je tulis nama tu. Jadi, kepada orang yang bernama Ali mahu pun Ah Chong yang baca entri tu, jangan rasa apa-apa la ye. ;)

Hari tu mula-mula dapat tau, terus cek keyword ni kat google dan memang link blog saya no 1, tapi bila cek sekarang dah jatuh no 3..biasa la tu kan. hehe. Kepada kawan-kawan yang tak baca lagi entri kat atas tu, boleh klik link tu. 



Selamat Membaca ~

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Mohon Ampun & Maaf


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Esok pagi nak exam pun sempat update belog lagi? Eh..mesti la. Selagi ada kesempatan, gunakan ruang yang ada untuk menulis. hehe. Esok hari pertama exam di UKM dan juga di u lain. Esok juga paper yang pertama. Jadi, ada kesempatan yang tak banyak sangat ni..saya nak memohon ampun dan maaf andai kata terguris hati kawan-kawan yang membaca di belog saya. Yela, kadang-kadang tulis dengan emosi..kepada yang kenal saya, mungkin lebih banyak salah saya dekat korang. 



Kepada kawan-kawan belog, walaupun tak pernah jumpa..tapi mungkin juga saya ada terbuat tak tau ke kalau mintak tolong. Contohnya mintak tolong edit belog, tolong itu, tolong ini. Sem ni saya memang terlalu sibuk, padat sangat dengan program. Nak balik rumah pun tak sempat, tu pun balik kejap-kejap je. Tapi apa-apa pun saya ambil perkara yang baik. Pengalaman banyak sangat, semoga dengan pengalaman yang ada dapat membuatkan diri saya lebih matang dan kuat untuk hadapi masa depan. 

Ok, tadi dah mintak maaf..sekarang saya nak mintak doa daripada kawan-kawan supaya doakan semoga setiap urusan saya dipermudahkan oleh Allah. Saya juga akan doa macam tu juga untuk kawan-kawan semua. Saling berdoa untuk kebaikan. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmatNya. Mungkin juga berkat doa dari kawan-kawan yang menyebabkan saya berjaya, siapa tau kan? c:

Ni jadula exam saya untuk sem ni..kalau belog tak di update tu maksudnya saya memang tak ada masa la.



Walaupun saya tau sem ni sangat padat, saya yakin saya boleh dapat yang terbaik. InsyaAllah..terima kasih kepada semua yang tak putus-putus mendoakan kejayaan saya. Moga Allah membalas berlipat ganda kebaikan kalian. Untuk hilangkan penat study, stop kejap dan update belog. Tak boleh nak study 24 jam, tension nanti..macam tu la saya.hehe.

Harapan saya semoga ilmu yang saya belajar ni bukan hanya nak dapat yang terbaik dalam exam, mudah-mudahan ilmu ini berkat dan dapat menjadi cahaya untuk menyuluh jalan sepanjang pengembaraan hidup saya sehingga sampai ke hujungnya. Moga diperkenankan..


Mula daripada esok, semua pelajar ipt dah demam exam 



...Sekian...


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Antara Dua Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم 



Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Raihan - Antara Dua Cinta



P/s : Saje nak share lirik lagu ni dengan kawan-kawan.. Best ~


 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula