Keputusan Contest : "Saya Blogger Kreatif". Jom tengok~



بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum

Pertama sekali, saya minta maaf sebab terlambat untuk umumkan pemenang contest ni. Memang agak pening jugak la nak buat pilihan, kebanyakan yang join semua blog cantik-cantik sangat. Saya sendiri susah nak pilih. Tapi, perkara pertama yang saya ambil kira ialah syarat untuk join contest ni..ramai jugak yang join contest ni, tapi ada syarat yang tak dipatuhi..sebab ramai yang join jadi saya terpaksa pilih yang terbaik. Ramai jugak yang ceritakan tentang blog sendiri..dalam syarat tu, saya suruh cerita tentang blog saya. Kemudian, masih ada lagi blog yang kurang kemas dan loading lambat ataupun blog kawan-kawan dah ok, tapi ada lagi yang lagi ok. Jadi, saya kena pilih yang terbaik dalam kalangan yang terbaik..

Mula-mula memang saya janji nak pilih 10 blog je kan..tapi, saya ambil keputusan untuk pilih 23 blog. Memang ni kiranya saya dah tak tau dah nak buang yang mana..semuanya ok. Just bilangan review tetap 10 hari ye.hehe.


Pemenang utama  :



Lain-lain dan susunan secara rawak :





Tahniah saya ucapkan kepada pemenang dan yang tak berjaya jangan sedih tau. Len kali cuba lagi ye..mana la tau rezeki di contest yang lain kan =]


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Contest : "Saya Blogger Kreatif " telah tamat!!


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Seperti mana yang saya janjikan dulu, contest ni tamat pada 30/7/2011 kan. Saya memohon maaf sebab terpaksa dipercepatkan tarikh ni daripada yang dijanjikan atas sebab-sebab yang tertentu. Hari ni 28.7 saya akan tutup penyertaan untuk contest ni. Mungkin esok saya akan umumkan pemenang ye..tapi waktu tak ditentukan bila. Jadi, kena lebih alert :)

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Rasa seperti orang baru


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Saya rasa dah hampir seminggu saya tak update blog ni kan, macam yang saya dah tulis di status fb page saya. Daripada 23-26 Julai hari tu saya mengikuti kursus di Hotel Impian Morib di Banting. 


Alhamdulillah, semua kemudahan kat sana selesa. Makanan sedap, bilik pun selesa dan kami yang terpilih untuk join ni tak perlu bayar satu sen pun. Terima kasih kepada pihak MAIS kerana menganjurkan kursus yang sangat baik, kursus ni lanjutan daripada kursus asas. Saya terpilih sebab dulu saya pernah mengikuti Kursus Perkaderan IPTA/S. Waktu kursus hari tu, terdiri daripada golongan muallaf, pekerja sektor awam dan daripada IPTA/S. 


Lepas balik daripada kursus ni, saya rasa banyak persepsi saya tentang non muslim dan kitab-kitab agama lain berubah, saya rasa saya seperti lebih berfikiran terbuka dengan semua ni. Antara perkara utama yang saya dapat sepanjang kursus ni ialah :
  • Cara untuk menjawab persoalan-persoalan yang datang daripada non muslim tentang Islam
  • Isi kandungan yang terdapat dalam kitab agama-agama lain.
  • Keaslian Al-Quran itu sendiri

Ada banyak lagi perkara lain yang menarik perhatian saya dan bila saya belajar tentang kitab agama lain, keyakinan saya kepada kitab Al-Quran semakin bertambah dan bukan sebaliknya. Semakin saya mengkaji dan belajar tentang agama lain, saya dapati Islam lah agama yang benar tanpa keraguan. Saya rasa agak kurang baik untuk saya ceritakan di sin, sebab saya rasa perkara tu merupakan satu perkara yang agak sensitif. Mungkin akan dipertimbangkan sebab ilmu yang saya dapat saya rasa tak patut saya simpan. Penceramah yang terlibat ialah Brother Shah Kirit Kakulai Govindji dan Brother Engku Ahmad Fauzi.

Brother Shah Kirit ( dua dari kiri ) dan Brother Engku Ahmad Fauzi (paling kanan)
Bagi pendapat saya, aspek perbandingan agama sangat penting untuk kita sebagai orang Islam pelajari supaya kita dapat berhujah dengan mereka secara baik tentang perbezaan dan persamaan agama yang wujud dan kami sebagai kader dakwah, kami diberi secara percuma oleh pihak MAIS sebuah kitab Bible. Memang dari dulu saya takut nak baca dan buka kitab agama lain, tapi lepas kursus ni..fikiran saya dah berubah. Bagi saya mengkaji dan mempelajari kitab agama lain tu adalah keperluan yang penting ada bimbingan. 



Secara jujurnya, saya pun masih lagi banyak perkara yang saya perlu belajar. Makin banyak kita belajar, rupanya banyak lagi perkara yang kita tak tahu. Kadang-kadang rasa diri ni begitu rendah, macam tu la perbandingan ilmu kita dengan ilmu Allah. Imu Allah itu luas, banyak tapi ilmu manusia tu sikit sangat. Mungkin kalau ada peluang dan rezeki, ada lagi diantara kami yang terpilih untuk mengikuti Kursus Perkaderan tahap Profesional dalam bulan 10 nanti, InsyaAllah~

Untuk maklumat lanjut, saya rasa elok kawan-kawan klik laman web Brother Shah Kirit dan like fan page beliau. 

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tanggungjawab anak kepada Ibu Bapa


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Setiap manusia yang lahir ke dunia ni mesti memiliki kedua ibu bapa..semua tu merupakan fitrah sebagai seorang manusia. Kalau sebut je tentang ibu bapa, semua orang dah biasa dengar..semua orang dah lali dengan perkataan " ibu bapa ". Kalau nak cerita pula tentang jasa dan pengorbanan mereka, dah biasa dengar juga dan dah lama dah maklum tentang perkara ni. Tapi, sedar atau tidak, yang kita mempunyai tanggungjawab kepada kedua orang tua kita? Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang separa sedar atau ada juga yang mungkin tak sedar langsung tentang perkara ni. 

Tanggungjawab kita kepada kedua ibu dan bapa boleh di bahagikan kepada 2 keadaan sama ada mereka masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Begitu juga, tanggungjawab kita adalah berbeza mengikut peringkat umur individu tertentu.

Sekiranya ibu bapa yang masih hidup dan kita masih lagi belajar tak kira di sekolah mahu pun di unversiti, apa yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa mereka ialah dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik. Kebiasaannya, anak-anak yang masih belajar tidak mempunyai wang yang dapat kita berikan kepada ibu bapa, cukuplah sekadar menghadiahkan kejayaan kita kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka bangga kerana memiliki anak seperti kita. 

Ijazah, Scroll, Kejayaan
Sekiranya sudah bekerjaya dan ibu bapa pua masih hidup, maka sememangnya sebagai anak kita perlu lah memelihara mereka dengan baik. Antara tanggungjawab yang perlu kita laksanakan ialah :
  • Menjaga mereka
  • Jangan membebankan hidup mereka
  • Jaga hati dan perasaan mereka
  • Menanggung makan minum mereka tanpa syarat
  • Beri wang untuk meringankan beban mereka
Saya rasa kalau nak ditaip semua tanggungjawab kita kepada ibu bapa, memang sangat banyak dan kita tak kan mampu untuk membalas pengorbanan dan jasa mereka. Apa yang penting ialah apabila kita semakin dewasa, mereka semakin berusia dan kita pula yang perlu menjaga dan memelihara mereka, memberi wang untuk mengurangkan bebanan hidup dan bukannya memberikan wang dengan bersyarat, jangan membebankan mereka dengan kerja-kerja rumah dan urusan anak-anak dan sebagainya.

Bila ibu bapa sudah meninggal dunia pula, kita sebagai anak masih lagi mempunyai tanggungjawab kepada mereka. Antaranya ialah :
  • Mendoakan mereka
  • Menziarahi kubur
  • Membayar hutang 
  • Mengqada'kan zakat dan puasa
  • Menunaikan haji untuknya

Walau apa pun yang kita lakukan, kita masih lagi tak mampu membalas jasa kedua-dua orang tua kita. hakikatnya memang tidak pernah.Oleh itu, layanilah mereka dengan baik dan jangan sakiti hati mereka terutamanya hati ibu. Biasanya, walaupun mereka tersentuh atau terasa..mereka akan simpan di dalam hati dan tak nampak pada zahirnya. Apa yang terbaik ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan memohon keampunan buat mereka, tak kira sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia kerana jasa dan pengorbanan mereka hanya Allah sahaja yang mempu membalas dengan ganjaran yang setimpal.

Doa, Doa Ibu Bapa, Doa Anak Soleh, Doa Kepada Ibu Bapa, Ibu Bapa, Anak Soleh

Kita sebagai anak juga perlu ingat, apa yang kita lakukan kepada mereka sewaktu kita bergelar sebagai seorang anak..kita akan menerima semula perbuatan tersebut apabila kita menjadi ibu atau bapa. Hidup ini merupakan satu putaran, jadi..apa yang kita lakukan kita akan terima balik. What u give, u get back.

Saya juga seorang anak, harapan saya ialah saya tak nak menyusahkan orang tua saya walaupun saya masih lagi bergelar pelajar..apa yang saya harapkan ialah keredhaan orang tua, terutamanya ibu kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ayah ibu. Bila rezeki saya lebih sikit, saya akan kongsikan sedikit kepada ibu. Walaupun sedikit, tapi apa yang saya harapkan ialah keberkatan rezeki yang saya dapat. Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus bila kita tak lupa kepada orang tua. Dalam duit gaji kita, tak semua milik kita..ada hak orang lain di situ. Bila kita tak beri kepada yang berhak terutamanya ibu bapa, kita akan berdosa. Berilah dengan cara yang ikhlas dan bukan kerana upah tertentu. Tak rugi pun berbuat baik kepada ibu bapa. 

Sedikit gambar untuk renungan



P/s : Cinta ibu bapa cinta tanpa syarat,
cinta anak-anak cinta bersyarat
jom kita sama-sama tukarkan kepada cinta tanpa syarat kepada ibu bapa.


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Cinta Dunia ( Hubbud Dunya)


بسم الله الرحمن الرحيم 


Cinta Dunia, Hubbud Dunia, Dunia, Cinta, Cinta Akhirat, Cinta Dunia vs Cinta Akhirat
Cinta dunia adalah punca segala kerosakan


Assalamualaikum

Imam Hassan Al-Banna berkata : "Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai ar-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?"

Imam Sufyan al-Tsauri berkata : "Telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi dengan kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah s.w.t. dan itu dapat engkau mengetahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh, kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi."

Beliau berkata lagi : " Sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia."


Sifat Orang Cinta Dunia :

  • Tamak terhadap sesuatu
  • Tidak memberi peluang kepada orang lain
  • Suka salahkan orang lain apabila gagal.
  • Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
  • Sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa kepada urusan akhirat
  • Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran


P/s : Umat Islam zaman sekarang sudah terlihat kebanyakannya yang lebih cintakan dunia berbanding akhirat, mereka lupa bahawa dunia bukanlah segala-galanya. Mudah-mudahan kita dihindarkan daripada cinta kepada dunia secara berlebih-lebihan~ Amin.


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pen Drive Unik..Jom Tempah Sekarang!!


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Kawan-kawan pernah dengar, tengok atau pernah ada tak pen drive yang unik ? Unik macam mana eh? Pen drive ni dikatakan unik sebab bentuk pen drive ni yang menyerupai kad. Selain tu, kawan-kawan juga boleh letakkan gambar sendiri di pen drive ni. Sebab tu la unik kan..selama ni tak pernah jumpa pun, saya pun agak teruja bila tengok..lawa dan kreatif .

Ni antara contoh pen drive tersebut :

Pen Drive, Pen Drive Unik, Pen Drive Cantik, Pen Drive Pelik, Pen Drive Nipis

Masih tak jelas? Nak tengok lagi? Jom tengok gambar-gambar kat bawah ni pulak..

Pen Drive, Pen Drive Unik, Pen Drive Cantik, Pen Drive Pelik, Pen Drive Nipis
Pen Drive, Pen Drive Unik, Pen Drive Cantik, Pen Drive Pelik, Pen Drive Nipis
Pen Drive, Pen Drive Unik, Pen Drive Cantik, Pen Drive Pelik, Pen Drive Nipis


Ha..unik kan? Kan saya dah bagi tau tadi. Kat pasaran takde jumpa pun..setakat ni la. Semua yang ada jenis yang biasa tu  dan tak dapat nak tempah ikut citarasa sendiri. 

Kelebihan pen drive unik ni :
  • Nipis ( 2mm )
  • Senang di bawa ke mana-mana ( masuk dompet pun mudah)
  • Boleh design sendiri ( ikut citarasa masing-masing)
  • Harga yang berpatutan (mengikut harga pasaran)
  • Ada warranty

Berminat? Kalau berminat boleh tempah pen drive unik ni di sini >TEKAN< Tempahan dibuka sehingga 28.7.2011 sahaja, jadi sesiapa yang berminat tu cepat-cepat lah tempah ye.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pen drive ni..boleh klik blog pemilik.


Pen Drive, Pen Drive Unik, Pen Drive Cantik, Pen Drive Pelik, Pen Drive Nipis


Selamat membeli


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Ibarat Tanah dan Hujan


بسم الله الرحمن الرحيم 

Hujan, Rumput, Tanah, Ibarat Tanah dan Hujan, Embun, Embun Pagi, Morning Dew

Assalamualaikum

Dalam sebuah hadith sohih (Riwayat Bukhari no.79 dan Muslim no.6093), Rasulullah telah membuat perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh baginda untuk seluruh alam-ibarat "hujan". Rasulullah telah mengumpamakan petunjuk dan ilmu sebagai " hujan" dan hati-hati manusia sebagai " tanah".

Hidayah dan ilmu = hujan yang lebat dan turun menimpa bumi
Manusia = tanah di bumi.

Lalu Rasulullah membahagikan tanah-tanah bumi yang menerima hujan kepada 3 jenis :

  • Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah diatasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak. 
Siapakah golongan ini? Mereka ialah manusia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah swt lalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka. Malah kesan ilmu dan hidayah itu bukan sahaja untuk diri, malah mereka memanfaatkannya untuk orang lain yang berada di sekeliling mereka dengan mengajarkannya dan menyebarkannya.


  • Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tumbuhan, ia menakung air, maka dengannya Allah swt memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, dan juga bercucuk tanam.
Inilah juga golongan yang baik. Walaupun mungkin mereka tidak begitu mengambil faedah daripadanya atau ilmu itu kurang berkesan kepada diri mereka, namun mereka berjaya menyebarkannya dan menyampaikannya kepada orang lain. Maka dengan itu ramai manusia yang mengambil faedah malah lebih baik daripada dirinya. Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambahkan sahamnya diakhirat.

  • Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah yang gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput.
Golongan yang ketiga ini pula ialah mereka yang tidak mahu menerima ilmu, malahan dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain. 

Baginda s.a.w telah membuat kesimpulan tentang ketiga-tiga tanah tadi . Maksudnya =

"Begitulah diibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku. Dia mengetahui lalu mengajarkannya kepada orang lain. Begitu jugalah diibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang diberikan kepadaku dan tidak menerima petunjuk Allah yang diutuskan aku dengannya."

Fikirkan sejenak :

Agak-agak kita temasuk dalam jenis" tanah" yang mana?
Adakah selama ini kita memanfaatkan "hujan" itu?

P/s : Kita sememangnya berasal daripada tanah dan memang bersesuaian seperti mana yang dibicarakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Bersihkan yang Kotor di Blog masing-masing


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Jom kita bersihkan blog kita daripada unsur-unsur atau anasir yang kotor yang boleh mendatangkan saham dosa kepada diri kita. Seperti mana yang kita tahu, ramai pelawat yang datang ke blog kita untuk membaca apa yang kita tulis, terutamanya blog yang mempunyai jumlah traffik yang tinggi. Sedar tak kita bahawa secara tidak langsung, kita turut mendapat saham dosa kerana isi kandungan atau gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog atau website kita?

Mungkin ada mereka yang pandang sebelah mata dan menganggap perkara seperti ini remeh temeh dan tidak kisah, yang penting..duit masuk. Tapi, berapa ramai manusia yang sedar bahawa keberkatan dalam duit yang kita dapat itu paling penting. Bukan sahaja perlu berkat, tapi perlu betul-betul HALAL dan bukannya termasuk dalam kategori tak halal a.k.a HARAM. Hal ini disebabkan daripada duit yang kita dapat, kita gunakan untuk makan, minum, dan lain-lain secara tak langsung akan menjadi darah daging kita. 

Umat akhir zaman ni ramai tak yang mengambil kira tentang HALAL atau HARAM nya hasil duit yang kita terima? Antara perkara-perkara yang perlu dibersihkan di blog/website antaranya :
  • Unsur-unsur tulisan yang mencaci,memfitnah yang dapat menjatuhkan orang lain dan yang dapat mengaibkan orang lain
  • Video-video yang lucah serta yang mengandungi perkara yang lagha dan sebagainya
  • Gambar-gambar yang tidak sopan dan menutup aurat
Sekiranya ada, minta dibuang dan bersihkan blog serta website kita daripada kekotoran ni, kita tak boleh menyamakan blog dengan televisyen..blog ialah milik kita, jadi kita dapat kawal 100% isi kandungannya manakala tv pula di luar kawalan kita, apa yang boleh kita kawal..kita perlu kawal. Mungkin juga secara tak sedar, selama 24 jam kita dalam keadaan berdosa, perlu tanggung dosa kita sendiri dan dosa orang yang melihat gambar/video dan membaca apa yang kita tulis itu. 

Begitu juga, iklan-iklan yang kita letakkan di blog masing-masing..pastikan ianya bersih. Namun, sejauhmana tahap kebersihan iklan yang dipaparkan di blog kita?? Cuba kita fikirkan, memang kita boleh pilih, hanya iklan arak dan rokok sahaja yang tidak dipaparkan di blog, tapi boleh tak kita pilih iklan wanita yang tidak menutup aurat di blog untuk dipaparkan di blog kita? Dulu saya remove Nuffnang pun atas sebab ni, terdetik hati saya apabila membaca tentang hukum pengiklanan di blog Ustaz Zaharuddin. Dah banyak pendapat saya baca, dah banyak ustaz yang keluarkan pendapat tentang perkara ni  dan kini saya lebih yakin dan berpegang kepada pendapat Ustaz Zaharuddin. 

Petikan daripada blog Ustaz Zaharuddin, klik untuk lebih jelas

Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir kan? Terpulang lah kepada diri masing-masing untuk membuat keputusan, tapi ingat..setiap apa juga keputusan kita mesti disandarkan kepada sebab atau satu pegangan dan jangan jadi seorang yang taqlid buta. Antara entri menarik yang saya dapat kongsikan disini tentang Nuffnang ialah daripada blog wootwoot : Masuk Neraka kerana Nuffnang dan Advertlets dan Jamal Rafaie : Bersihkan blog dari yang Haram (iklan Nuffnang)


Sekian

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Umur itu hanyalah angka


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Betul ke umur tu hanya angka je? Kadang-kadang orang menilai kita mengikut umur kita berapa kan? Tapi, bagi saya, umur tu tak dapat menilai diri kita yang sebenar. Umur itu hanya lah angka semata-mata. Kematangan diri seseorang tak dapat dinilai berdasarkan umur mereka. Ada juga sesetengah orang yang suka memandang rendah kepada mereka yang lebih muda daripadanya...orang tersebut beranggapan bahawa orang muda ni hanya lah budak hingusan dan tak tahu apa-apa. Saya rasa perspektif macam tu salah sama sekali..


Bagi saya kan, kalau kita nak menilai seseorang..mestilah berdasarkan ilmu yang mereka miliki dan tahap kematangan nya. Tak semestinya orang dewasa lebih matang berbanding budak belasan tahun. Selalu kita nampak tindakan orang dewasa kadang-kadang kurang matang, mereka umpama berada di jasad orang dewasa tetapi memiliki akal fikiran budak sekolah tadika. Kasar ke perkataan ni? Rasanya tak, sebab ni hakikat kehidupan. 

Mungkin orang yang lebih tua, mereka memiliki lebih pengalaman, orang kata" mereka yang makan garam dulu". Tapi hanya berbekalkan pengalaman sahaja tak menjamin bahawa mereka itu lebih matang dan lebih bijak. Biasanya anak muda sekarang dibekalkan dengan ilmu, mungkin ilmu yang lebih berbanding orang yang lebih tua daripada mereka dan mereka juga kurang berpengalaman dalam hidup disebabkan umur yang masih muda, tetapi tak mustahil mereka akan lebih matang berbanding orang yang lebih dewasa dari setiap tindak tanduk seperti perbuatan, percakapan, sikap dan lain-lain. Hakikatnya, semua perkara ni bergantung kepada diri masing-masing. 


Orang kata " pengalaman itu merupakan guru yang terbaik" tapi kalau hanya berbekalkan pengalaman,   hidup kita tetap juga tak bermakna sekiranya kita tak ada ilmu. Gabungan antara ilmu dan pengalaman akan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam setiap tindak tanduknya. Jadi, tak semua orang muda itu " budak hingusan" semata dan tak semua orang yang dewasa itu bersikap matang dalam semua perkara. Boleh jadi mungkin mereka yang lebih muda itu lebih banyak ilmu dan pengalaman berbanding orang-orang yang lebih tua dari dirinya.


P/s : Kesimpulan yang dapat kita ambil..jangan mudah untuk memperlekehkan orang lain dan belajar untuk menghormati orang lain, tak kira lah sama ada mereka lebih muda atau lebih tua daripada kita kan. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Duit itu tak halal



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Duit tu tak halal..betul, tapi kenapa tiba-tiba je saya cakap duit tu tak halal ye? Sebenarnya bukan duit tu tak halal, tapi cara kita mendapatkan duit tu yang boleh menjadi tak halal a.k.a HARAM. Tapi kenapa tiba-tiba pulak saya tulis pasal ni eh..mesti la ada sebab kan, saya tulis entri pasal duit ni sebab zaman sekarang ni semua orang nak kejar duit kan, semua orang nak duit banyak tapi sekarang ni saya nak khususkan kepada dunia blogging je. 

Memang tak dinafikan..bila ada blog, mesti ada juga yang ambil kesempatan untuk letak unit iklan kat blog..nak menjana pendapatan sampingan, betul kan. Tak kisah la jenis apa  sekali pun..yang penting, akan dapat duit hasil daripada mendaftar sebagai ahli dan ikut syarat-syarat yang ditetapkan tu. Tapi yang paling tak baik dan tak jujur a.k.a penipu ni bila seseorang yang tinggalkan link iklan dia di shoutbox or chatbox blog orang lain waktu blogwalking dan si tuan blog pun tertipu. Bila klik je, keluar iklan-iklan tertentu la. Macam yang kawan-kawna tau, bila klik iklan tu, automatik tuan iklan tu akan dapat duit kan. Kalau la dia buat macam tu kat beribu-ribu blog, bayang kan sendiri je la berapa yang dia dapat. 

Agak-agak orang yang tak jujur a.k.a penipu ni dah ditarik hidayah daripada Allah ke?

Kemudian, ada juga yang tak kurang kreatif nya bila buat gambar yang agak menarik kemudian di link kan gambar tadi kepada link iklan yang diorang daftar. Kadang-kadang kita nampak menarik dan ada pulak tulis kat situ "sila klik" la.."jangan klik" la dan macam-macam lagi, kalau orang yang tak tau..mesti la mereka akan klik kan. Secara automatiknya diorang yang buat macam ni akan dapat duit jugak. 

Kawan-kawan tau tak cara tu salah..duit yang kawan-kawan dapat tu boleh jadi haram bila orang yang klik tu tak menghalalkan duit tu sebab dia rasa tertipu, kalau orang yang klik tu tak kisah, takpe..tapi kalau dia tak halalkan duit tu dan duit tu jadi darah daging, maka hukumnya haram la. Darah daging yang datang daripada hasil yang haram akan dibakar api neraka. Tak takut ke? Memang nampak perkara ni agak remeh, biasanya  perkara remeh ni la boleh menyebabkan orang pandang endah tak endah je tapi sebenarnya boleh bagi kesan yang besar. Kalau nak jadikan duit tu halal, orang yang buat macam ni kena mintak maaf dan mintak di halalkan duit tu dekat orang yang terlibat. Kalau tak, faham-faham sendiri la ye..

Duit vs Kasih Sayang, Money vs Love, Kasih Sayang, Cinta, Wang, Duit
Duit tu lagi penting daripada nilai kemanusiaan

Kadang-kadang bila difikirkan, ramai juga yang mata duitan ye zaman sekarang ni. Kerana duit, sanggup buat apa-apa pun . Ramai juga yang menggunakan prinsip " matlamat menghalalkan cara", dalam Islam, prinsip ni haram sama sekali. Saya sendiri tak pasti mereka yang tak jujur a.k.a penipu ni buat perkara ni dalam keadaan tak sedar atau separa sedar atau juga mungkin yang paling tepat secara sedar. Kalau betul pun nak carik duit, buat lah cara yang betul..jangan menipu orang lain. Berdosa..tak kan tak pernah belajar kat sekolah, kat rumah bahawa siapa menipu tu dapat dosa.

Saya harap orang yang buat macam ni akan berubah..cari lah duit dengan cara yang betul, biar ada keberkatan dalam rezeki yang kita dapat. Saya dulu pun pernah pasang unit iklan ni, tapi saya waswas dan ragu-ragu tentang hukumnya..mungkin juga syubhah, jadi..saya ambil keputusan untuk buang unit iklan dari blog saya. Memang saya tak dapat satu sen pun daripada berblogging, tapi saya tak kisah..selagi saya rasa tak yakin, selagi tu saya tak kan letak. 

Bagi saya, rezeki tu Allah yang bagi..mudah-mudahan dengan kesungguhan kita untuk mengelakkan diri daripada syubhah..insyaAllah Allah akan membuka jalan rezeki yang lain untuk kita. Jangan takut, Allah yang bagi rezeki..bukan manusia. Saya rasa tu je saya nak bagi tau..

P/s : Dalam dunia blogging pun ramai juga orang tak jujur a.k.a penipu kan, ingatkan dunia sebenar je. Agaknya selagi namanya alam dunia..selagi tu la akan wujud golongan macam ni. Bila dah berpindah ke alam barzakh dan alam akhirat, barulah takde golongan macam ni sebab kat sana perbuatan kita akan dihisab dan di balas oleh Allah. Selagi sempat, selagi tak berpindah ke alam yang lain, mohonlah maaf kepada orang yang terlibat..kalau buat dosa yang melibatkan hak manusia, kena mohon maaf kepada manusia tersebut. Itu yang saya belajar~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pembaharuan di Blogspot


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tadi saya baru perasan kat blogspot dah ada sikit pembaharuan, agaknya baru bertukar tadi..ada tambahan untuk tukar favicon blog. Kalau kalau kawan-kawan tak tau yang mana, boleh tengok disini tutorial favicon. Ni dia yang baru tu..bukak design masing-masing, akan nampak macam ni.


Klik edit plak akan keluar macam ni..


Upload la gambar yang kawan-kawan nak :)

Dashboard baru tu saya punya belum berubah lagi..ntah bila nak berubah, saya pun tak tau. Yang pasti, box followers saya dah hilang. Mungkin tips ni dapat membantu kawan-kawan untuk follow blog mereka yang hilang box followers macam saya >TEKAN<

..Sekian..

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Ramadhan bakal tiba


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Lagi beberapa hari je kita bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan..bulan yang sepatutnya di tunggu-tunggu oleh umat Islam. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur..kita akan bertemu juga dengan bulan Ramadhan pada tahun ni yang bakal menjelma tak lama lagi. Macam mana persiapan kita nak menyambut penghulu segala bulan ni? Mudah-mudahan kita semua dapat menjadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya kan.

Bagi saya, yang paling seronok ialah waktu bulan puasa dan nak menunggu raya. Bila dah raya, saya rasa dah kurang seronoknya..sebab dah takde apa yang nak di tunggu kan. Tapi seronok jugak, sebab dapat menziarahi saudara mara..tapi yang paling nikmat ialah waktu bulan Ramadhan. 

InsyaAllah tahun ni, saya dapat berpuasa penuh sebulan di rumah..kalau tahun-tahun yang lepas, puasa di kolej. Rasanya kurang seronok sebab bila berpuasa di kolej dan ada kuliah macam biasa, tak rasa sangat bulan Ramadhan, tahun ni sebab cuti sampai pertengahan bulan 9..jadi dapat lah berpuasa sebulan di rumah. Memang dah lama tak dapat puasa sebulan kat rumah, dulu pun rasanya waktu kecik-kecik je. Bila dah sekolah, kadang -kadang bulan puasa jatuh hari bersekolah..tapi tu ok lagi, sebab dapat berbuka kat rumah. Bila masuk u, kena puasa dan berbuka kat sana je. Kadang -kadang je balik..memang kurang seronok la rasanya kan.hehe.

Perkara yang paling rasa seronok bila bulan puasa ialah bazar ramadhan, semua orang suka pergi kan.


Lepas tu, solat tarawih..waktu bulan Ramadhan je la dapat buat solat tarawikh kan, pahala jugak di gandakan bila kita buat amal kebajikan, yang penting niat ikhlas kerana Allah.


Kemudian, shopping beli baju n barang-barang untuk raya nanti. 


Berbuka puasa dengan family pun seronok jugak kan...tapi, kita juga disunatkan untuk mulakan berbuka puasa dengan kurma.


Lagi satu, buat kuih raya, ketupat, dodol dan lain-lain..yang mana nak buat la, yang mana tak buat..cari kat kedai je. 


Sebab tu saya cakap yang paling seronok ialah bulan Ramadhan..perkara ni boleh buat waktu bulan Ramadhan je, bulan-bulan yang lain jarang dan mungkin kurang seronok kalau kita buat pun. Tapi, kita kena ingat juga..kalau nak shopping dan bersuka-suka boleh, tapi berpada-pada kan. Nikmat-nikmat ni Allah beri kepada mereka yang berpuasa je..tak rugi pun kalau kita berpuasa. :)


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, 
agar dapat ku lalui dengan sempurna..."


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Pelik Tapi Benar.


بسم الله الرحمن الرحيم

Tanda Soal, Soalan, Pelik, Question Mark, Question
Agak-agak kita sekarang berada di jalan yang mana?

Assalamualaikum

Kadang-kadang saya pelik..pelik dengan manusia, dengan ragam manusia yang pelbagai. Macam-macam. Ada yang seperti lembu dicucuk hidung, ada yang suka mengampu dan lain-lain. Mungkin mereka memikirkan kehidupan di dunia ni segala-galanya sampai tak ingat tujuan asal kita diciptakan. 

Ada yang kata..kita sekarang dalam keadaan yang aman. Tapi saya terfikir, kalau benar aman..kenapa jenayah makin meningkat dan kita semakin rasa tak selamat eh bila keluar rumah. Duduk dalam rumah pun rasa kurang selamat jugak. Apa yang dimaksudkan AMAN tu agaknya eh? Saya pun kurang pasti..bagi saya, kita akan benar-benar aman bila kita rasa selamat walaupun kita berada di mana-mana je. 

Cuba waktu sekarang ni, contohnya seorang anak dara keluar malam sorang-sorang..agak-agak dia boleh balik rumah dengan keadaan yang baik tak? Kedai emas yang dibiarkan tanpa perlu dikunci..agak-agak ada orang curi tak? Hmm..nak cakap lebih-lebih pun agak susah, saya harap orang yang membaca ni dapat memahami. Kadang-kadang kita gagal untuk berfikir menggunakan mata hati..sebab tu tak nampak.

Bila hukum Allah tak lagi digunakan dan diketepikan..bila manusia sombong dengan Tuhan, bala yang akan datang menimpa kita. Bukan sahaja di ketepikan, bahkan dipermainkan dan dijadikan bahan gurauan mungkin. Bagi yang tak tahu, boleh baca tentang isu Karikatur yang menghina Islam. Kadang-kadang saya terfikir, saya rasa hairan..kenapa manusia masih lagi sombong dan angkuh dengan Allah? Kenapa masih lagi tidak ada kesedaran dalam diri? Saya sendiri rasa takut..saya selalu terfikir kenapa dan kenapa?

Mungkin juga di akhir zaman, orang yang benar selalu ditindas..orang yang zalim diagung-agungkan. Para ulama' tak lagi diminta untuk memberikan nasihat tentang agama dan mulalah orang yang tidak layak dan jahil akan membicarakan dan mengelurkan hukum agama, ternyata mereka itu lah orang yang sesat lagi menyesatkan. 

Bila ditegur, tiada respons..mungkin boleh diterima lagi. Ditegur dan masih tiada respons, mungkin masih lagi boleh diterima. Akhirnya, mungkin cara kekerasan juga perlu digunakan untuk menegur. Barangkali mungkin...sama juga seperti menyuruh anak sembahyang, pada umur 7 tahun..mereka disuruh dahulu untuk melakukan solat dan masih diberi masa hingga 10 tahun, jika masih lagi tidak solat..dibenarkan untuk memukul mereka..memukul bukan untuk mendera, bahkan untuk mendidik, untuk kebaikan dan manfaat bersama kelak. Saya rasa tentu kawan boleh faham apa yang saya ingin sampaikan..

Setiap orang ada pandangan masing-masing kan..terpulang lah untuk menilai. Yang penting, berfikir dengan menggunakan mata hati dan bukan nafsu. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Jom Jaga Tepi Kain Orang Lain


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Kenapa tiba-tiba je saya ajak jaga tepi kain orang lain eh? Mesti ada yang akan cakap.."nak buat ape aku jaga tepi kain orang, jaga diri sendiri je la. Hidup dia, dia punya pasal..hidup aku..aku punya pasal. Kubur kan lain-lain." Lebih kurang camtu la agaknya kan atau pun ada respon yang lain..bila cakap je pasal jaga tepi kain orang, mesti akan fikir yang negatif kan. Cuba kita fikir yang positif, dalam erti kata lain ialah peduli dan ambil berat tentang orang lain. Sebab apa kita fikir negatif, sebab kita dah set dalam minda..tak perlu jaga tepi kain orang lain, tak perlu sibuk-sibuk hal orang lain kan. 

Tolong Menolong, Bantuan, Tolak Kereta, I Luv Islam, Testi I Luv Islam

Dalam sedar tak sedar rupanya kita dah mengenepikan konsep dakwah yang disuruh oleh Islam, asas untuk berdakwah ialah sikap kepedulian yang wujud dalam diri seseorang. Jaga tepi kain orang yang saya maksudkan ialah kita ambil tahu hal orang lain dan cuba untuk membantu mereka keluar daripada kesesatan ataupun kemungkaran, bukan nya jaga tepi kain orang yang biasa kita maksudkan iaitu ambil tahu hal orang lain dan sebarkan kepada semua tentang keaiban dirinya..macam mami jarum tu la.

Urusan dakwah ni bukan urusan ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, pak haji, tok iman je..bahkan setiap individu muslim ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk berdakwah iaitu amar ma'ruf nahi mungkar. Tak ada istilah pengecualian..jika dah bergelar muslim, maka tanggungjawab itu turut perlu kita terima. Seperti mana yang saya tulis dulu, menuntut ilmu itu satu keperluan. Oleh itu, tak dapat tidak untuk kita lari daripada amanah ini. 


Wasiat Luqman kepada anaknya :

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan-urusan yang diwajibkan."
(Surah Luqman 31:17)


  • Tiada perintah yang paling besar berkaitan  hubungan kita dengan Allah iaitu solat
  • Tiada perintah yang paling besar berkaitan hubungan kita sesama manusia iaitu amar ma'ruf nahi mungkar
  • Dalam ayat ini juga bukan sahaja menyebut tentang suruhan berdakwah, tetapi realiti dakwah itu sendiri iaitu " ...dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu." 

Dakwah itu sasarannya manusia. Halangannya ialah nafsu dan syaitan. Dakwah itu suatu tugas. Upahnya ialah ujian yang mendatang. Dakwah bukan jalan yang senang, pendakwah pasti teruji. 

Doa, Mohon Kepada Allah, Hamba, Doa Hamba, Bantuan, I Luv Islam, Testi I Luv Islam


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Mega Giveaway By Yana dan Cik Putih


بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum

Ni merupakan kali pertama saya join ga sepanjang sayan berblogging..saya saja nak mencuba. Tapi ada syaratnya tau..


  • Follow blog cik Yana dan cik Putih 
  • Buat satu entri yang bertajuk macam saya buat ni 
  • Copy banner diatas dan link kan kepada entri ga ni
  • Tag 3 rakan
  • Tinggalkan link entri di entri ga cik Putih
  • Berakhir 8/8
  • Kalau rajin, like fan page cik Yana dan cik Putih
  • Copy senarai sponsor
Sponsor daripada :



Ok..dah siap. Semua syarat dah ditepati.. :)


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Own Tabs


بسم الله الرحمن الرحيم 


Love, Heart, Hati, Qalbu

Assalamualaikum

Sekarang saya nak ajar cara-cara nak buat tab sendiri..sebenarnya nak buat tabs ni boleh guna macam-macam cara. Tapi saya biasa guna Photoscape dan GIMP. Photoscape untuk design dan GIMP untuk jadikan transparent. Kalau kawan-kawan dah tau guna, tak perlu saya nak tunjukkan lagi..kepada yang masih tak mahir lagi, mungkin boleh tengok tutorial saya buat banner/award or buat header kat bahagian tutorial. Caranya sama..cuma adjust saiz yang kecik je..kalau dah siap design dan nak buat transparent..gunakan GIMP. Ada juga dibahagian tutorial saya. 


Lagi satu, kalau nak letak tabs ni di blog..pastikan kawan-kawan dah buat pages. Baru boleh buat tabs. Ada dua cara boleh letak tabs..salah satunya macam saya tu dan satu lagi memanjang.


Cara 1 (ke bawah) :

Bila dah siap..upload gambar di Photobucket untuk dapatkan link. Ambil HTML Code.


<a href="http://s1116.photobucket.com/albums/k566/Atika_Aula/?action=view&current=1.png" target="_blank"><img src="http://i1116.photobucket.com/albums/k566/Atika_Aula/1.png" border="0" ></a>

Tukar link bold link page kawan-kawan yang berkaitan dan ulang tabs yang seterusnya macam tu. Klik design-> add a gadget-> HTML/Javascript. Letak link ni di bahagian tersebut.


Cara 2 (memanjang) :

Tak ada contoh gambar la..tapi kawan-kawan tau kan memanjang. Horizontal. Ok, kalau nak buat macam tu plak..guna kod ni ye. 

<a href="Link Page"><img class="expando" width=" " height=" "src="Link Gambar" /></a>


Pada bahagian Link Page..letakkan link page kawan-kawan dan link gambar pula..ambil direct link. Kod ni letak di HTML/Javascript macam kat atas tu dan ulang kod ikut berapa banyak tabs kawan-kawan ye. Bahagian width dan height tu pula isikan saiz gambar yang kawan-kawan buat..adjust sampai sesuai.

Preview dan kalau ok, baru save.

Dah siap..

Lagi satu, bila kawan-kawan edit page ni..bila nak publish akan keluar macam ni. Kawan-kawan pilih no gadget tau.



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tutorial Icon Comel di Blog


بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar Comel, Fairy Tale, Cute Picture, Pari=Pari
Alahai..comel betul :)


Assalamualaikum

Untuk tutorial kali ni sebenarnya saya sendiri tak tau nak tulis tajuk apa sebab saya sendiri pun tak tau nak cakap ni apa benda..maksudnya, nama nya yang sebenar. Jadi saya cakap icon comel je la senang..kalau kawan-kawan nak tau yang mana..tengok gambar kat bawah ni.


Tutorial ni diminta oleh seorang rakan blogger kita di fb page saya..sori tau sebab saya lambat buat.


Sebenarnya nak buat icon-icon ni mudah je..mungkin kawan-kawan boleh tengok tutorial saya untuk buat header guna photoscape dan tutorial header transparent guna GIMP. Cara nak buat sama je..cuma adjust size je..kecik kan size dan boleh edit ikut citarasa kawan-kawan sendiri. Guna kan kreativiti masing-masing nak hias macam mana.

Bila dah siap buat, boleh upload gambar di Photobucket dan ambil direct link ye..ok, sekarang tengok pula saya gabungkan dengan tutorial apa lagi. 

Bila dah dapat link gambar tadi..kawan-kawan letakkan link tersebut di bahagian link gambar dan boleh tukar kedudukan widget samada sebelah kanan atau kiri. Right or left. Selain itu, ubah kedudukan widget samada atas atau bawah dengan cari kod ni..top. Anggarkan sendiri dan agak-agak nak tinggi berapa. Kalau gambar tu agak besar..diakhir link gambar tu kawan-kawan letak kod ni ye width=" " height=" " . Antara dua tanda tu letak saiz gambar yang sesuai. 

Bila dah adjust, preview dulu..jangan terus save je sebab takut tak menjadi kan..kalau dah ok, baru save ye!! Agak leceh sikit..tapi saya buat macam tu la..



~Selamat Mencuba dan Semoga berjaya~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Menuntut Ilmu itu satu keperluan


بسم الله الرحمن الرحيم


Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Assalamualaikum


Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. 

Apa itu ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ia merupakan tanggungjawab individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim, maka individu tersebut akan berdosa. 

Apa itu ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya.

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah..jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara. 

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud. 

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidupan kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya. 

Ilmu, Menuntut Ilmu, Ilmu Fardhu Ain, Ilmu Fardhu Kifayah, Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Maksud Fardhu Ain, Maksud Fardhu Kifayah, Hadith Menuntut Ilmu, Orang Berilmu, Ulama'

Islam itu sangat indah, tetapi umat Islam itu sendiri yang gagal untuk menunjukkan dan mempamerkan keindahannya kepada umat agama lain sehinggakan mereka sendiri tidak nampak apa beza agama mereka dengan Islam? Bahkan umat Islam lebih teruk lagi akhlaknya..kadang-kadang perkara yang kita nampak agak remeh dan temeh..itulah yang menjadi punca kepada masalah jenayah yang teruk pada hari ini. Semua itu disebabkan oleh kurang ilmu. Umat Islam kebanyakannya malas untuk mempelajari ilmu..malas mengkaji, menghayati ilmu menyebabkan umat Islam ketinggalan jauh. Kalau ada pun yang berjaya, tetapi gagal pula dalam ilmu -fardhu Ain..sama-sama kita muhasabah diri.



والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula