Layan Macam Pelacur


بسم الله الرحمن الرحيم

Pelacur, Layar Macam Pelacur, Dr. Rohaya Mohamed, Pelacur Murahan, Pelacur Jalanan
Dr Rohaya Mohamed

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. 

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 



Apa pendapat kawan-kawan lepas baca berita ni?? Suka? Marah? Setuju? Tak setuju? Kurang setuju?
Tak rasa apa-apa?

First time saya baca artikel ni, saya rasa bercampur baur, macam-macam. Saya tau niat dr. ni baik, tapi kenapa mesti nak sama kan isteri dan pelacur. Banyak lagi perumpamaan yang lebih baik, isteri Rasulullah kan ada. Apa yang dia maksudkan, saya faham. Tapi perkataan atau perumpamaan yang dia gunakan itu kurang tepat. Pelacur kelas pertama? Apa tu? Hmmm..pelik2. Isteri tak perlu dipersalahkan kalau lelaki cari pelacur murahan, suami tu sendiri yang salah. 

Berkahwin bukan semata-mata nak kan SEKS sahaja. Saya tau, saya kurang mahir nak bercakap tentang perkara ni. Mungkin dia sebagai seorang dr. lebih mahir. Tapi, dalam artikel ni, seolah-olah isteri menjadi hamba suami..pelayan seks. Apa pulak tanggungjawab suami kepada isteri? Isteri bukan boneka, isteri juga ada hak dan kekurangan. Suami juga begitu, isteri tak boleh dipersalahkan 100% kalau lelaki tersebut carik perempuan lain. 

Saya copy kata-kata ustazah Noraslina Jusin, isteri kepada Ustaz Zaharuddin.

"Saya faham maksud yang ingin disampaikan, namun mengatasnamakan 'pelacur kelas atasan' sebagai saranan kepada kaum isteri agar beraksi hebat di ranjang bukanlah sesuatu yang wajar. 

Seorg isteri yang beriman pasti TAAT menjalankan peranannya itu dilimpahi kasih dan cinta selama ia masih di dalam sempadan syari'at, BUKAN KERANA WANG/HARTA. Lagi pula, tanggungjawab seorang isteri juga berencam bentuknya. Faham memahami dan bertolak ansur, itu resepi utama. Isteri cergas utk meneruskan 'tugasan malam'nya, suami pula...pasti tersenyum puas gembira!



Seorang lelaki/suami yang soleh, TIDAK sesekali menjadikan 'kekurangan isteri' di ranjang sebagai alasan melanggan 'perempuan murahan', sebaliknya dia menghulurkan tangan membantu isteri tercinta menambah ilmu dan pengalaman. Susah senang bersama, itulah pasangan yang bahagia.


Akhirnya, saya yakin, muslimah bertaqwa tidak perlu mencontohi pelacur untuk menjadi isteri yang hebat. Layanan kelas pertama? SAYYIDATINA KHADIJAH itulah contoh TERBAIK DAN PALING MULIA!


Ya ALLAH, jadikanlah diri ini, seorang isteri yang menjadi qurratu 'ayyun kepada suami yang dikasihi, ameen Ya Rabbal 'alameen :))"


P/s : Kawan-kawan pula macam mana?

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula