بسم الله الرحمن الرحيم
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana tercipnya cinta disitu rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala..
Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa,merawat luka
Damai di jiwa..
Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka
Entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..
Kerana Cinta - In Team ft Mestica
والسلام