بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Dah lama kan saya tak update? rindu la dekat blog ni..rindu sangat, kesian pulak terbengkalai je. Nape saya tak update eh? Lame pulak tu lebih kurang 6 atau 7 hari kan. Ni die sebab-sebab saya tak update blog ~
Nape tak update??? |
- Sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar
Semester ni memang banyak sangat tugasan, bukan setakat assigment je kena buat, tapi banyak jugak projek yang kena dilaksanakan. Jadi, memang tak berkesempatan nak duduk depan laptop dan update blog kesayangan ni.hehe. Tapi, saya akan cuba update juga setakat mana yang boleh sebab hobi saya berblogging. Hari-hari ada niat nak update, tapi tak berkesempatan. Ada tugasan lain yang lebih penting perlu saya buat dulu. Utamakan perkara yang utama la kan..tak gitu ke?
- Tak ada idea
Ni lagi satu sebab kenapa tak update, kadang-kadang ada masa sikit tapi idea pulak takde. Nak wat macam mana kan..kalau boleh nak jugak menulis perkara yang boleh mendatangkan manfaat dengan orang lain. Jadi, kena jugak fikir perkara-perkara yang elok-elok untuk tulis. Eh..entri ni bermanfaat ke? hehe.
Maksudnya saya sekarang bukan lagi blogger tegar..sebab kalau blogger tegar, kena update hari-hari kan? takpe la, yang penting..saya sayang belog saya. Saya nak share semua ilmu atau maklumat yang saya ada kalau boleh. Tak rugi kan berkongsi ilmu.
P/s : Dalam usaha untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dalam setiap masa dan keadaan
والسلام