بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Kenapa tiba-tiba saya buat tajuk entri macam ni ? Sebab saya rasa peribahasa ni sangat sinonim dengan diri kita. Mungkin saya la, bukan korang yang membaca.hehe.
Maksud peribahasa tu :
Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh pada mulanya sahaja tetapi dia akan meninggalkannya apabila terasa susah.
Kita selalu pada mulanya, bersemangat nak buat sesuatu. Selalu berazam untuk buat yang terbaik, tapi bila dah lama-lama. Hilang macam tu je. Tak kira la buat apa sekali pun kan. Antara situasi-situasi yang kita selalu bersemangat nak berubah dan tanamkan macam-macam azam yang kita nak buat.
Situasi 1 #
Bila waktu nak exam, sebelum exam bersemangat nak study dan buat yang terbaik. Tapi, usahanya tak sama dengan apa yang diazamkan.
Situasi 2 #
Bila tahun baru masihi, semua orang akan tanya apa azam korang. Masing-masing ada azam nak buat pada tahun yang akan datang. Tapi, selalunya azam tu akan dibawa ke tahun-tahun yang akan datang sebab tak buat pada tahun tu.
Situasi 3 #
Bila ma'al hijrah..dah nama pun hijrah. Masing-masing la berazam nak berubah jadi baik. Ada yang terlaksana dan ada yang tak terlaksana.
Situasi 4 #
Bila datangnya bulan Ramadhan, semua berazam akan buat yang terbaik pada Ramadhan kali ni. Biasanya terlaksana, tapi awal-awal Ramadhan je. Bila dah nak dekat raya..surau dan masjid dah mula sedikit. Kan?
Berazam tu baik, tapi perlulah disertakan dengan semangat berkobar-kobar untuk melaksanakannya dan juga berusaha supaya terlaksana apa yang diazamkan tu. Biar sikit, yang penting istiqamah. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya kan, itu lebih baik berbanding mereka yang langsung tiada usaha untuk berubah.
Jom layan video ni jap, untuk mengingatkan mana-mana yang lupa :)
Sori la tajuk kali ni agak tak sedap sikit, walaupun tak sedap..tapi, membawa maksud yang mendalam kan. Kesimpulannya, jangan jadi macam hangat-hangat tahi ayam !!
والسلام