Tutorial Scrollbar



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...entri tentang tutorial lagi ni. Selagi saya ada masa terluang, saya akan buat. Kalau tangguh-tangguh, takut nanti tak sempat pulak kan. Ni tutorial tentang apa pulak eh?? Kali ni tutorial tentang scrollbar. Nak tau ke scrollbar tu macam mana? Klik sini >TEKAN<..

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Scrollbar, Cara nak Buat Scrollbar Blog

Gambar ni xde kaitan pon..saje je nak letak ;)


Ok..dah tau ke scrollbar 2 macam mana? Macam yang contoh tadi tu nama nya scrollbar..tutorial ni request daripada seorang rakan blogger kita.


Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Scrollbar, Cara nak Buat Scrollbar Blog


Fungsi scrollbar adalah untuk menjimatkan ruang. Kadang-kadang entri kita terlalu panjang..jadi, kalau guna scroll. Jimat ruang. Kemudian, boleh jgk untuk mencantikkan post. Kita boleh asingkan gambar, letak kan kat dalam scrollbar.


Jom lah saya tunjukkan macam mana nak buat scrollbar ni..

1. Waktu kawan-kawan nak masukkan kod ni, klik pada edit HTML kat atas post tu. Baru masukkan kod ni. Ni kod nye..ctrl+c untuk copy.

<div style="border: 1px solid #aaa;background-colo r:#f9efef; width:350px; height:250px; overflow:auto; color:#FFF;"><p>
LETAK KOD ATAU TEKS DI SINI

</p>
</div>


2. Border tu kawan-kawan boleh tukar ikut kesesuaian..semakin besar nombor, semakin tebal. Background colour kawan-kawan boleh pilih disini. Lepas tu, width dan height juga boleh diubah mengikut saiz yang sesuai dengan ruang yang ada. "LETAK KOD ATAU TEKS DI SINI" kat situ kawan-kawan kalau nak letak gambar..letak kat bahagian ni. Kalau entri biasa..pastikan entri kawan-kawan kat bahagian ni jugak.


3. Saranan saya..kawan-kawan taip dulu entri macam biasa, lepas tu baru masukkan kod ni. Lebih mudah..


4. Dah siap taip entri, save la..


Apa-apa p0n, cuba dulu ye..kalau tak cuba, tak tahu kan. hehe..


والسلام





Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Floating Button



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...agak lama jugak ye saya tak update blog ni. Maklumlah dah start semester baru..sibuk cket.hehe.. Kalau tak update tu, tak semestinya tak bukak blog kan. Tiap-tiap hari saya bukak, tapi tak ada masa nak update je. Ok la, tak nak cite pasal tu banyak-banyak. Jom kita cakap pasal tutorial ni plak..

Apa floating button tu eh? Dalam bahasa Melayu maknanya butang terapung la kan. hehe.. Floating button tu macam ni. Tengok kat bawah ni..


Tutorial, Tutorial Floating Button, Tutorial Blog, Cara nak Buat Floating Button

Tutorial, Tutorial Floating Button, Tutorial Blog, Cara nak Buat Floating Button



Tutorial ni request daripada sorang adik ni. Dia tanya tentang hide chatbox/shoutbox dan floating button. Hide chatbox tu saya dah bagi link dan dia buat sendiri. Sekarang jom saya tunjukkan macam mana nak buat floating button yang comel-comel ni..


Tutorial, Tutorial Floating Button, Tutorial Blog, Cara nak Buat Floating Button

1. Design -> Add a gadget -> HTML/Javascript

2. Salin kod ni..ctrl+c untuk copy

<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='http://www.facebook.com/atikaahmadiah' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='http://www.blogger.com/home' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='blogger home'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />


</div>



3. Ok...kemudian, kawan-kawan tukar link. Contohnya.."http://www.facebook.com/AtikaAhmadiah" kepada url kawan-kawan sendiri. Buat jugak macam tu pada url Twitter n lain-lain jugak.

4. Lepas tu, boleh juga tukar kedudukan sama ada nak kat kiri atau kanan dengan cara ubah kod yang ada tulis left..tukar kepada right jika nak pada kedudukan kanan. Nombor tu pula korang boleh adjust mengikut kesesuaian..

5. Kalau nak tambah button yang lain..cuma salin balik je code yang ni.




LINK ganti dengan url kawan-kawan, feed pulak ganti contohnya facebook, twitter, blogger home dan lain-lain. URL IMAGE pula ganti dengan url gambar floating button tu. Boleh pilih di sini..ambil url image tu ye, pastu letak pada URL IMAGE.


Contoh button yang saya guna :

Image facebook : http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png
Image blog : http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png
Image twitter : http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png


Try preview dulu..kalau jadi, save la.

Semoga berjaya
Cute Icon, Icon Comel


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Cover Your Aurat Campaign/ Show Your Support


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Aurat, Cover Aurat, Keluarga Bahagia, Muslim dan Muslimah, Kartun Islam

Saya buat entri ini di sebabkan saya menyokong kempen yang telah dianjurkan oleh The Potpetking. Saya juga telah ditag oleh Anak Teladan untuk join kempen ini.

Aurat merupakan satu perkara yang dipandang sangat penting dalam Islam, ia penting kerana dapat menjaga maruah diri seseorang. Dengan menutup aurat, dapat menjaga diri kita daripada gangguan orang-orang yang berniat jahat terutamanya golongan wanita, selain daripada ia merupakan satu tuntutan yang wajib di dalam Islam. Artikel yang berkaitan dengan aurat juga kawan-kawan boleh baca di entri "Pendidikan Seks : Wajar atau Tidak??"

Islam meletakkan wanita ditempat yang mulia dengan cara menyuruh golongan wanita menutup aurat iaitu menutup keseluruhan anggota badannya, yang hanya dibenarkan untuk dilihat ialah wajah dan kedua belah tapak tangan sahaja. Dengan menutup aurat, golongan wanita akan lebih terjaga dan juga turut membantu dalam menjaga iman kaum adam.

Antara gambar yang menunjukkan pemakaian sempurna dan perlu diaplikasikan oleh kaum muslimin dan muslimat.
Aurat, Cara Tutup Aurat, Pemakaian Sempurna dalam Islam, Pakaian Menutup Aurat, Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat, Kartun Muslim, Muslimah, Jaga Aurat, Maruah Diri, Kempen Tutup Aurat, Apa itu Aurat, Aurat dalam Islam
Aurat, Cara Tutup Aurat, Pemakaian Sempurna dalam Islam, Pakaian Menutup Aurat, Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat, Kartun Muslim, Muslimah, Jaga Aurat, Maruah Diri, Kempen Tutup Aurat, Apa itu Aurat, Aurat dalam Islam


Islam bukan agama yang melarang fesyen dan perkembangan fesyen. Tidak ada nas yang menegah umat Islam untuk berfesyen dalam aspek berpakaian. Persoalan utama ialah menutup aurat dengan baik dan selaras dengan syariat Islam. Gambar di atas merupakan ciri-ciri pemakaian yang dituntut dalam Islam bagi wanita.

Aurat, Cara Tutup Aurat, Pemakaian Sempurna dalam Islam, Pakaian Menutup Aurat, Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat, Kartun Muslim, Muslimah, Jaga Aurat, Maruah Diri, Kempen Tutup Aurat, Apa itu Aurat, Aurat dalam Islam

Aurat lelaki pula hanyalah diantara pusat hingga lutut sahaja..itu pun masih ramai lagi kaum muslimin di luar sana yang masih lagi mendedahkan aurat ketika keluar rumah iaitu dengan hanya berseluar pendek sahaja sehingga menampakkan aurat mereka (lutut). Gambar di atas pula menunjukkan cara-cara pemakaian yang amat digalakkan demi menutup aurat kaum adam.

Aurat, Cara Tutup Aurat, Pemakaian Sempurna dalam Islam, Pakaian Menutup Aurat, Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat, Kartun Muslim, Muslimah, Jaga Aurat, Maruah Diri, Kempen Tutup Aurat, Apa itu Aurat, Aurat dalam Islam

Apabila bersukan, kebiasaanya kaum adam lebih mudah untuk mendedahkan aurat mereka terutamanya sewaktu bermain bola. Lihat sahaja di kaca tv..kebanyakannya memakai seluar pendek sehingga mendedahkan lutut. Bersukan itu baik..tetapi sebaik-baiknya dengan menutup aurat. Pakailah seluar yang panjang..masih boleh bersukan juga kan??


Aurat, Cara Tutup Aurat, Pemakaian Sempurna dalam Islam, Pakaian Menutup Aurat, Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat, Kartun Muslim, Muslimah, Jaga Aurat, Maruah Diri, Kempen Tutup Aurat, Apa itu Aurat, Aurat dalam Islam
Aurat, Cara Tutup Aurat, Pemakaian Sempurna dalam Islam, Pakaian Menutup Aurat, Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat, Kartun Muslim, Muslimah, Jaga Aurat, Maruah Diri, Kempen Tutup Aurat, Apa itu Aurat, Aurat dalam Islam

Oleh itu, saya amat menyokong kempen ini dan berharap kawan-kawan yang lain p0n turut serta. Jangan dipandang remeh soal aurat..kerana aurat jugalah golongan wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka sebagaimana yang dilihat oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj iaitu golongan wanita diseksa kerana mendedahkan aurat.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan berubah selagi ada waktu dan nyawa. Kita perlu bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus menggunakan segala nikmatNya walaupun kita seringkali melanggar segala suruhanNya. Allah itu maha Pengasih dan Penyayang. Peringatan untuk diri saya dan juga kepada kawan-kawan yang membaca.

Saya tag kepada sesiapa sahaja yang menyokong kempen ini dan sudi untuk membuat entri tentang kempen Cover Your Aurat/Show Your Support. 
Yang Baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang Buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

...Sekian...


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Link Pelangi



بسم الله الرحمن الرحيم


Tutorial, Tutorial BLOG, Tutorial Link Pelangi, Tutorial Rainbow Link, Pelangi Indah, Pelangi Cinta, Pelangi Cantik

Kali ni saya nak ajar macam mana nak buat link yang warna pelangi...maksudnya kalau ada link, bila sentuh dengan cursor, jadi warna pelangi. Tukar-tukar warna la 2..tutorial ni diminta oleh adik azhunk.


Tutorial, Tutorial BLOG, Tutorial Link Pelangi, Tutorial Rainbow Link, Pelangi Indah, Pelangi Cinta, Pelangi Cantik

Senang je sebenarnya nak buat tau...simple je n mudah sangat2. hehe..

Ok...j0m kita mulakan.


1. Mula-mula..ambil kod di bawah ni. ctrl+c untuk copy ye..




2. Log in akaun blog anda

3. Design-> Add a Gadget-> HTML/Javascript

4. Save


Try dulu eh..selamat mencuba!!

Tutorial, Tutorial BLOG, Tutorial Link Pelangi, Tutorial Rainbow Link, Pelangi Indah, Pelangi Cinta, Pelangi Cantik


Ada sedikit renungan jap...sila lah baca n fikir-fikirkan ye.


والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Cute Icon (Chatbox)



بسم الله الرحمن الرحيم



Ok..kali ni saya nak wat tutorial ic0n comel di chatbox pula ye. Post terdahulu saya buat ic0n comel di shoutbox kan..tanpa membuang masa, j0m kita mulakan.Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Chatbox, Cara nak buat Icon Comel di Chatbox


Macam yang saya dah tunjukkan dulu, ic0n comel 2 seperti gambar yang dalam bulatan kuning 2 ye..bagi sesiapa yang tak tahu lagi ye.

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Chatbox, Cara nak buat Icon Comel di Chatbox

1. Login dulu akaun chatbox masing-masing.

2. Klik options

3. Klik smilies

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Chatbox, Cara nak buat Icon Comel di Chatbox

4. Isikan ruang "code" dan "alt.code" dengan simbol atau perkataan yang kawan-kawan nak letak.

5. Letak URL gambar atau ic0n yang cute-cute. Ambil direct link tau. Boleh ambil di sini ye..em0cutez.

Kalau kawan-kawan nak preview image atau gambar 2..klik pada " preview"
Kalau nak delete plak..klik pada pangkah untuk delete smiley atau gambar.


Isikan seberapa banyak gambar atau ic0n cute yang kawan-kawan nak eh..kalau nak tambah r0w, klik pada "new row".

6. Kalau dah siap semua...klik " save".

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Chatbox, Cara nak buat Icon Comel di Chatbox

7. Kawan-kawan klik pada "publish" dan c0py code yang baru. Letakkan di HTML/Javascript.
Design -> Add a Gadget -> HTML/Javascript


Save...
Mudah kan...selamat mencuba!!
Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Chatbox, Cara nak buat Icon Comel di Chatbox


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Cute Icon (Shoutbox)


بسم الله الرحمن الرحيم


Cute icon di shoutbox paling banyak permintaan yang saya dapat daripada rakan2 bloggers. Maaf lah kalau dulu saya x sempat nak buat tutorial ni.. ok, sekarang saya akan tunjukkan cara-cara nak buat icon comel kat shotbox. Kalau ada yang masih x tau apa dia icon comel 2..tengok gambar di bawah ni..



Gambar yang saya bulatkan 2 la icon comel 2...kalau shoutbox biasa x adakan icon ni...jadi, kita kena tambah n edit sendiri ye. Mungkin ada yang dah tau...dan mungkin juga ada yang x tau lagi kan. Sekarang saya nak kongsi ilmu macam mana nak buat ic0n yang c0mel2 ni eh...


Jom kita mulakan

1. Log in dulu akaun shoutmix masing-masing

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Shoutbox, Cara nak buat Icon Comel di Shoutbox

2. Klik settings

3. Klik smileys

Ok..kawan-kawan akan nampak gambar macam ni.

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Shoutbox, Cara nak buat Icon Comel di Shoutbox

4. Pada smiley image url tu..kawan2 letak url gambar yang kawan2 nak letak.

5. Pada "code" dan "optional" kawan-kawan letak la perkataan atau simbol bagi gambar yang kawan2 pilih tadi ye. Tengok contoh yang saya punya kat dalam gambar 2.

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Shoutbox, Cara nak buat Icon Comel di Shoutbox

Kalau kawan-kawan nak ic0n yang comel-comel..boleh pilih di Cute Emoticon atau Glitter Graphics. Ambil direct link ye...dan masukkan pada ruangan smiley image url.

6. Kawan-kawan klik "select" dan klik "add" untuk tambah ruangan.

7. Kalau kawan-kawan masih lagi nak gunakan smileys yang asal..kawan-kawan klik ruangan tepi 2. Kalau x nak, x perlu klik ye..

Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Cute Icon, Cute Icon Shoutbox, Cara nak buat Icon Comel di Shoutbox


8. Selepas siap...kawan2 klik "save settings".

9. Ambil kod yang baru dan isikan pada HTML/Javascript..

10. Save.

Ok...selesai sudah

Apa2 pon...preview dulu ye bila edit blog. Sebab nak lihat jadi atau x.Yang ini untuk shoutbox ye...yang untuk chatbox, akan datang...tunggu.

Semoga berjaya


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Back To Top



بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat petang semua...memandangkan sekarang ni saya dah masuk semester baru dan bakal akan "bz" serta tiada masa yang banyak untuk meng"update" blog. Oleh itu, saya akan wat entri tentang tutorial yang diminta oleh rakan2 bloggers. Rasanya agak mudah cket untuk update blog bila buat entri tentang tutorial. Lagipun kan elok berkongsi ilmu sesama bloggers yang lain kan...Cute Icon, Icon Comel, Gambar Comel


Entri sebelum ni saya buat tentang tutorial cursor, tukar cursor yang comel-comel kat blog dengan tujuan untuk mencantikkan lagi blog kawan-kawan. Kali ni tutorial back to top..kalau kawan2 nak tau yang mana satu..cuba tengok image macam ni kat bawah blog saya sebelah kanan. Kalau kawan-kawan klik...page ni akan ke atas semula.



Back To Top, Tutorial, Tutorial Blog, Tutorial Back To Top
Tutorial ni diminta oleh cik Emilia Farahin di fan page saya.


Okay...jom kita mulakan.

-Kod yang dibawah ni kawan-kawan copy n letak di HTML/Javascript
Design-> Add a Gadget->HTML/Javascript

ctrl+c untuk copy


- Pada kod 2...ada tulis Url gambar..kawan-kawan tukar kan kod tersebut dengan Url gambar yang kawan-kawan nak letak. Letak url tersebut di tempat "Url gambar".


-Kat bawah ni ada sample untuk back to top.



http://img294.imageshack.us/img294/9831/14193731.gif


http://img529.imageshack.us/img529/1986/96133335.png


http://img175.imageshack.us/img175/7297/up3.png




Ok...kalau kawan-kawan nak letak arrow ni di sebelah kiri...tukar "right" kepada " left". Kalau nak sebelah kanan..biarkan je "right".


Kemudian...kalau kawan-kawan nak buat arrow sendiri atau letak gambar sendiri pon boleh. Lepas dah siap buat gambar...kawan-kawan boleh upload di imageshack.us untuk dapatkan url gambar. Kena ambil Direct Link ye...kalau nak letak emoticon pon boleh juga. Terpulang la..tapi Url 2 letak pada ruangan yang betul, macam yang saya dah tunjukkan kat atas tadi.


Selamat mencuba
Cute Icon, Icon Comel, Gambar Comel


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Cursor



بسم الله الرحمن الرحيم


Apa khabar semua?? Semoga sihat selalu. Kali ni saya nak wat satu tutorial...first entri tentang tutorial. Saya nak wat tutorial tentang cursor...rasanya ramai yang dah tau kan. Tapi...ada adik sorang ni minta saya ajarkan...xpe, kan baik berkongsi ilmu.

Tutorial, Tutorial Blog, Tukar Cursor, Cursor Cantik, Cursor Comel, Cara nak Tukar Cursor

Ok..jom kita mula kan.


-Mula-mula...kita pergi ke link ni dulu untuk pilih cursor eh.
Pilih cursor yang mana anda berkenan eh..kalau nak ambil dari laman web yang lain pon boleh jugak.


-Kemudian...salin kod HTML 2. Kod nya panjang..tapi ambil kod yang ni je...

ctrl+c untuk copy


Link yg "http://cur.cursors-4u.net/......cur" boleh ditukar kepada link gambar yg lain...



-Seterusnya..pergi ke Design-> Add A Gadget-> pilih HTML/Javascript


-Masukkan kod tersebut pada ruang kosong


- Akhir sekali, save.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pendidikan seks : Wajar / Tidak ??


بسم الله الرحمن الرحيم





Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan "seks" bermaksud sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan iaitu wujudnya hubungan berlainan jantina antara lelaki dan perempuan. Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia.

Di dalam Islam, isu tentang pendidikan seks bukanlah sesuatu yang asing. Ia telah pun dibincangkan oleh para ilmuan Islam secara meluas berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Antaranya ialah tentang kehidupan berumah tangga, zina dan seks songsang (Kaum Nabi Lut). Daripada perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri daripada berzina merupakan orang yang mempunyai kekuatan dalaman (spiritual) dan daya tahan diri yang kuat.

Sebagaimana di dalam hadith Nabi s.a.w : Tidak akan berzina seseorang itu dalam keadaan dia beriman..(Riwayat Bukhari)

Pendidikan seks menurut Islam bermatlamatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perbincangan tersebut mestilah berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Hasil daripada perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan yang jelas untuk menggubal dasar etika dan adab yang berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduktif yang bercirikan Islam.

Di dalam Al-Quran juga terdapat tentang isu-isu seksualiti dan kekeluargaan. Antaranya:
- Maruah diri, perkahwinan dan institusi kekeluargaan
- Seks luar nikah
- Hadath
- Batas serta adab hubungan antara lelaki dan perempuan
- Hubungan kedua ibubapa dan anak-anak.

Islam juga menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada umur 10 tahun lagi, ibu bapa digesa supaya mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Apabila mereka sudah baligh, arahan supaya menutup aurat dan membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan pula diwajibkan.

Begitu juga, Islam telah memberi garis panduan untuk kehidupan seksual umatnya. Penekanan yang diberikan adalah sebagai langkah pencegahan awal seperti wajib menutup aurat, melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan dalam Islam.

Menurut tokoh ilmuan Islam seperti Al-Ghazali dan Nasih 'Ulwan, objektif am Pendidikan seks menurut Al-Quran ialah :
- Untuk memastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam menangani segala permasalahan manusia.
- Untuk menambahkan lagi keinginan dan keimana pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
- Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti serta kepentingan institusi keluarga.
- Untuk memberikan maklumat yang betul dan jelas berkaitan dengan seksualiti dengan menyediakan kurikulum pendidikan seksualiti yang standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram bertepatan dengan ajaran Islam.

Islam merupakan agama yang syumul, seksualiti bukanlah suatu benda yang baru bahkan sudah ditekankan dan diajar dalam Islam sejak kecil iaitu sebelum seseorang memasuki alam persekolahan lagi. Keluarga memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak supaya mereka dapat membezakan halal dan haram sewaktu bergaul dengan rakan yang berlainan jantina.




Pada pendapat saya, guru-guru Pendidikan Islam perlu memperkuatkan usaha untuk mengajar generasi masa kini dengan ajaran Islam sepenuhnya. Al-Quran sendiri telah membincangkan tentang kekeluargaan dan seksualiti. Islam itu sudah lengkap, hanya umat Islam itu sahaja yang tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Jika Pendidikan Seks itu diajar di sekolah-sekolah, ia mestilah berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah. Hal ini supaya para pelajar dapat menginsafi diri dan takut akan azab Allah bagi sesiapa yang melanggar perintahNya. Jika tidak, seks luar nikah masih lagi akan berlaku..cuma mereka akan menggunakan cara yang selamat.



والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

"Like" lah Seikhlas Hati



بسم الله الرحمن الرحيم


Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 bloggers yang sudi melawat blog saya..memberikan komen, meng"like" entri dan sebagainya. Terima kasih ye..
Cute Icon, Icon Comel, Gambar Comel


Blog Atika Aula kini di fb..baru saja ditubuhkan. Ramai yang add saya di fb..tp sy rasa lebih elok like page ni dan kita dapat berkongsi2 maklumat tentang dunia blogging, info2 semasa dan lain2.


Kalau kawan2 ada pertanyaan juga boleh tanya di fan page saya..sebab kalau kawan2 tulis di shoutbox, mungkin saya akan terlepas pandang dan akhirnya saya x balas permintaan kawan2.
Cute Icon, Icon Comel, Gambar Comel


Jadi, yang paling baik..ajukan soalan kawan2 di fan page saya. Yang mana saya boleh tolong..insyaAllah saya akan tolong ye terutamanya untuk mencantikkan blog. Kalau saya agak sibuk dan x sempat untuk tunjukkan tutorial, mungkin juga saya akan bagi link tersebut kepada kawan2.


Tiada paksaan untuk like ye...like lah seikhlas hati anda ;)


Ni fan page blog saya




Di sidebar pon ada juga


Cute Icon, Icon Comel, Gambar Comel

..Sekian..



والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Mari Dengar dan Hayati



بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat pagi semua...semoga ceria2 selalu. Senyum sokmo.
Kali ni j0m kita dengar lagu la..lagu Maher Zain. Semua orang dah kenal kan Maher Zain ni..saya salah seorang daripada peminat beliau.


Ok, j0m la kita dengar dan hayati lirik lagu tersebut ;

















♫♪ Berhibur tiada salahnya..kerana hiburan itu indah. Tapi jika kita salah memilihnya..membuat kita jadi bersalah...


والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Aku Bersyukur PadaMu


بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Pagi semua..alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. Hari ini 7 Dec bersamaan 1 Muharram merupakan hari lahir saya. Alhamdulillah kerana masih lagi dapat hidup sehingga ke hari ini. Start daripada malam tadi, kawan dan keluarga saya hantar mesej di hp n fb ucapkan selamat hari lahir kepada sy. Terima kasih sebab ingat hari lahir saya ye..


Umur semakin bertambah, hari demi hari. Tapi persoalannya, adakah amalan saya bertambah?? Sy perlu sentiasa bermuhasabah diri sempena hari lahir saya dan sempena awal tahun hijrah. Cuba menjadi yang terbaik dan sempurna walaupun hakikatnya tiada apa yang sempurna melainkan Allah s.w.t.

Semoga kita sama2 berada di dalam rahmat dan kasih sayangNya.
Amin..


Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Selamat Hari Jadi, I Luv Islam, Testi I Luv Islam
Ya Allah..
Aku bersyukur kepadaMu
Atas segala nikmat kurniaan
Yang telah Engkau berikan padaku
Sejak aku bernafas dimuka bumi Mu ini..
Aku mohon keampunan dariMu atas segala kealpaan
dan khilaf diriku sebagai hamba Mu yang
kerdil dan hina..
Aku mohon rahmat dan kasih sayang Mu
Aku mohon petunjuk dan hidayahMu
Aku dambakan syurga Mu
Kau bimbinglah aku menuju jalan Mu
Semoga hari-hari yang aku lalui
Di penuhi dengan kepatuhan dan ketaatan
sebagai seorang hamba kepada Tuhannya..
Aku mohon
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Semoga hati ini dipenuhi dan dihiasi dengan manisnya iman

..Amin..


Jom kita hayati lagu erti syukur daripada kumpulan UNIC ni
(sekarang UNIQUE)





Sekian sahaja daripada saya..semoga terhibur ;)







Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Salam Ma'al Hijrah 1432



بسم الله الرحمن الرحيم


Mengikut perkiraan Islam, maghrib hari ini bersamaan 6 December (29 Zulhijjah 1431) telah masuk tahun baru hijriah iaitu 1 Muharram 1432. Jadi, kita sebagai umat Islam disarankan untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun hijriah.


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Maal Hijrah, Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah, Doa Tahun Baru Hijrah, Doa Akhir Tahun Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun Baru Hijrah



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Maal Hijrah, Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah, Doa Tahun Baru Hijrah, Doa Akhir Tahun Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun Baru Hijrah




Bersama-samalah kita berdoa semoga dosa-dosa kita pada tahun ini akan diampunkan oleh Allah s.w.t dan semoga pada tahun hadapan akan membuka satu lembaran baru dan memberi sinar yang baru di dalam hidup kita semua. Amin..
..Salam Ma'al Hijrah 1432..


Maal Hijrah, Tahun Baru Hijrah, Salam Maal Hijrah, Doa Tahun Baru Hijrah, Doa Akhir Tahun Hijrah, Doa Awal dan Akhir Tahun Baru Hijrah


والسلام

Maklumat Lanjut : Klik sini



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

..::Khas Buatmu::..


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Jumaat...penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Ceria2 selalu dan bersyukurlah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menggunakan nikmat2Nya. Alhamdulillah..

Hari ini pada tarikh 3 December bersamaan 26 Zulhijjah 1431 (H) merupakan tarikh lahir sahabat baik saya. Selamat hari lahir saya ucapkan..


Doa saya kepada beliau ;

Semoga dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Mendapat ketenangan dalam hidup
Dipermudahkan segala urusan
Semoga sentiasa mendapat perlindungan dan petunjuk daripada Allah s.w.t
Semoga berjaya hidup di dunia dan di akhirat kelak


...Amin Ya Rabbal 'Alamin...


Adnin Aula, Atika Aula, Lelaki Soleh, Lelaki Muslim, Suami Mithali, Kartun Lelaki, Lelaki Baik, Lelaki Hensem, Salam Ukhuwah


Sekiranya,
kita cinta pada manusia
tak semestinya manusia cinta pada kita.
tetapi,
sekiranya kita cinta pada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
tetapi,
sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu.
Dan,
campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku..


...Sekian..


والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula