Never Forget


بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum semua..saya nak layan lagu Maher Zain petang-petang ni. Best jugak kan.

Every night and every day
Never forget to say Lailahaillallah
When you walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of the most High
And say with every heartbeat
Lailahaillallah

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He's the light of the Heavens and Earth
He's the First and He is the Last
Obey Him and always say
Lailahaillallah

Never Forget to say
لا إله إلا ألله

Maher Zain, Album Maher Zain, Never Forget, InsyaAllah, Thank You Allah, Alhamdulillah, SubhanaAllah
Mesut Kurtis, Never Forget, Awakening Records, Maher Zain, Album Mesut Kurtis

Maher Zain feat Mesut Kurtis
Awakening Records



Lagu- lagu yang lain..jom layan jugak. InsyaAllah, Thank You Allah, The Choosen One, Open Your Eyes, Holds My Hands.


~Santapan rohani waktu petang~


والسلام

Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Buat Insan Bernama Wanita


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalalmualaikum dan selamat pagi..dah sarapan belum? Semoga semua sihat-sihat hendaknya ok. Kali ni saya naj tujukan lagu-lagu ni kepada insan bernama wanita (termasuk la diri saya kan!!) sebagai peringatan dan panduan. Hayati bait-bait lagu tersebut..wanita, sedarkah anda bahawa anda sungguh istimewa? Jaga diri anda dan sayangi lah diri sendiri..demi agama, bangsa dan negara. Terimalah lagu dari saya kumpulan Nasyid Mestica dan De Hearty. Semoga terhibur..http://www.emocutez.com






Puteriku Sayang - Mestica feat Munif Hijjaz







Wanita -De hearty


Tercipta engkau dari rusuk lelaki..bukan dari kaki untuk di alasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di hati  untuk di kasihi. Engkaulah wanita hiasan duniawi..(✿◠‿◠) 

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana..tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama, tiada siapa yang akan boleh merampasnya. Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri..Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama, dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya. Wahai Puteriku Sayang..kau bunga terpelihara..mahligai syurga itu lah tempatnya..(‿‿─) 



Dua-dua lagu ni saya suka sebab lirik nya best dan menyentuh perasaan.Kat dalam video tu dua-dua dah ada lirik..ok, enjoy ye. Semoga terhibur~



والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Seorang daripada 10 Peserta Akademi Al-Quran-5 merupakan ex-SAMTiSH


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum..selamat malam semua.

Waktu mula-mula program Akademi Al-Quran ada kan..saya tak pernah "missed" tengok, tapi sekarang dah sampai musim ke 5 rupanya. Sejak masuk ukm ni, bila masa plak nak tengok tv kan. Tv ada kat paras ni, tapi tak la seronok mana bila tengok tv kat cni..takde "feel" la.hehe. 

Kalau musim pertama dulu, juaranya Ahmad Fahmi kan. Yang musim kedua pulak, Anwar. Yang musim ketiga Fakhrul Radhi kan. Yang musim keempat siapa eh..saya rasa saya dah start tak "follow up" program AQ ni..seronok jugak bila tengok orang lain yang hebat-hebat baca Al-Quran kan, sedap bila kita dengar dan hayati. Itu lah indahnya bahasa Al-Quran. Miliki mukjizat yang tinggi dan besar..balaghah dan uslub yang hebat yang tiada siapa-siapa yang boleh menghasilkan sama seperti Al-Quran.

Kalau kita belajar bahasa Al-Quran, baru kita sedar bahawa Bahasa Arab ni sangat indah. Memang indah. Lagi-lagi bila kita kaji tentang Al-Quran, sama ada dari aspek bahasa ke..makna ke. Merangkumi semuanya lah..subhanallah. Saya sayang bahasa Arab..(betul ni, tak tipu). Sebab tu lah bila habis form 5, saya sambung dalam bidang agama dan bukan sains tulen. Sebab saya sayang nak tingglakan bahasa Arab..dan sampai sekarang ni pon alhamdulillah masih lagi dalam pengajian bahasa Arab. 

Eh..cerita pasal kisah saya plak. Sori ye.hehe. Sebenarnnya saya tulis entri kali sebab nak beritahu bahawa peserta Akademi Al-Quran musim yang kelima ni salah seorang daripada mereka merupakan bekas budak sekolah saya iaitu Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang. Saya pun terperasan bila baca post dekat wall page SAMTiSH tadi..dia merupakan 10 peserta dalam AQ sekarang ni. Tapi tak terkejut sangat pun, sebab time kat sekolah dulu dia selalu jadi wakil baca Al-Quran bila ada majlis besar-besar dan selalu masuk pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan serta dapat Johan. 

Dia jugak merupakan peserta nasyid sekolah..atas nama Soul Al-Ghamidi, diorang selalu mengharumkan nama sekolah sebab bila bertanding di peringkat negeri atau kebangsaan mesti dapat Johan jugak. Biasa kan bila suara sedap baca Quran, menyanyi pun sedap jugak kan..sebab lenggok suara yang dia ada tu. ( Rasanye la..). Setakat ni tak berkesempatan lagi nak tengok AQ..ok la, ni orang nya yang saya cakap tadi.

Akademi Al-Quran, AQ, Akademi Al-Quran Musim 5, Nasir Akademi Al-Quran, Peserta Akademi Al-Quran, Finalis Akademi Al-Quran, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Mintak-mintak takde sesiapa yang marah letak gambar dia kat entri ni ;)

Pinjam gambar kejap ye Nasir..hehe. Kalau nak cari dia kat fb..cari nama Anas Al-Ghamidi. Dah bagi link pun. Klik je. Apa-apa pun, tahniah la ye. Semoga dapat Johan AQ..doakan yang terbaik. 


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula