Gantikan Sahaja Dengan Batu



بسم الله الرحمن الرحيم


Zakat, Sedekah, Membantu Orang Susah, Asnaf Zakat, I Luv Islam, Testi I Luv Islam, Pahala Kebajikan, Gantikan Sahaja Dengan Batu




"Tolong tuan guru,saya tidak boleh tidur!" "Kenapa?" "Bongkah emas simpanan saya hilang!" "Bertenang. Ceritakan dahulu apa masalah tuan?" kata tuan guru. "Begini,saya banyak menyimpan bongkah-bongkah emas di dalam rumah saya. Ia telah dicuri,"kata hartawan itu.

Dia kemudiannya memperincikan bagaimana dia menyimpan banyak bongkah emas di dalam peti yang di tanam di dalam rumahnya. "Apa yang kamu buat dengan bongkah-bongkah emas itu?" "Saya tak buat apa-apa. Harta saya sudah banyak. Cuma sebagai kebiasaan, apabila malam saya akan keluarkan bongkah-bongkah emas itu......"

"Kamu buat apa dengannya? Kamu sedekahkan atau laburkan?" "Eh,mana boleh. Saya kira, dan kira.....Seronok. Bongkah emas saya semakin bertambah. Dan kemudian barulah saya boleh tidur dengan tenang dan senang hati.

"Masalahnya sekarang?" "Masalahnya, apabila emas itu di curi,saya tidak dapat mengiranya lagi dan saya tidak boleh tidur!" "Oh, kalau begitu senang sahaja...."balas tuan guru. "Apa?" Tuan guru boleh jampi agar pencuri tu memulangkan kembali emas saya?"balas hartawan tidak sabar.

"Bukan,tetapi kamu ambil sahaja ketul-ketul batu masukkan ke dalam peti itu. Dan anggap sahaja ketul-ketul batu itu sebagai emas. Kiralah dan kemudian tidurlah......" "Ini karut. Takkanlah ketul-ketul batu itu tuan guru nak samakan dengan emas?"

"Hakikatnya sama,Mengumpul harta yang tidak dimanfaatkan yang hanya dikira dan disimpan,samalah seperti mengumpul batu-batu!!..........."


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Rumah yang Mahal



بسم الله الرحمن الرحيم


Saudara Islam, Salam Ukhuwah, Ukhuwah Islamiah, Persaudaraan Islam, Kasih Sayang, Ayat Al-Quran, Rumah Mahal, Surah Al-Hujurat


Dua anak beranak sedang dalam perjalanan ke rumah yang baru dibeli oleh si ayah. Sepanjang perjalanan anaknya tidak habis-habis mempersoalkan mengapa rumah yang dibeli itu mahal berbanding harga biasa. "Kamu akan tahu apabila sampai ke sana nanti",jelas ayahnya.



"Inilah rumah baru kita," kata si ayah sambil menunjuk sebuah rumah yang sederhana. Ia terletak di sebuah penempatan yang agak besar. "Eh,tidak ada apa-apa kelebihan pun. Rumah ini biasa sahaja ayah,"kata si anak. "Nanti kau akan tahu apa kelebihan rumah ni."


"Oh,mungkin kerana itu ya,"kata si anak sambil menunjuk ke luar tingkap. Sebuah masjid tersergam indah tidak berapa jauh dari rumah mereka. "Itu mungkin salah satu sebabnya." "Mungkin?"kata si anak tidak puas hati.


Sejurus kemudian,kedengaran salam,dan muncul di muka pintu beberapa orang. "Kami jiran awak. Selamat datang ke kampung kami. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?"kata salah seorang daripada mereka.


Berkata seorang yang lain,"Jika tidak keberatan,jemputlah makan tengahari di rumah saya. Tentu awak belum bawa peralatan memasak kan?" "Petang nanti jemput minum di rumah saya. Boleh kita berbual-bual tentang aktiviti di tempat ini,"ujar lelaki yang ketiga. Kesemuanya begitu ramah dan mesra.

Si ayah berkata kepada anaknya,"Sekarang kamu faham kenapa ayah beli rumah ini,walaupun harganya mahal sedikit kan?" "Ya,ya. Saya faham ayah. Jiran-jiran kita ini baik-baik belaka..."


Pengajaran: Jiran-jiran di sekeliling kita,itulah yang menyumbang kepada keselamatan, ketenangan,dan keharmonian hidup kita sekeluarga. Rumah yang baik memang penting, tetapi jiran yang baik jauh lebih penting....

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Anak Murid Kesayangan


بسم الله الرحمن الرحيم

Lelaki, Lelaki Soleh, Lelaki Muslim, Lelaki Kartun, Comel, Tawaduk, Anak Murid, Ikhlas

Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu. Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih,tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.


Satu hari,guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya. Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang dan masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu, dan tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.



Namun,anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat dan ditangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih. "Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?"tanya guru. "Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa." "Maksud kamu?"tanya guru itu lagi.Murid itu pun berkata "dimana pun saya pergi,Allah sentiasa melihat."ujar anak murid kesayangan guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Mahram...


بسم الله الرحمن الرحيم


Perempuan, Wanita, Mahram, Feqah, I Luv Islam, Testi I Luv Islam, Wanita Solehah, Wanita Bertudung, Wanita Islam, Saidina Ali


Mahram bererti yang diharamkan. Yang dimaksudkan dengan yang dihramkan disini ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan seorang lelaki. Perkataan ini berbeza dengan "muhrim" yang bererti orang yang berihram dalam ibadah haji.

Lelaki yang diharamkan berkahwin dengan wanita terbahagi kepada 2 iaitu haram muabbad (kekal) dan haram muaqqat (sementara). Haram muabbad terdiri daripada pertalian darah,susuan dan mushaharah.

Antara contoh haram muabbad bagi pertalian darah ialah ibu,anak,adik beradik,ibu saudara sebelah bapa,ibu saudara sebelah ibu,anak saudara yang lelaki dan anak saudara yang perempuan.
Antara contoh haram muabbad bagi susuan ialah ibu dan ayah susuan,saudara-saudara perempuan susuan (golongan seperti ini sama dengan golongan yang pertama iaitu secara nasab).
Antara contoh haram muabbad bagi mushaharah pula ialah ibu mentua,isteri bapa kamu(ibu tiri),menantu,anak perempuan isteri dari suami lain (rabaib).
Haram Muaqqat pula tertakluk kepada satu tempoh masa dan keadaan-keadaan tertentu.

Apabila keadaan berubah,hukum juga turut berubah. Mereka ialah adik ipar atau kakak ipar serta isteri bapa saudara.
Hukum berkaitan dengan haram muabbad ialah boleh bermusafir bersama mahramnya,boleh bersentuhan seperti berjabat tangan,auratnya ialah antara pusat hingga lutut bagi lelaki manakala wanita ialah sesuatu yang zahir seperti rambut,leher dan sebagainya. Diharamkan berkahwin sesama mahram.

Namun,bagi mahram muaqqat pula ialah hukum mereka sama seperti ajnabi,iaitu tidak boleh melihat aurat,tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh bermusafir bersama. Cuma tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan yang ada masih wujud........


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula