Tahun Baru


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Tahun Baru? Semua orang tau lagi beberapa minit lagi kita nak memasuki tahun baru 2012. Tahun baru Masihi, disebabkan tahun masihi dah digunakan secara meluas, rasanya tak salah untuk kita sambut. Tapi dengan cara yang betul, bukan dengan hiburan yang melalaikan. Saya? Saya tak pernah sambut tahun baru dengan cara keluar malam dengan kawan, cukup lah sekadar duduk di rumah dengan keluarga. Itu lagi membahagiakan saya. Kali ni? Kali ni saya berada di kolej..tak dapat nak balik atas sebab-sebab tertentu. Tapi hati ni nak balik sangat. Serius!! hehe..

Semua orang suka dengan tahun baru..semua orang gembira nak sambut tahun baru. Sebenarnya ada apa eh?  Saya rasa sedih bila tahun baru. Sebab apa? Sebab banyak kenangan yang perlu saya tinggalkan pada tahun yang sebelumnya..tahun 2011 banyak kenangan, suka duka. Semua itu mengajar saya erti kehidupan supaya jadi lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah umur masih panjang sampai ke saat ni, boleh taip entri baru lagi.hehe.

Sedih juga bila nak masuk tahun baru sebab umur makin bertambah, ajal makin dekat. Betul kan? Mudah-mudahan diri semakin matang dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Azam setiap tahun sama, cuma tertunai atau tidak je. Bila fikir balik masa depan, betul-betul bimbang dan rasa sebak..agak-agak apa kesudahan hidup ni. Semoga kita semua mendapat husnul khatimah (kesudahan yang baik). Azam bukan tahun baru je, tapi biarlah berazam setiap hari. Lagi bagus rasanya ~

Photobucket

Walaupun belum lagi, nak letak jugak animasi ni.hehe :p

Photobucket


P/s : Betul-betul rasa sedih..tiba-tiba je ;'(



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Cara menulis entri dengan baik


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum




Dah lama saya tak berkongsi dengan kawan-kawan tentang tips blogging kan? Ok, kali ni nak share sikit la cara nak menulis entri dengan baik. Kepada yang dah tau, tak payah baca pun takpe.hehe. Eh, macam nak bagi tips exam Bahasa Melayu SPM la pulak kan. heee~

Ok, apa yang saya nak kongsikan ni mungkin daripada pengalaman dan pemerhatian saya, kalau ada perkara lain yang saya tak sebut, boleh share. Letak dekat komen ye. Time kasih kawan. 

Antara tips / teknik menulis entri di belog dengan baik ialah :

  • Perkara paling-paling penting dan utama ialah pastikan korang menulis setiap perkataan dengan ejaan yang penuh. Ni memang penting sangat, mungkin sesetengah boleh tulis shortform, tapi pastikan perkataan tersebut familiar. Sebab kita menulis untuk orang lain baca kan? Jadi, tak semua akan faham dengan bahasa SMS yang kita tulis tu. Guna ejaan yang penuh ok.
  • Lepas tu, kalau boleh justify kan ayat serta buat dalam bentuk perenggan. Supaya lebih kemas dan tersusun. Ala, buat macam ala-ala assignment gitu. Kan kemas, sedap je mata memandang dan membaca. Kan..kan? 
  • Pastikan korang highlight kan perkataan penting atau buat dalam bentuk point form. Baru lah jelas isi utama tu kan. Tak la susah pembaca nak cari..
  • Jangan tulis entri terlalu panjang atau terlalu pendek. Yang paling elok, sederhana je. Jangan panjang sampai bermuka-muka pulak atau jangan pulak pendek macam status fb tu.hehe.
  • Perkara yang dapat menarik minat pembaca juga ialah bila letak gambar dalam entri, gambar yang berkaitan dengan topik kita. Satu pun jadi la, nampak comel sikit entri tu.
  • Selain daripada apa yang saya sebutkan kat atas tu, faktor lain yang mempengaruhi juga ialah tulisan di entri. Pastikan tulisan boleh dibaca. 
  • Kemudian, bahasa yang digunakan kena la sopan. Tak kira la nak bahasa kan diri aku ke, gua ke, terpulang. Yang penting jangan mencarut ke, pe ke. Kalau tak, mungkin tak kan ramai yang nak datang lagi untuk baca entri yang korang tulis. Kemungkinan!!


Itu je rasanya yang saya dapat kongsikan kali ni. Kalau ada tambahan, boleh share ye ~



 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kawan : Penentu siapa diri kita


بسم الله الرحمن الرحيم


"Berkawan biar seribu, berkasih biar satu"

Itu adalah ungkapan atau pepatah Melayu yang biasa kita dengar kan. Kawan biar ramai, tapi kekasih biar satu je. Betul la tu kan. Tapi, kawan rapat mesti dalam bilangan yang sikit. Sorang or dua orang. Mungkin. Sebab secara fitrah, kita memang tak boleh hidup sorang-sorang. Mesti nak berkawan.  Tapi sejauh mana kawan tersebut dapat mempengaruhi hidup kita?

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri setiap orang, ada orang yang lebih rapat dengan kawan berbanding dengan ibu bapa dan keluarga sendiri. Kadang-kadang cakap kawan lebih mudah kita ikut berbanding ibu bapa, ingat tak zaman sekolah dulu. Pengaruh kawan tersangatlah besar. Zaman dah tua ni pun sama jugak.hehe.

Pernah tak dengar orang cakap, nak tau perangai seseorang tu macam mana, kena lihat dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul. Tu kisah lain la pulak kan. Hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Oleh itu, untuk menjadi baik..kita perlu berkawan dengan orang yang baik sebab kita akan cenderung dan terikut dengan tingkah laku dan amalan kebaikan mereka. Perkara yang sebaliknya pula berlaku bila berkawan dengan orang yang jahat. 

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Kawan yang baik itu ialah kawan yang mampu menegur kita dengan cara yang berhikmah terutamanya bila kita melakukan kesilapan, mampu untuk membuat diri kita gembira dan berkongsi masalah yang ada, mampu menolong dan tidak berkira..dan banyak lagi ciri-ciri kawan yang baik. 


P/s : Jangan tersilap langkah sampai terjumpa "musuh dalam selimut pula" :)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Blogging : Saham pahala atau saham dosa


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Mungkin ada yang kata berblogging atau ada belog ni buang masa je kan..mungkin juga ada yang tak tau apa faedahnya ada belog sendiri ni? Kepada mereka yang tak minat menulis, mungkin tak kan rasa nikmat menulis ni. Lebih kurang la.hehe. Walaupun bukan menulis secara formal dan tidak terlalu ilmiah, tapi sebenarnya rasa puas bila dapat share something dengan orang ramai terutamanya share sesuatu yang bermanfaat.

Betul ke dengan berblogging kita mudah dapat pahala dan mudah dapat dosa?


Yela..sebagai manusia, siapa la kita nak tentukan dia dapat dosa dan dia dapat pahala. Tapi dalam Al-Quran dah digariskan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu berbuat kebaikan atau berbuat kejahatan kan. Jadi, itu menjadi kayu pengukur kita untuk menentukan sesuatu perbuatan baik atau buruk. Habis tu, apa kaitan dengan belog?

Memang ada kaitan..setiap perbuatan yang kita lakukan, mesti perbuatan tersebut sama ada baik atau buruk. Bagi saya, blogging tu memang baik sebab dapat kongsi maklumat dengan semua orang, satu dunia boleh baca. Selain tu, dapat asah kemahiran menulis, mengarang, mencipta idea dan mengembangkan idea yang ada. Tapi..tanpa kita sedar, mungkin dalam masa yang sama kita menulis sesuatu yang :
  • Membuka aib orang lain
  • Memfitnah orang lain
  • Memburuk-burukkan orang lain
Selain tu, ada juga yang letak gambar-gambar personal atau orang lain atau artis yang tak menutup aurat. Bila orang lain masuk blog tu mesti akan terlihat gambar tersebut, tak pasal-pasal buat saham dosa la pulak. Ni juga salah satu sebab saya buang Nuffnang. Sorry to say. Macam tu juga dengan tulis tentang perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, bila dah sampai tahap kita menjatuhkan seseorang dengan penulisan kita, bila sampai dia difitnah dengan hasil penulisan kita, selagi itu la saham dosa kita akan berjalan. 

Kalau kita meninggal dan tak sempat nak padam, macam mana? Sama kes juga dengan facebook..

Saya rasa ramai dah maklum pasal ni, jadi tak perlu nak cerita banyak-banyak sangat kan. Nanti jemu pulak. Abes tu, yang jadi saham pahala macam mana pulak eh? Bila kita menulis sesuatu yang :

  • Bermanfaat untuk diri, agama, masyarakat amnya.
Maksud kat atas tu memang luas, semua tu termasuklah dapat menginsafkan diri seseorang, dapat mengubah diri menjadi baik, dapat menyebarkan agama Allah dan lain-lain. Selagi ada yang membaca dan menyebarkan apa yang kita tulis, insyaAllah selagi itu juga saham pahala kita akan bertambah meskipun kita sudah tiada. Mudah-mudahan. Sama juga kes nya macam jadi guru, selagi ilmu yang kita ajar dekat seseorang itu digunakan dan diajarkan kepada orang lain..selagi itu jugalah pahala akan terus mengalir kepada kita.

Best kan? Jadi, pilih lah..nak saham yang mana ;)


Semoga pahala yang kita buat walaupun kecil, tetapi berat timbangannya di akhirat kelak. Amin...


P/s : Nak buat baik memang susah kan, sebab perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus. Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu bukanlah sukar...


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Berkat doa darinya


بسم الله الرحمن الرحيم


Ada dua orang manusia ni..mereka terdampar di pulau yang berbeza, si A terdampar di pulau A dan si B terdampar di pulau B. Mereka masing-masing tak dapat nak pulang kerana tiada yang datang untuk menyelamatkan mereka..terdampar la mereka berdua dalam keadaan yang lapar dan dahaga.

Pada suatu hari, mereka menerima satu ilham dari Tuhan bahawa salah seorang daripada doa mereka akan diterima mengikut keikhlasan hati masing-masing. Maka si A dan si B berdoa siang dan malam untuk memastikan doa mereka dimakbulkan..


Selepas itu, setelah beberapa hari mereka berdoa..ada satu kapal datang menghampiri pulau si A dan datang untuk menyelamatkan dirinya. Oleh itu, si A pun di selamatkan dan di bawa pulang ke rumah..si A berbangga kerana doanya dimakbulkan dan di terima ternyata dirinya ikhlas dalam berdoa berbaanding si B yang tidak dimakbulkan doanya itu. Si A berasa sangat bangga dan merasakan dirinya lebih disayangi oleh Tuhan.

Doa si A : Ya Allah, berikanlah bantuan kepada ku untuk aku pulang ke rumah. Berikanlah aku itu dan ini...dot..dot..dot.dot..(semuanya berkisar tentang diri sendiri)

Doa si B : Ya Allah, kau makbulkanlah segala doa dan kemahuan si A. Amin..

Hakikatnya, bukan doa si A yang dimakbulkan tetapi doa si B yang diterima oleh Tuhan..kerana hatinya lebih ikhlas, tidak pentingkan diri sendiri dan berdoa untuk orang lain. Si A pun terus dan berterusan berasakan dirinya hebat dan disayangi oleh Tuhan..

P/s : Kadang kala kita berjaya..bukan berkat doa kita sendiri. Mungkin berkat doa  ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, keluarga mahupun orang lain. Mungkin juga bukan doa kita yang dimakbulkan oleh Allah, mungkin juga doa mereka semua yang diterima..oleh itu, kita tak boleh riak dan lupa daratan. Barangkali, mungkin seumur hidup ini..semua kejayaan datangnya berkat daripada doa orang lain. Mungkin!!

{ cerita kat atas tu ada pengubahsuaian daripada saya sikit, jalan cerita asal macam dah lupa sikit-sikit :) }




 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hidup ini terlalu singkat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Waktu-waktu macam ni memang seronok untuk cari ilham..cari idea, buat keje, siapkan assignment, update blog salah satunya. Ok..gunakan masa yang ada dengan betul. Tak perlu cakap banyak-banyak sebab hakikatnya hidup ini terlalu singkat..singkat sangat. Korang rasa tak?


Hidup ini memang singkat kan..pejam celik,pejam celik. Dah masuk u rupanya. Masih ingat lagi kenangan waktu kecik-kecik dulu..main masak-masak, main jual-jual, main guli, main batu seremban, main tutup botol dan yang seumpama dengannya la.hehe. Memang cepat betul semua tu berlalu..bila duduk sorang-sorang, terkenang balik zaman dulu..kenangan dulu, seronok sangat rasanya. Lagi-lagi masa kecik. Bagi saya, waktu kecik la waktu yang paling bahagia dalam hidup..apa yang saya nak, semua dapat dan tak perlu bersusah payah nak fikir itu ini, main je kejenye. 

Yela, realiti hidupkan..yang tiada kepada ada, yang muda menjadi tua, yang ada kepada tiada semula. Kitaran kehidupan yang Allah tetapkan untuk makhlukNya. Semua tu mengajar kita supaya menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi ni. Sampai masa nanti, kita pun akan tiada..betul kan? Cuma masa dan ketika je tak diketahui..

Hidup ni memang singkat..tanpa disedari, masa berjalan dan terus berjalan dan kita pun semakin membesar, meningkat remaja dan nanti tua dan akhirnya kembali kepadaNya. Masa berjalan tanpa boleh diundur...benda yang paling jauh dengan kita ialah MASA dan yang paling hampir dengan kita ialah MATI. 


Oleh itu, hargailah apa yang ada disekeliling kita dan jangan biarkan nya. Sayangi orang yang menyayangi diri kita dengan sepenuh hati terutamanya ibu bapa dan keluarga. Jangan pula menyesal di kemudian hari..hargailah kawan-kawan serta orang yang ada disekeliling kita kini. Hargai juga setiap detik dan setiap saat yang berlalu..kerana walaupun sesaat, kita masih tak dapat mengulanginya kembali...


P/s : Tiba-tiba hati ni terasa sayu pulak..waktu stress, cuba duduk sendirian dan ingat kembali memori lama. Mesti akan gelak sendiri dan rasa macam nak balik ke zaman tu. Tapi hakikatnya tak boleh..kenangan tetap akan menjadi kenangan :)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Keperluan Mengetahui Ajaran Agama Lain


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Apa perlunya untuk tahu tentang agama lain? Bukan ke untuk jadi seorang Muslim yang baik, perlu dalami sahaja ilmu agama Islam? 

Rasanya tak salah saya letak gambar ni kan . Islam satu-satunya agama yang benar dan diterima oleh Allah..tolak fahaman Pluralisme.

Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak pernah telintas pun untuk mempelajari fahaman atau ajaran agama-agama lain yang ada di dunia ni. Tak perlu pergi terlalu jauh rasanya, di Malaysia je pun dah cukup..terlalu banyak. Di samping melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Islam, kita juga disarankan untuk mempelajari, memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang ajaran agama lain. Apa pula tujuan nak belajar tentang ni? Bukan ke banyak lagi ilmu dalam Islam yang kita tak tahu..?

Pendapat saya, memang betul..di samping mendalami ilmu-ilmu Islam, kita juga perlu tahu tentang ajaran agama lain. Tak semestinya tahu mendalam pun tak apa, yang penting ada asas. Jadi, ia akan memudahkan kita untuk memahami non muslim..dan seterusnya memudahkan kita untuk mendekati dan menyampaikan dakwah kepadanya. Kita juga akan memahami psikologi dia.

Sebagai contoh, kalau kita nak mendekati seseorang..kita perlu tahu serba sedikit tentang diri dia kan. Tak kan tiba-tiba dekati dia tanpa tahu sedikit latar belakang dia, mesti lah akan jadi agak kurang mesra. Lagi-lagi kalau niat kita untuk mendekatinya dan berdakwah..sekurang-kurangnya kita tahu apa pegangan dia dan boleh tahu cara yang paling sesuai untuk sampaikan Islam kepadanya. 

Mungkin selama ni ramai yang bergaul dan berkawan dengan non muslim dan ada juga yang berkawan rapat dengan mereka, tapi pernah tak kita buka topik berbincang tentang agama? Mesti ada rasa ragu-ragu, takut dan sebagainya kan. Akhirnya, kita hanya berkawan seperti biasa dan perkara ni terus berlalu sampai bila-bila. Rasa-rasanya kan, salah tak kita sebab menyembunyikan kebenaran? Kita dah tahu Islam itu benar, tapi kita simpan..jom fikir!!


Itu la kepentingan untuk kita tahu tentang agama lain..tahu apa yang nak disampaikan, boleh susun strategi untuk berdakwah dan ada keyakinan untuk berbincang tentang agama dengan mereka. Yang penting dengan cara yang berhikmah..


P/s : Dulu saya tak terfikir tentang semua ni, tapi sekarang baru lah saya rasa tanggugjawab kita kepada non Muslim adalah sangat besar. Tugas kita untuk menyampaikan kebenaran. Kalau bukan kita, siapa lagi? (Lebih sesuai gunakan saya..kalau bukan SAYA? siapa lagi? baru ada rasa tanggungjawab individu kat situ ;)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Semoga Dipanjangkan Lagi Umur Awak :)


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Sangat-sangat lama tak menulis di belog ni..sangat rindu rasanya. Apa kan daya sangat-sangat sibuk sampai nak balik rumah pun tak sempat.hehe. Ok2, entri kali ni bukan entri ilmiah, hanya sekadar coretan je. Sekadar nak meluahkan isi hati dan nak berkongsi dengan semua. Tiada paksaan nak baca atau tak..betul, betul, betul..hehe.

Hari ni bersamaan 3.12 merupakan hari lahir sahabat saya, sahabat yang paling rapat. Banyak bantu saya waktu saya susah dan sentiasa ada waktu senang. Eh, of course la kan.hehe. Saya cuma nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga dan saya sangat-sangat bersyukur sebab dapat mengenali awak. Kehadiran awak sangat bermakna dalam hidup saya..siyes cakap ni. :)



Doa saya untuk awak sebagai balasan kebaikan yang awak telah berikan pada saya..

- Semoga umur awak semakin panjang hendaknya.
- Semoga awak sentiasa berada di dalam redha Allah
- Semoga awak sentiasa berada di dalam keadaan yang tenang dan bahagia
- Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik awak
- Semoga awak berjaya hidup di dunia dan di akhirat..

Banyak kan harapan saya untuk dia..yela, saya tak mampu nak membalas setiap kebaikan yang dia dah lakukan. Jadi, saya rasa jalan yang terbaik ialah dengan mendoakan kebaikan untuknya. Itu je.


Akhir kata, selamat hari lahir kepada awak dan semua yang menyambut hari lahir pada hari ni ye ~


P/s : Lagi 4 hari besday saya..ce kire cepat bila.hehe.


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula