Bilik buku


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum 


Dah lama mengidamkan ada sebuah bilik bacaan..akhirnya, dah ada rumah sendiri, simpan satu bilik untuk buat bilik buku dan letak barang-barang yang berkaitan dengannya. 

Cuma tak dihias betul-betul je lagi... :)


Kad hari guru yang saya dapat waktu praktikal hari tu :)

Bunga konvo :)


Handbouquet wedding dari encik suami ^_^



Yang belum ada lagi..meja komputer dan kipas. Kalau ada, dah boleh la buat keje kat dalam bilik ni.
Nanti kemas lagi cantik-cantik, letak pewangi aromatherapy...baru la rasa macam kat library. hihi.



P/s : Harapnya semoga anak kami nanti minat juga membaca ^_^



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kisah Duit Syiling



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum


Nak bercerita satu kisah...al kisah, semenjak dah berkahwin ni. Orang kata, bila dah duduk sama..kita saling sesuai menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing kan. 

Walaupun dah kenal bertahun-tahun, tapi bila dah kawin...baru lah tahu sifat masing-masing yang sebenarnya kan. Betul tak ? :) 

Nak dibuatkan cerita...rupanya lelaki ni memang tak suka menyimpan duit syiling kan. Habis berterabur atau dibiarkan kemana-mana je duit syiling tu. Kalau perempuan, kita simpan je sebab walaupun duit syiling...masih lagi berharga kan...

Sejak dari tu, kat rumah atau kat mana-mana bila keluar dengan encik suami tercinta..saya lah yang tukang kutip dan kumpul duit syiling. Jumpa je kat kereta ke, dalam kocek ke, atas lantai rumah ke...kutip.


Malas nak beli tabung...simpan je dalam bekas ni 





Ceritanya...

Sejak mengumpul ni, dah guna 2 kali dah duit-duit syiling yang nampak macam tak "berguna" ni.hehe. Bila sesak..baru nampak duit ni, kira punya kira...eh, ade seratus la. Boleh guna...

Encik suami pun dah tau dah...kalau duit syiling, dia akan suruh saya sendiri kutip letak kat dalam kotak ni (duit syiling dia je la).


Pengajarannya : Menabung lah demi masa depan, lagi-lagi orang yang baru berkahwin macam kami ni. hehe.Sebenarnya timbul idea ni bila tengok cerita kartun "UP". Tak tau yang mana? 

Yang ni la...




^_^

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula