بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat malam..watpe tu?? Mesti tengah bw kan? hehe..Entri ni sekadar untuk mengisi masa "lapang" je. Takde la lapang mana p0n sebenarnnya, tension jugak carik artikel tak jumpa-jumpa. Takpe..lain kali carik lagi. Kejap je cuti seminggu dah habis, rasanya baru je wat entri pasal holiday hari tu. Pejam celik, pejam celik..dah abis cuti. Kena balik kolej..balik ukm. Kuliah dah nak start..tak puas lagi nak bercuti. Cuti p0n wat assigment je. Itu la kehidupan sebagai seorang pelajar universiti..lain daripada pelajar sekolah.
Sekarang ni saya kat ukm..nama penuh dalam bahasa Melayu : Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam bahasa Inggeris : National University of Malaysia. Dalam bahasa Arab : الجامعة الوطنية المالزية . Kalau nak tau dalam bahasa lain..sila cari sendiri di go0gle translate. hehe. Memandangkan cuti dah habis..balik la semula ke u. Mulakan semula kehidupan sebagai seorang pelajar di Fakulti Pendidikan UKM, yang memang penuh dengan kuliah tiap-tiap hari ( Rabu je ada 1 ). Stay kat Kolej Dato' Onn..
Sok pagi..dah start tutorial mikro teaching. Kena jadi cikgu sekejap, walaupun dah ada pengalaman jadi ustazah..tapi, bila dah belajar tentang ilmu pendidikan..rupanya time mengajar dulu, banyak juga kita buat silap. Maklumlah jahil tentang ilmu pendidikan..mengajar ikut suka je. Lepas STPM, terus mengajar..nasib baik diterima.
Ok la, berbalik kepada cerita tadi..esok ada kelas mikro teaching. Kena berlakon jadi cikgu kat depan dan mengajar...kawan-kawan plak berlakon jadi anak murid, memandangkan murid-murid sebenar tak ada, diorang la yang kena jadi. hehe. Sebenarnnya dari tadika lagi memang minat saya nak jadi cikgu..sebab saya rasa seronok mengajar orang. Rasa puas hati bila orang yang kita ajar tu faham dan boleh buat apa yang kita ajar. Tapi, jadi cikgu ni banyak juga cabarannya..lagi-lagi zaman sekarang ni kan. Sebenarnya dalam bidang apa-apa p0n ada cabaran masing-masing..betul tak?
Bila dah besar ni, tak sangka pula impian nak menceburi bidang pendidikan tercapai. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..sentiasa berserah hanya kepadaNya. Impian saya mesti la nak jadi seorang guru yang terbaik, dapat mendidik dan melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Impian mesti la kena tinggi..biar usaha kita pon tinggi juga.
Sebenarnya dah sampai UKM awal dah..balik awal cket sebab assigment banyak lagi yang tertangguh dan tak berapa nak siap. Dapat siap kan 1 je..tu pon subjek ko-k. Biasa la..bila cuti kat umah, tak kan nak buat assigment 24 jam kan. Lebih baik tak payah balik ke umah.hehe.
Ok la, wish me luck untuk esok eh. Nak rehat-rehatkan fikiran sebentar sebelum tidur~
والسلام