بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Kali ni saya nak share sikit dengan semua tentang orang asli dan cara untuk berdakwah kepada mereka. Sebenarnya ni permintaan kawan saya untuk saya share maklumat daripada kursus yang saya pernah pergi dulu. Mungkin saya boleh share serba sedikit ilmu yang ada. InsyaAllah..
Yang baju merah tu pensyarah saya, tahun lepas kami pergi ke perkampungan orang asli di Jerantut, Pahang ;') |
Apa yang paling penting kalau kita nak jalankan tugas dakwah, kita kena tahu dulu latar belakang orang yang kita nak sampaikan dakwah tu. Baru dakwah yang kita nak sampaikan tu akan lebih berkesan. Yang tu paling utama. Maksudnya kalau orang asli, kita kena tahu mereka dari puak mana, pantang larang mereka, adat resam, kepercayaan, majoriti penduduk dekat situ dan lain-lain.
Kemudian, kalau dah faham dan dah tahu serba sedikit latar belakang orang yang nak disampaikan dakwah tu sebagai contoh, program kawan saya tu bakal dijalankan di Kelantan, mungkin juga orang asli di sana masih lagi kurang terdedah dengan pembangunan dan kurang maju berbanding di Selangor. Jadi, mereka juga mungkin kurang terdedah dengan orang luar dan pembangunan. Jadi, pendekatan yang kita perlu gunakan berbeza berbanding mereka yang sudah terdedah dengan kehidupan moden.
Mungkin kat sini tak perlu saya huraikan lebih lanjut siapa itu orang asli, apa kepercayaan mereka, apa pantang larang atau adat resam mereka. Cuma mungkin saya boleh huraikan tentang cara untuk kita menyampaikan Islam kepada orang asli.
Menurut kawan saya, dekat kawasan yang mereka nak pergi tu ada campur Islam dan bukan Islam. Jadi, salah satu cara yang terbaik seperti mana yang saya dapat dalam "handout" yang diberi sewaktu pergi kursus dulu ialah merujuk kepada orang asli yang telah memeluk Islam tentang cara untuk menyampaikan Islam kepada orang asli yang bukan Islam. Hal ini disebabkan mereka lebih memahami kaum mereka sendiri, kita orang luar ni perlu panduan dari mereka.
Kita juga perlu belajar tentang adat resam dan pantang larang mereka, sebab orang asli memang banyak pantang larang seperti mana yang diterangkan oleh penceramah dulu. Sampai sekarang, masih kuat lagi diamalkan oleh orang asli. Mungkin setiap tempat, berbeza adat dan pantang larang..tapi, mungkin ada yang sama untuk semua orang asli. Kita datang ke tempat mereka, kita kena hindarkan perkara yang mereka tak suka. Sebab sekali kita buat salah, itu akan menyebabkan mereka jauh dari kita. Dah susah la kita nak sampaikan dakwah nanti kan..
Yang paling penting, tunjukkan contoh tauladan yang baik. Tu pun dah cukup, kita kena tunjukkan yang kita mesra, peramah, datang situ nak bantu mereka dan jangan pula tunjuk geli ke tak suka ke, contohnya la. Teknik dakwah yang paling berkesan ialah qudwah hasanah kan? Cakap banyak pun tak guna kalau kita tak buat, jadi..perilaku dan perbuatan kita tu je dah dapat menunjukkan keindahan Islam tu sendiri.
Kalau nak start komunikasi dengan mereka, paling simple..tanya khabar. Mudah je kan, dengan tanya khabar je boleh menyebabkan kita jadi rapat dengan mereka. Dengan tanya khabar pun boleh menyebabkan kita cerita sampai ke bab-bab yang lain..macam kita berborak biasa-biasa tu la kan. Mula-mula tanya khabar lepas tu tanya itu, tanya ini. Tanya khabar tu sebagai pencetus nak memulakan bicara je sebenarnya :')
Bila dah bercerita macam-macam, kita boleh juga mula cerita tentang agama. Tapi, kita kena tengok dulu reaksi dia. Kalau ok, kita boleh tanya soalan mudah je. Contohnya tanya dia macam ni "Apa pendapat makcik tentang Islam?.." Kita nak tau pandangan dia terhadap Islam sama ada suka ke tak suka ke.
Kalau respon dia positif, contohnya dia tunjuk minat nak tau lebih tentang Islam, kita boleh terangkan dia yang Islam ni mudah, Islam agama untuk semua orang bukan bangsa Melayu je, Islam adil. Bagi la contoh dan cerita-cerita sikit ke.
Kalau respon dia negatif, kita tanya kenapa dia berpendapat macam tu dengan nada yang betul-betul nak tahu dan lemah lembut. Lepas dia dah bagi sebab, kita boleh jelaskan dengan mudah dekat dia. Kita bagitau, dalam ajaran Islam, ada sebuah kitab iaitu Al-Quran. Orang Islam ada dua kategori, satu ikut kitab dan satu lagi tak ikut kitab. Orang Islam yang jahat seperti mencuri, merogol, dan lain-lain ( kalau boleh ambil contoh yang dia sebut tu ) mereka orang yang tak ikut kitab atau ajaran Islam. Dalam Islam, kalau buat perkara macam tu dikira berdosa. Mereka tu hanya Islam pada nama dan i.c je. Kalau yang ikut kitab atau ajaran Islam, mereka tak kan buat macam tu sebab ia dibenci Tuhan (Allah).
Tu yang paling mudah nak jawab, kita kena terangkan dan ubah persepsi mereka tentang Islam. Kita kena pertahankan Islam dan bukan pertahankan orang Islam. Islam dan Muslim adalah dua perkara yang sangat-sangat berbeza. Macam saya pernah cakap dulu, Islam itu indah tapi umat Islam tu sendiri yang tak menunjukkan keindahannya sehingga penganut agama lain or mereka yang tidak beragama tak nampak keindahan yang ada dalam Islam.
Lepas tu, kalau mereka nak lagi penjelasan lanjut dari kita tentang Islam..kita boleh terangkan dengan bahasa yang mudah. Kitab sampaikan Islam menggunakan logik akal sahaja, tak perlu kepada ayat Al-Quran atau pun hadith Nabi. Aspek yang perlu kita tekankan dulu ialah jelaskan keindahan-keindahan Islam, betulkan persepsi salah mereka. Analogi seperti "gelas yang kotor perlu dibasuh sebelum dituang air bersih ke dalamnya" . Bila mereka dah tak salah tanggap terhadap Islam, barulah mudah untuk kita menyampaikan ajaran Islam itu sendiri.
Kita tekan kan dulu konsep akidah tauhid dan jangan terus kepada hukum hakam, pahala dosa, larangan suruhan. Bukan itu tak penting, tapi..yang paling penting ialah tauhid atau akidah. Jika akidah telah terpasak dan kukuh di dalam hati, InsyaAllah segala apa yang Allah suruh..akan mudah diikuti.
P/s : Semoga serba sedikit apa yang saya tulis ni dapat memberi manfaat untuk kawan saya dan juga semua yang membaca. Saya ambil serba sedikit maklumat yang diberi oleh Ustazah Saloni Binti Abdullah, beliau yang bagi taklimat tentang orang asli kepada saya dan peserta lain sebab dia juga berasal dari kaum yang yang sama dan alhamdulillah dia dan suami telah memeluk Islam. Lupa saya nak bagi tahu, kebanyakan orang asli mereka kurang suka kepada orang Melayu. Perlu ke nak bagi tahu..kalau ada permintaan, saya akan kongsikan. (^^,)
والسلام