بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Apa khabar kawan-kawan? Di harap semuanya sihat. Daripada malam tadi saya nak update blog, tapi line x ade je. Sekarang ni pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Ok la, tak nak buang-buang masa. saya nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.
Seperti mana yang kita tau, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga, jadi setiap manusia yang bergelar umat Islam dwajibkan berpuasa sekiranya tiada keuzuran yang dibenarkan syarak.
Sesungguhnya dalam bulan Ramadhan itu tersimpan 1000 rahmat dan keampunan, mudah-mudahan kita bukanlah hamba bulan Ramadhan tetapi kita merupakan hamba Allah s.w.t. Kadang-kala ada manusia yang hanya menjadi baik pada bulan Ramadhan sahaja dan pada bulan-bulan yang lain, mereka menjadi "syaitan" mereka ni lah yang dikatakan hamba Ramadhan..sedangkan Allah tu ada setiap masa..mudah-mudahan itu bukan kita.
Semoga Ramadhan ini merupakan titik permulaan kita untuk melakukan perubahan untuk menjadi yang lebih baik..Amin. Semoga Ramadhan kali ini juga lebih baik dari yang sebelumnya. Salam Ramadhan. Kullu 'am wa antum bikhar (semoga setiap tahun kamu berada di dalam kebaikan ) =]
Abaikan tahun tu ye...1432H. |
والسلام