بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum
Esok..1 Ramadhan ! Ramadhan datang lagi. Semoga kita sampai kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah..hari demi hari, hidup semakin baik dan berubah sedikit demi sedikit.
Dulu..seorang anak, kini bertambah menjadi seorang isteri.
Dulu..duduk dengan mak ayah, kini dengan suami.
Akan datang? Mungkin jadi seorang ibu pula. Hidup ibarat roda. Sentiasa berputar. Masa pula bukan berjalan laju meninggalkan kita. Tapi, masa "berlari" meninggalkan kita.
Dah hampir 9 hari habis praktikal di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Lepas nikah dua minggu dengan encik suami..terpaksa duduk berjauhan disebabkan jarak yang jauh. Kini, usia perkahwinan mencecah 5 bulan, barulah kami dapat duduk sama di mahligai impian kami.
Terima kasih encik suami..
Masih belum siap sepenuhnya..barang-barang pun beli sikit-sikit ^_^ tapi, bersyukur sebab dah ada rumah sendiri |
Ramadhan pertama sebagai seorang isteri
Ramadhan pertama di rumah sendiri
Ramadhan pertama bersama dengan suami
Paling seronok, memasak sama-sama dengan encik suami. Nikmatnya hidup berumahtangga. Setiap apa yang kita lakukan, ada teman. Teman suka dan duka.
Setakat ni, masih belum ada rezeki lagi bergelar ibu. InsyaAllah, akan datang. Bila tiba masa dan ketikanya.
Salam Ramadhan kareem buat semua !
والسلام