Hidup itu indah


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum 

Satu persoalan dalam fikiran saya sekarang ni. Ada lagi ke yang sudi baca apa yang saya taip ni? Lama sangat tak update. Akhirnya, dapat jugak menaip. Puas hati ! :)


Korang rasa hidup ni tak best? Korang rasa tension? Fed up? Sebenarnya, hakikatnya..hidup ni indah. Terlalu indah bagi yang selalu bersyukur kepadaNya. Hingga hari ini, hingga ke saat ini..setiap nafas yang kita hembuskan. setiap nadi yang berdenyut, adalah sebuah nikmat dalam kehidupan kita. Yang penting, banyak rahsia yang tersirat dalam hidup ni..




Nak tau ?

Hati ni sering bermonolog .. "Ya Allah ! Aku bersyukur sangat sebab Engkau masih berikan aku kesempatan dan nikmat yang tak pernah putus meskipun aku sentiasa lalai dan aku hambaMu yang lalai daripada tanggungjawab ! "

"Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, aku redha atas setiap apa yang Engkau berikan kepadaku. Cuma, aku berharap, berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian dan cubaan yang Engkau berikan. " :')

Doa bila pasrah dan buntu bila ditimpa masalah..hati kita akan lebih tenang bila kita serahkan bulat-bulat takdir kepadaNya. Andai apa yang kita harapkan tak tercapai setelah berusaha, kita kena percaya bahawa Dia ada plan lain yang terbaik buat diri. Percayalah.

Sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak hikmah yang tersingkap di sebalik rahsia sesuatu perkara yang terjadi tanpa disangka dan sesuatu perkara yang tidak jadi walaupun kita dah rancang sehabis baik. Terlalu banyak..mungkin kita akan rasa nikmatnya bila kita redha atas setiap apa yang berlaku dan kita yakin padanya. Betul la apa yang biasa kita dengar orang cakap.."Ada hikmah disebaliknya atau ada hikmah setiap perkara itu berlaku. "



Sesuatu perkara yang berlaku tu akan jadi indah bila kita kenang. Contohnya, pengalaman pahit. Bila masa dah berlalu, benda yang pahit boleh jadi manis. Kadang-kadang boleh menyebabkan kita gelak sendiri. Betul tak? Dan kadang-kadang jugak, perkara pahit tu la yang kita akan ingat sampai bila-bila. Bukan kita ingat ia sebagai satu yang pahit, tapi sebagai satu kenangan yang manis. Kenangan waktu kita masih mentah, masih tak matang.


Hei kawan ! Ada banyak sebab untuk kita gembira. Hidup ini terlalu indah. Jadi, jangan la bersedih. Nikmati dan hargai perjalanan hidup korang apa adanya. 



P/s : Busy siap kan esaimen, busy buat persiapan nak "tut" :)
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan saya, dia, kamu dan semua. Jangan lupa senyum ok. 

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula