بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Dah lama saya tak buat tutorial kan, kali ni saya nak ajar kawan-kawan buat banner blog dan award blog. Tutorial ni diminta oleh seorang adik di FB Page saya..
Ok, jom saya ajar..saya biasa edit gambar atau buat banner/award guna photoscape. Kalau tak ada, download sekarang. Taip je photoscape kat google. Step yang saya tunjukkan ni boleh digunakan untuk buat banner dan award sekali tau..
1. Klik pada editor
2. Pilih gambar, klik pada bahagian kiri (kalau nak latar belakang gambar)
3. Kalau tak nak, klik pada
Menu, kemudian
New Photo (untuk background warna sahaja)
4. Pilih
saiz dan
warna background yang digemari
5. Dah pilih, tekan
ok. Akan jadi macam ni..
6. Kita tengok dibahagian bawah plak, kalau nak letak gambar or tulisan. Klik pada
object.
7. Boleh letak gambar daripada laptop or ambil je picture yang dah sedia ada
8. Gambar dah siap, sekarang letak tulisan pulak. Tekan huruf
T di bahagian
objek. Akan keluar lah macam di atas. Taip, pilih tulisan, font dan lain-lain. Last, tekan ok.
9. Klik pada
Home, tengok pula di bahagian bawah kanan, ada lagi macam-macam yang boleh kawan-kawan cuba.
10. Kalau dah siap, klik save.
|
Ni la hasilnya ;) |
Untuk dapatkan Link, upload gambar di Photobucket, log in guna akaun FB pun boleh. Ambil
HTML code ye. Perlu pengubahsuaian sedikit. Nak tau lagi? Tunggu tutorial seterusnya.
Ni kalau banner or award gambar sahaja dan bukan animasi, yang gerak-gerak macam saya punya. Kalau nak tau yang macam saya punya, tunggu sambungannya~
والسلام
Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini