Blogwalking palsu??


بسم الله الرحمن الرحيم


Blogwalking?? Ape tu blogwalking?? Saya rasa kawan-kawan semua x asing kan dengan istilah blogwalking ni atau shotformnya "bw" je. Kalau yang masih x tau blogwalking 2 ape..blogwalking Gambar Comel, Cute Icon, Salam Ukhuwah2 ialah kita melawat blog orang lain dan tinggalkan jejak iaitu url di shoutbox or cbox tuan blog tersebut..

Kali ni saya nak kongsi info dengan rakan-rakan blogger tentang blogwalking palsu..pernah dengar x sebelum ni?? Bw palsu ni berlaku apabila blogger tersebut sebenarnya tidak datang melawat, singgah atau ziarah di blog kita. Tapi, blogger tersebut menggunakan 1 sistem bw palsu..ada tau sistem 2 kalau kawan2 nak tau. Sy p0n dah lupaGambar Comel, Cute Icon, Salam Ukhuwah laman web sistem tersebut..

Caranya ialah kena mendaftar untuk jerit di shoutbox sistem tersebut dan mesej 2 akan sampai dan singgah ke shoutbox or cbox anda tanpa mereka perlu datang ke blog anda. Mudah je kan..tapi, bagi saya siapa yang bw secara palsu ni orang yang tidak jujur la. (maaf kalau ada yang terasa).Gambar Comel, Cute Icon, Salam Ukhuwah


Sebab apa saya kata mereka ni tidak jujur...

1. Mereka tidak singgah atau melawat blog tuan empunya shoutbox/cbox.
2. Kadang2 memuji blog empunya shotbox/cbox cantik..tapi, sebenarnya mereka x pernah p0n melawat blog anda.
3. Mereka akan kata untuk "follow" tapi..mereka tiada dalam list followers anda.


Ini merupakan pendapat saya..kalau kawan-kawan yang lain rasa perkara ini biasa2 n x kisah..it's ok. Sy hanya ingin berkongsi..

Kat cni saya nak tunjukkan mcm mna cara untuk menggelakkan blogger2 yang melakukan bw palsu ni meninggalkan jejak di shoutbox anda..jom ikut saya!

First..mesti log in dulu account shoutbox kawan2
1. Klik settings
2. Klik website lock
3. Masukkan url laman web kawan2 sama macam yang saya tunjukkan 2..
4. Last, save settings.
Shoutbox, Shoutmix, Chatbox, Cara nak Mengelakkan Blogwalking Palsu, Blogwalking Palsu, Auto Blogwalking, Sistem Blogwalking, BW, Cara nak Lock Shoutbox

Shoutbox, Shoutmix, Chatbox, Cara nak Mengelakkan Blogwalking Palsu, Blogwalking Palsu, Auto Blogwalking, Sistem Blogwalking, BW, Cara nak Lock Shoutbox

Ok, bila kawan2 dah ikut mcm sy wt 2..maksudnya hanya jejak yang datang dari blog kawan2 je yang boleh tersenarai kt shoutbox. (maksudnya kalau yang lawat blog kawan2 je yang boleh tinggalkan jejak, yg dtg dr sumber lain..x boleh tersenarai di shoutbox). Sy cuma tau untuk shoutbox je..yg chatbox n yang seumpamanya sy x tau untuk lock. Kalau kawan2 tau..boleh la share ye!!

Setakat ni..sy ada lah jugak tau blogger mana yg bw secara palsu..tp nama dirahsiakan ye. x baik untuk mengaibkan orang lain..maaf.

Bw la secara jujur..
Gambar Comel, Cute Icon, Salam Ukhuwah


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Jom kita timbang berat blog (",)



بسم الله الرحمن الرحيم

Timbang Berat Blog, Blog Berat, Timbang Berat, Cara nak Timbang Berat Blog


Selamat pagi semua...harap2 hari ni lebih baik daripada semalam ye. Kawan-kawan nampak x gambar kat atas 2?? Jangan sesekali buat kat lapt0p anda ye..hehe. Sebenarnya saya nak ajak kawan-kawan timbang berat blog masing-masing.


Bukan apa...makin berat blog kita, makin lama l0ading. Kalau dibuatnya line agak lambat, tension jgk kan nk tggu sampai habis l0ading..bl0g anda makin berat disebabkan widget2 yang agak banyak dan juga post per page yang banyak.


Jadi..saranan saya, widget2 yang rasa2 kurang diperlukan 2 boleh la diremove untuk meringankan blog anda. Selain itu, post per page pula cuba anda kurangkan bilangannya..ikut kesesuaian masing2 ye..


Jom ikut step ni :

1. Korang g kat laman web ni

2. Masukkan url blog masing-masing

3. Last sekali, klik kt butang Check!


Ni contoh hasil berat blog sy

Berat Blog Atika Aula, Atika Aula, Salam Ukhuwah, Blog Atika

Dulu, mula2 saya timbang blog saya..lebih kurang dalam 190 lebih kb la cm2. Tapi bila dah diubahsuai dan dibuang beberapa widget yang saya rasa kurang diperlukan. Maka, berat blog saya sekarang di bawah 100 kb.

Kawan-kawan pon boleh cuba n adjust blog masing-masing supaya lebih ringan dan mengambil masa yang singkat untuk loading.

Selamat Mencuba!!


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Gambar anda dicuri!!



بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni saya rasa nak berkongsi 1 laman web dengan kawan-kawan, laman webnya ialah gadiscomel.com. Kat laman web ni..semua gambar-gambar perempuan termasuklah artis n rakan-rakan blogger yang lain ada. 


Saya pon terbaca tentang laman web ni di fadz blogspot..memandangkan ramai yang suka letak gambar di blog, fb n laman web yang lain-lain..maka, saya nak bagi tau supaya berhati-hati lah ye!! Sebab tuan laman web gadis comel tu mungkin dia menciplak gambar-gambar tersebut tanpa izin empunya diri..


Baby Comel, Baby Terkejut, Cute Baby, Gambar Dicuri, Gambar Wanita
Ada rupanya laman web macam ni..baru saya tau.huhu

Kalau anda membenarkan gambar anda tersebar..it's ok. Tapi, kalau tak..saya rasa tak perlu lah letak gambar banyak-banyak di laman web. Kita pon tahu kan..dunia IT, macam-macam boleh berlaku...sebab kt laman web yang saya sebutkan tadi..memang banyak sangat gambar-gambar perempuan. Termasuklah yang pakai tudung skali..huhu. Yang seksi mesti lah tak terkecuali kan...


Saya juga ada terbaca di blog kawan ni..Murnihati. Rupanya watermark yang kita letak kt gambar-gambar tu..boleh diremove. Jgn terkejut ye kawan2..fungsi watermark tu supaya orang lain tahu dari mana gambar tu diambil kan...tp biasa lah, teknologi kan..macam-macam ada.hehe.


Kalau kita wat disabled right click pon..tapi bile search image kat google..stil gambar kita tu boleh di copy paste kan...?? Hmm..itu la dunia IT, memang mudah tersebar. Jadi..kepada blogger-blogger perempuan terutamanya..saya sarankan, kalau anda rasa tak nk gambar anda dicuri, tak perlu lah letak gambar banyak-banyak di laman web anda. Lagi-lagi kat fb..

Saya rasa itu je yg saya nak kongsikan sekarang...be careful ya!!


والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kelebihan Bekerja dengan Ikhlas


بسم الله الرحمن الرحيم


1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran

Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas “talian hayatnya” bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.



2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif

Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai “self promotion” (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai “self improvement” (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.


Bekerja Dengan Ikhlas, Kerja Baik, Ikhlas, Jujur, Amanah, Disiplin




3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan

Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.


Mengumpat, Dosa, Pahala, Amalan Baik dan Buruk, Minta Maaf



4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja

Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “kepala” kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.



5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan

Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan “khadam ummah” bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.



6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan Pendirian.

Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.


والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hati-Hati Balik Kampung


بسم الله الرحمن الرحيم


Salam semua..
Pe khabar? Harap chat2 semuanya..pada tarikh 10/11/10 berakhirnya tugas saya sebagai pelajar pada sem1 tahun 2 ni. Tp sem depan ada lg..
Exam td last paper sem ni. Jadi, di kesempatan ni..saya nak ucapkan kepada sahabat2 seperjuangan, termasuk juga yang membaca entri ni yang mana dah abes exam dan sedang berkemas-kemas barang 2..saya nak ucapkan selamat pulang ke kampung ye.
Semester depan kalau panjang umo kita jumpa lagi..


Selamat Bercuti, Happy Holiday, Balik Kampung, I Luv Islam, Testi I Luv Islam

Hati2 pulang ke kampung..x kira la awak naik kereta ke, moto ke, bas ke, kapal terbang ke..sama je. Yang penting berhati-hati di jalan raya dan jaga diri baik2..


Kereta, Motor, Bas, Kapal Terbang, Pengangkutan Awam, Transport

Jangan lupa baca doa naik kenderaan supaya perjalanan rakan-rakan sentiasa di bawah lindunganNya. Semoga selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi. Aminn..
Ok la, rasa nye 2 je yang saya nak sampaikan. Jumpa lagi lain kali ye..


والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Aku ialah Raja


بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang raja telah digulingkan dalam satu konspirasi dalam kalangan menteri-menteri kanannya. Raja itu kemudiannya diracun sewaktu ditahan dalam istana. Anak raja yang masih remaja tidak dibunuh. Jika dibunuh dikhuatiri rakyat akan bangkit memberontak. Para menteri berpakat untuk merosakkan keperibadian anak raja itu agar dia tidak bercita-cita lagi untuk menggantikan ayahandanya. Anak raja itu pun diasingkan di kawasan pedalaman, kononnya dengan alasan anak raja itu perlu dilatih untuk menjadi raja pada masa akan datang.

Para menteri yang berkonspirasi itu bermesyuarat bagaimana untuk merosakkan anak raja itu. "Kita berikan dia makanan sedap-sedap dan lazat-lazat. Biar dia makan sahaja. Tubuhnya akan gemuk dan ditimpa berbagai-bagai penyakit. Jika dia sudah menghidap kencing manis, darah tinggi dan obesiti, mana larat dia berfikir. Usahkan jadi raja, entah-entah mati muda," cadang seorang menteri. Seorang menteri lain memberi cadangan : "Kita biarkan dia tenggelam dengan hiburan dan keseronokan. Kita bekalkan arak, muzik dan wanita-wanita. Biar dia ketagih dan hanyut dalam dunia keseronokan. Justeru, tidak akan lagi bercita-cita besar. Rakyat tidak akan menyalahkan kita jika dia sendiri tidak berminat untuk menjadi raja.."

Program menghancurkan kreadibiliti dan reputasi anak raja itu pun dilaksanakan. Satu badan khas dilantik untuk membekalkan apa yang mereka rancangkan untuk anak raja yang masih remaja itu. Setelah beberapa tahun, para menteri tersebut pergi melawat si anak raja. Mereka ingin melihat hasil program yang telah dilaksanakan bertahun-tahun itu.


Mahkota, Raja, Mahkota Indah, Mahkota Mahal

Namun alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat anak raja itu membesar sebagai seorang yang sihat, berwibawa dan matang. Tidak ada tanda-tanda yang dia menghidap penyakit, sugul, ataupun hilang semangat. "Kamu tidak makan makanan lazat yang kami berikan?" "Saya makan, tetapi sekadarnya," jawab anak raja. "Kamu tidak minum arak?" "Tidak sekali-kali" "Kamu tidak tergiur dengan wanita-wanita yang cantik disini?" "Saya menahan diri" "Kamu tidak suka muzik?" "Hanya muzik yang membina jiwa dan kesegaran rasa"

Para menteri menggeleng-gelengkan kepala. "Kenapa kamu menolak semua itu?" "Semua itu akan merosakkan diri saya," jawab anak raja. "Mengapa kamu terlalu berhati-hati dan menjaga diri?" "Kerana saya sedar, saya bakal menjadi raja! Seorang raja mesti menjadi orang yang sihat, kuat dan baik untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Saya dilahirkan untuk menjadi seorang raja!" Menteri-menteri terkejut..


Pengajaran : Cita-cita dan wawasan yang tepat dan jelas dalam jiwa dan pemikiran seseorang akan mendorongnya bertindak selaras dengan cita-cita dan wawasannya itu. Dia tidak akan dapat diganggu gugat oleh sebarang elemen negatif. Dia sentiasa fokus dan tahan godaan dalam proses mencapainya.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Url Blogspot Dieksploitasi


بسم الله الرحمن الرحيم


Perhatian, Hai-Hati, Stop, Berhenti, Url Blogspot Dieksploitasi



Salam semua..
Semoga chat dan ceria2 selalu..senyum s0kmo.
Kali ni saya nak share dengan rakan-rakan tentang 1 perkara.
Cuba kawan-kawan taip Url laman web blog masing-masing..tapi tukar jadi macam ni.
Contohnya : http://atikaahmadiah.blogpot.com/
atau
http://atikaahmadiah.blogpsot.com/
rakan-rakan buang "s" atau letakkan terbalik mcm sy wat kat atas tu.


Korang akan jumpa laman web ni
"Mega Site of Bible studies and information"
x kira la korang taip Url sape2 p0n, yang penting blog dan macam saya bg contoh kat atas tu. Nampaknya Url laman web kita dah di eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.
Mungkin ada yang dah tau tentang ni, dan mungkin ada juga yang tidak tahu. Jadi, berhati-hati bila kita tulis Url kat mana-mana, supaya tidak bagi Url yang salah. Senang-senang je mereka nak menyebarkan" dakyah" kat orang ramai.


Berapa ramai orang yang ada blog?? Berapa ramai orang Islam ada blog?? Memang mudah kita dieksploitasi..macam 2 la bila orang kafir dapat menguasai teknologi. Apa2 pun diorang boleh buat untuk melalaikan umat Islam, menyesatkan umat Islam. Cube kita fikir-fikirkan dengan hati nurani..sebab tu kita sebagai umat Islam perlu kuat supaya kita tak ditindas oleh musuh-musuh.


Fikir-fikirkan ya saudara-saudara seIslam ku..


P/s : Tak salah kalau kita baca untuk belajar atau mengkaji, bahkan lagi digalakkan. Tapi, mesti ada bimbingan ye..


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tiga Tetamu Misteri




بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi ke kebun yang berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang 3 orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, " Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman menunggu suami saya pulang?" Salah seorang daripada mereka berkata "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar." Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

" Saya kekayaan," kata lelaki pertama. "Saya kejayaan," kata lelaki kedua. "Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir. Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, "Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk." "Jadi, kamu terpaksa memilih antara kami bertiga?" "Ya," jawab mereka. "Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah. "Kita pilih kekayaan," cadang isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini ." "Tidak" kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi. " "Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ibu dan ayah saling berkasih sayang dan menyayangi saya...."

Tiga Tetamu Misteri, Keluarga Bahagia, Happy Family, Keluarga Muslim, Solusi
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni. "Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah. "Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan minta." Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah, namun diiringi dengan kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga msuk ke rumah. "Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang beerti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan kemana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya." Mendengar yang demikian, suami, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!!

Pengajaran : Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali iaitu kaya harta dan kaya jiwa....


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Arnab, Kambing & Harimau




بسم الله الرحمن الرحيم


Jangan Hasad Dengki, Hasad Dengki, Dengki Diharuskan, Dengki Perosak Amalan

Arnab dan Kambing bersahabat baik. Mereka makan di padang rumput yang sama dan minum di sungai yang sama juga. Satu hari, mereka bergaduh. Hal yang terlalu kecil, tetapi akhirnya bertukar menjadi besar apabila mereka saling mencaci antara satu sama lain. "Aku akan hancurkan kambing. Apa dia ingat aku takut dengan tanduknya?" getus arnab seorang diri. Dia ligat memikirkan bagaimanakah caranya hendak memusnahkan kambing. Tiba-tiba dia mendapat idea yang baik. "Ya, aku akan berjumpa harimau dan memberitahunya tempat kambing selalu berehat," kata arnab di dalam hati. Dia yakin harimau akan bersetuju. Siapa yang hendak menolak rezeki?

Arnab pun menemui harimau dan memberitahu di mana kambing bersembunyi. Harimau dengan pantas bersetuju dan mengajak arnab pergi bersama-samanya ke tempat yang dimaksudkan. Bila tiba sahaja di situ, harimau terus menerkam kambing dan membunuhnya. Dan sebaik saja kambing mati, harimau terus menerkam arnab dan membunuhnya sekali. Dua bekas sahabat baik itu menjadi mangsa harimau yang menjadi musuh mereka sekian lama..

Pengajaran : Kebencian acap kali menghilangkan kerasionalan dalam berfikir. Berdepan dengan 2 mudharat serentak, kita gagal menilai mana satu mudharat yang lebih besar impaknya pada kita.


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula