بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Tergerak hati nak kongsi satu benda atau mungkin lebih kepada kisah sendiri kepada orang lain..yang baik boleh di ambil, yang buruk, tinggalkan kat sini je atau tegur-tegur sikit.hehe. Entri kali ni mungkin berkaitan dengan pengalaman, pemerhatian saya sendiri. Kalau ada tersilap, mohon maaf ye..
Dari kecik lagi saya dibesarkan dalam kalangan orang Melayu yang beragama Islam..orang kalau cakap Melayu, mesti kaitkan dengan Islam sekali kan. Mungkin itu dulu, tapi sekarang saya rasa tak lagi. Sek rendah sampai sek men semua kawan-kawan Melayu Islam. Tak pernah ada kawan rapat India Muslim or Cina Muslim or bangsa lain. Kawan non Muslim memang jauh sekali.
Bila dah masuk u, baru la jumpa dan bergaul sikit-sikit dengan non Muslim..tapi masih tak rapat sebab kawan sekelas semua Melayu Islam. Masih lagi tak berubah macam dulu. Nak kata tak sedar kewujudan muallaf or non Muslim tu tak la, tapi pandang macam tu je. Tak ada rasa tanggungjawab langsung dekat diorang..tapi bila saya dah join 1 kursus ni. Memang betul-betul membuka minda dan fikiran saya tentang muallaf dan non Muslim. Sebenarnya gelaran muallaf tu untuk mereka yang baru je masuk Islam, kalau dah lama..tak perlu dah. Selalu yang dapat gelaran Muallaf tu kaum India, Cina..agak-agak ada tak orang Melayu muallaf? Fikir jap.hehe.
Pinjam gambar sekejap..dari google (^^,) |
Sejak join kursus tu, saya belajar macam-macam perkara yang sebelum ni saya memang tak tau langsung. Orang kata zero la pasal bab-bab tu terutamanya berkaitan non Muslim dan huraian tentang Islam sendiri pun sangat-sangat berbeza yang pernah saya dapat sejak saya belajar dari dulu sampai la join kursus ni. Memang terkesan sungguh la dekat diri saya.
Bila join kursus tu, bercampur dengan pelbagai orang, pelbagai latar belakang yang sangat berbeza. Ada yang dah berumur, ada yang muda, ada golongan muallaf dan lain-lain. Bila saya kenal dan berkawan dengan saudara baru ni, saya tersedar sesuatu. Mereka ni sebenarnya sangat tabah, sangat kuat dan mereka sanggup menggadai nyawa demi Islam. Itu yang paling penting. Mereka betul-betul nekad nak memeluk agama Islam walau apa pun yang terjadi. Selama ni mungkin kita pandang mereka "orang baru" dalam Islam dan kita rasa diri kita lebih hebat daripada mereka. Awal-awal saya bagi tau, sila buang jauh-jauh tanggapan tu. Sangat-sangat tersasar.
Selain tu, walaupun mereka baru memeluk agama Islam..tapi semangat nak mencari dan mendalami ilmu agama tu sangat la kuat. Bahkan saya rasa, orang yang memang lahir Islam pun tak macam tu. Mereka belajar, mereka amalkan dan mereka sebarkan. Walaupun baru memeluk Islam, tapi mereka dah bersemangat dan berani untuk "share Islam" dengan orang lain terutamanya dengan ahli keluarga yang masih belum Islam. Walaupun mereka tau, keluarga mereka masih lagi tak minat kepada Islam. Saya terfikir lagi, kita yang sememangnya lahir dalam Islam..kita nak menjauhi ilmu-ilmu Islam, nak jauh dari cara hidup Islam, nak "share" atau berdakwah kepada orang lain mungkin jauh sekali. Tak perlu jauh sangat, dekat kelurga sendiri. Mampu ke kita???
Saya sangat-sangat kagum dengan diorang sebenarnya, saya rasa diri ni terlalu kecil nak dibandingkan dengan mereka. Mereka sangat kuat, tabah, dan mereka lah yang sebenarnya menjalankan tugas dakwah dan bukan kita. Tapi saya tak cakap semua, bila saya fikir balik. Mereka tu lah sebenarnya orang Islam yang sebenar, yang bukan hanya pada nama, bukan hanya pada kad pengenalan tapi dari segi keimanan, amalan mencerminkan hidup seorang Islam.
Yang paling saya kagumi ialah semangat yang ada dalam diri mereka. Mungkin juga disebabkan mereka memeluk Islam atas dasar pilihan, mereka dah harungi pelbagai dugaan dan cabaran ketika nak memeluk Islam dan juga kehidupan setelah bergelar sebagai seorang Islam. Mereka dah rasai kesusahan dan boleh juga diibaratkan seperti zaman Islam mula tersebar dulu. Ingat tak kisah Bilal bin Rabah, kisah Sumayyah dan para sahabat yang lain? Mereka memilih Islam, mereka sanggup bergadai nyawa untuk Islam. Bila sesuatu yang susah nak dapat tu dan bila kita dapat...pastinya kita akan pertahankan habis-habisan kan? Itu lah yang dinamakan orang Islam atas dasar pilihan.
Tapi, macam diri saya sendiri..dah memang lahir dalam keluarga Islam. Lahir-lahir mak ayah Islam..tak payah susah-susah nak cari. Mungkin ada juga orang lain yang hanya Islam atas dasar warisan je, atas dasar nama. Tapi, ilmu Islam sendiri tak kuasai, hidup dengan cara Barat. Bila dapat sesuatu tanpa kita minta dan tanpa susah payah, kita pandang sebelah mata je kan? Itu lah orang yang bergelar sebagai muslim atas dasar peluang.
Sepatutnya kita patut bersyukur sebab kita dah dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang mana tanpa keduanya hidup kita tak akan selamat dunia dan akhirat. Bukankah mensyirikkan Allah itu merupakan dosa yang tak dapat diampunkan? Ia satu kezaliman yang nyata. Analogi yang terbaik, kawan-kawan boleh baca entri Kad Keahlian dan Ganjaran. Kini saya sedar tentang tanggugjawab saya kepada non Muslim, kepada muallaf, dan terutamanya tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Biarlah walau hanya tahu sepotong ayat, tapi kita dapat sampaikan kepada orang lain. Biarlah walau hanya tahu sepotong ayat, tapi kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian. Kualiti itu lebih baik berbanding kuantiti.
Bersyukur atas nikmat Iman dan Islam dan cuba belajar serta berpegang kepada sesuatu perkara dengan hujah yang kuat, bukan hanya taqlid semata-mata. Walaupun diberi peluang secara "percuma" sebagai seorang Islam..kita juga perlu menjadikan Islam sebagai satu pilihan. Nak cuba praktikkan apa yang Brother Shah ajar, bila sebut ayat AQ..sebut sekali surah keberapa, ayat keberapa. Sama juga macam hadith, baru lah berpegang serta berhujah dengan dalil yang kuat dan pasti.
Akhir sekali, agak-agak kan apa pengorbanan paling besar yang pernah kita buat demi Islam?? Sama-sama fikirkan.
Bak kata Brother Shah Kirit :
{ Don't be a muslim by chance, be a muslim by choice }
والسلام