Tutorial Icon Comel di Blog


بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar Comel, Fairy Tale, Cute Picture, Pari=Pari
Alahai..comel betul :)


Assalamualaikum

Untuk tutorial kali ni sebenarnya saya sendiri tak tau nak tulis tajuk apa sebab saya sendiri pun tak tau nak cakap ni apa benda..maksudnya, nama nya yang sebenar. Jadi saya cakap icon comel je la senang..kalau kawan-kawan nak tau yang mana..tengok gambar kat bawah ni.


Tutorial ni diminta oleh seorang rakan blogger kita di fb page saya..sori tau sebab saya lambat buat.


Sebenarnya nak buat icon-icon ni mudah je..mungkin kawan-kawan boleh tengok tutorial saya untuk buat header guna photoscape dan tutorial header transparent guna GIMP. Cara nak buat sama je..cuma adjust size je..kecik kan size dan boleh edit ikut citarasa kawan-kawan sendiri. Guna kan kreativiti masing-masing nak hias macam mana.

Bila dah siap buat, boleh upload gambar di Photobucket dan ambil direct link ye..ok, sekarang tengok pula saya gabungkan dengan tutorial apa lagi. 

Bila dah dapat link gambar tadi..kawan-kawan letakkan link tersebut di bahagian link gambar dan boleh tukar kedudukan widget samada sebelah kanan atau kiri. Right or left. Selain itu, ubah kedudukan widget samada atas atau bawah dengan cari kod ni..top. Anggarkan sendiri dan agak-agak nak tinggi berapa. Kalau gambar tu agak besar..diakhir link gambar tu kawan-kawan letak kod ni ye width=" " height=" " . Antara dua tanda tu letak saiz gambar yang sesuai. 

Bila dah adjust, preview dulu..jangan terus save je sebab takut tak menjadi kan..kalau dah ok, baru save ye!! Agak leceh sikit..tapi saya buat macam tu la..



~Selamat Mencuba dan Semoga berjaya~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Menuntut Ilmu itu satu keperluan


بسم الله الرحمن الرحيم


Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Assalamualaikum


Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. 

Apa itu ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ia merupakan tanggungjawab individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim, maka individu tersebut akan berdosa. 

Apa itu ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya.

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah..jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara. 

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud. 

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidupan kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya. 

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Islam itu sangat indah, tetapi umat Islam itu sendiri yang gagal untuk menunjukkan dan mempamerkan keindahannya kepada umat agama lain sehinggakan mereka sendiri tidak nampak apa beza agama mereka dengan Islam? Bahkan umat Islam lebih teruk lagi akhlaknya..kadang-kadang perkara yang kita nampak agak remeh dan temeh..itulah yang menjadi punca kepada masalah jenayah yang teruk pada hari ini. Semua itu disebabkan oleh kurang ilmu. Umat Islam kebanyakannya malas untuk mempelajari ilmu..malas mengkaji, menghayati ilmu menyebabkan umat Islam ketinggalan jauh. Kalau ada pun yang berjaya, tetapi gagal pula dalam ilmu -fardhu Ain..sama-sama kita muhasabah diri.



والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Taqlid Buta


بسم الله الرحمن الرحيم 


"Hujan lebat. Malam amat gelap. Saya juga tak tahu jalan ke arah bandar. Bagaimana saya mahu memandu untuk pergi ke bandar?" tanya seorang anak kepada ayahnya. "Kalau begitu ayah cadangkan kepada kamu satu cara," kata ayahnya. "Apakah caranya ayah?" "Kamu ikut sahaja lampu kereta yang ada di hadapan." "Baiklah ayah."

Sebaik memandu keretanya keluar dari rumah, pemuda itu menunggu sahaja kereta lalu. Kemudian dia mengekori belakang sebuah kereta yang menuju ke arah bandar, berpandukan lampu belakang kereta itu. 'Mudah sangat,' bisiknya. Apabila kereta tersebut membelok ke kanan, dia ikut belok kanan. Apabila membelok ke kiri, dia pun belok ke kiri. Apabila berhenti, dia juga berhenti. Seratus peratus ikut lampu kereta di hadapan!

Hujan masih lebat, dan cuaca juga masih gelap..namun dia yakin akan sampai ke bandar jika dia terus mengikut kereta itu. Tidak lama kemudian, kereta di hadapan bergerak perlahan dan akhirnya berhenti. Dia menunggu, tetapi kereta itu tidak bergerak-gerak lagi dan kemudian lampu belakangnya dipadamkan. 

"Mengapa kamu berhenti? Kita belum sampai lagi di bandar," katanya setelah keluar dari kereta kepada pemandu di hadapan. "La, ini rumah saya! Kenapa saudara mengikut saya sampai ke pintu pagar rumah saya ni?" Pemuda itu menepuk dahinya. Itulah akibatnya mengikut orang lain secara membuta tuli. 

Pengajaran :  Kita hanya boleh memimpin orang yang celik. Jika kita ingin mengikut sesuatu fahaman, kumpulan, atau apa-apa sahaja dalam hidup ini, kita mestilah mengikutnya dengan ilmu dan penuh kesedaran. Jangan taqlid buta..


Al-Quran, Gambar Al-Quran, Quran, Nuzul Quran, Penunjuk Jalan, Al-Quran Karim
Al-Quran panduan penunjuk jalan~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Contest : Blog Gemilang


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum

Pagi ni saya nak join contest yang dianjurkan oleh adik Azhunk Awang. Nama contest nya ialah contest blog gemilang..dia dah join contest sy, sekarang saya pulak nak join contest dia..adil kan.hehe.http://www.emocutez.com Senang je nak join contest ni..


Jom tengok syarat-syarat nya dulu..http://www.emocutez.com


Follow Blog Azhunk World (dah lama dah)

Like FB beliau (dah lama jugak)

Buat entri yang bertajuk "Contest: Blog Gemilang" (dah)

Jawab beberapa soalan..kalau nak tau, klik link beliau diatas. (tengok kat bawah ye)

Tag 3 orang dan pastikan mereka tahu (tengok kat bawah jugak)

Letak gambar contest di dalam entri (dah)

Masukkan link Azhunk World di dalam entri (dah..ada kat atas tu)

Untuk maklumat lanjut..boleh tengok sendiri di blog penganjur tau!!



Sekarang ni..jom jawab dulu soalan-soalan tadi..http://www.emocutez.com


1. Kenapa anda suka berblogging?

Tujuan utama saya berblogging ialah untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu yang saya ada..disamping tu, dapat juga membaca hasil daripada perkongsian ilmu orang lain. Kemudian, saya juga suka menziarahi blog blogger yang lain dan mula bersaing secara sihat untuk mencantikkan dan memperbaiki mutu blog serta kaedah berblogging. :)

2. Berapa jam masa yang diluangkan untuk blog dalam sehari?

Bergantung kepada keadaan..dulu waktu study dan ada kuliah..mungkin dalam 2 jam sehari. Tapi sekarang bila cuti semester, lebih kurang 5 hingga 6 jam sehari :)

3. Dari mana anda pelajari cara berblog?

Dari pelbagai sumber..bila blogwalking dan terjumpa tutorial dan tips yang menarik, saya akan baca dan gunakan kaedah yang dikongsikan daripada blogger tersebut.

Tag 3 orang :

Nadzirah
Tia Fatiha
Atien


Dah selesai!!  http://www.emocutez.com




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula