Situasi di bulan Ramadan


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum




" Ustaz kata..bila tiba bulan puasa a.k.a bulan Ramadan, syaitan akan dirantai atau diikat. Maksudnya syaitan dah tak dapat nak goda dan ganggu anak-anak Adam. Jadi, mesti la dalam bulan Ramadan..semua orang akan jadi baik. Tapi, kenapa waktu bulan Ramadan..masih lagi ada kes-kes jenayah, ada lagi orang-orang jahat ? " Pernah tak terlintas perkara ni dalam fikiran kita waktu kecik-kecik dulu. Ya, pernah. Kan..kan.


Sekarang ni, baru la faham kenapa masih lagi berlaku perkara-perkara yang tak baik dalam bulan Ramadan. Satu analogi yang paling sesuai untuk kita ajar kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa supaya lebih mudah faham :)



Dengan kata mudahnya..jika kita dah lama "berkawan" dengan syaitan dan dah terbiasa dengan perbuatan dan perangai yang tidak baik, meskipun syaitan tiada..kita masih lagi berterusan berkelakuan sedemikian.


Lagi satu, dalam diri kita sendiri pun ada nafsu. Nafsu pun sering mengarah kita melakukan perkara yang tidak baik. Itu lah fungsi akal, akal perlu memandu nafsu. Bukan nafsu yang menguasai akal. Sebab itu kita disuruh menjaga akal dengan baik. 


Kini baru saya faham. Boleh guna cara ni untuk mengajar anak-anak murid di sekolah !! 

Sekian



 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula