Puan Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Lama tak update blog ni (ayat yang sama je kan?) :) Kekangan masa dan banyak lagi perkara yang "aula" perlu dibuat.

Alhamdulillah..cadangnya nak update lepas kenduri hari tu. Tapi tak sempat, dah sebulan lebih jadi isteri orang, baru berkesempatan buat entri baru. Akhir-akhir ni agak sibuk sebab sekarang semester akhir praktikal di SMKA SHAMS, Negeri Sembilan. Encik Suami kat Selangor, Puan Isteri kat negeri orang.

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya. Diam tak diam, dah sebulan nikah. Dulu rasanya baru je berkenalan dengan encik suami. Lebih kurang 6 tahun yang lalu. Pejam celik pejam celik..dah nikah pun. Macam-macam rintangan, dugaan, perkara senang, perkara sedih yang dilalui sama-sama.


Terima kasih sebab sudi jadi pasangan hidup saya dan ayah kepada anak-anak saya (insyaAllah) ;)

Panjang juga jodoh kami, harapannya semoga cinta yang terbina ni kekal hingga ke syurga ^_^

Ok la, tak nak taip banyak-banyak. Kalau nak tengok gambar wedding kat Masjid Negeri, Shah Alam..boleh tengok kat page Aulaika. Tak semua gambar ada kat situ, sikit-sikit je.

Bye !

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula