Apa tindakan kita bila dapat tahu ada pihak yang secara terang-terangan menghina Islam?


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Pertama sekali saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslim, semoga Ramadhan membawa satu titik perubahan dalam diri kita dan dalam masa yang sama, saya juga berasa sedih dan sangat kecewa bila terbaca apa yang dipost oleh ahli-ahli daripada group ni. Saya sebenarnya terjumpa page ni di wall page Brother Shah Kirit sebab ada orang yang minta pendapat daripada Brother tentang masalah ni..


dan saya jumpa page yang menetang page di atas dan saya join : Remove "Murtads in Malaysia and Singapore"

Bila terbaca komen-komen yang mereka post di group tu memang betu-betul rasa sedih sebab sewenang-wenangnya mereka tu mengutuk Islam, menghina Rasulullah dan lain-lain. Ada juga diantara mereka yang sememangnya tahu tentang hadih tapi mempermainkan dan ada juga yang masih dalam kekeliruan. Rasa sedih ada dan rasa kesian pun ada kat mereka ni..

Dulu saya pernah mengikuti Kursus Perkaderan Lanjutan dan penceramah utamanya ialah Brother Shah Kirit dan apa yang saya belajar dalam kursus tu ialah aspek perbandingan agama dan cara-cara untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul daripada orang Non Muslim serta cara untuk mematahkan hujah-hujah mereka. Saya akui, saya masih lagi baru dalam bidang ni tapi apa yang saya dapat ialah satu ilmu yang cukup baik yang saya sendiri rasakan saya tak akan dapat di tempat lain walaupun di dalam bilik kuliah. 

Perkara yang paling saya ingat daripada kursus tersebut ialah bila ada orang yang murtad, jangan terus salahkan orang yang murtad atau pihak yang lain. Tapi, salahkan diri kita sendiri sebab kita sebagai seorang Islam..apa yang kita lakukan? Mereka murtad kemungkinan atas sebab-sebab tertentu dan agama lain dapat menarik mereka masuk dalam agama mereka kerana pihak agama lain menjalankan tugasnya iaitu menyebarkan dakyah agamanya. Tapi kita..adakah kita menjalankan kerja-kerja dakwah? Tanya diri masing-masing..

Ada beberapa sebab kenapa mereka itu murtad :

1.Kurang didikan agama ( walaupun lahir dalam keluarga Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam. Akhirnya mereka merasakan bahawa semua agama itu sama )

2.Banyak persoalan yang membelenggu fikiran dan tiada penyelesaian ( masih kurang jelas tentang sebab dan musabab dalam Islam akhirnya mereka mengambil keputusan untuk murtad )


Zaman kini ramai yang berpelajaran tinggi dan kebiasaan mereka ini akan berpegang kepada logik akal dan fakta saintifik untuk percaya kepada sesuatu, sekiranya mereka rasa perkara tersebut tidak logik dan kurang yakin..mereka akan tinggalkannya termasuklah kepercayaan kepada agama itu sendiri..mengikut sesuatu perkara tanpa tahu dalil serta bukti yang kukuh juga amat berbahaya sebab mereka akan mudah goyah sekiranya diancam oleh pihak agama lain. Jadi, jangan bertaqlid..peganglah dan amalkanlah ajaran Islam berdasarkan dalil Al-Quran, hadith dan yang lebih baik jika kita dapat kukuhkan dengan fakta saintifik dan logik akal secara tak langsung dapat menambahkan keyakinan kita terhadap ajaran Islam.

Perkara yang menarik perhatian saya dalam kursus tersebut ialah cara untuk menyelesaikan masalah dan dapat diumpamakan seperti analogi tersebut :

Minyak kereta dah hampir habis dan lampu di dashboard menyala. Langah yang perlu kita ambil ialah isi minyak petrol automatik lampu dashboard akan hilang.

Minyak kereta hampir habis : Punca masalah
Lampu dashboard menyala : Petanda
Isi minyak kereta : Menyelesaikan punca masalah
Lampu dashboard hilang : Petanda hilang

Apa yang perlu kita lakukan bila ada masalah dalam masyarakat ialah dengan menyelesaikan punca, mencari punca kenapa dan mengapa terjadinya sedemikian rupa dan kita perlu menyelesaikan punca tersebut. Contohnya mengapa zaman kini masalah murtad semakin berleluasa? Kita cari punca, mungkin kurang didikan agama dan kita selesaikannya dengan memberikan kaunseling kepada mereka dengan cara yang berhikmah dan mudah-mudahan mereka akan sedar tentang kesilapan mereka dan bukannya dengan menyelesaikan petanda dengan cara menghina, memaki dan membiarkan mereka sahaja serta menghukum mereka. ( Bukan saya menyebelahi mereka, tapi cuba fikirkan..perkara ni tak akan selesai kerana akan semakin bertambah teruk ) Oleh itu, kalau nak selesaikan masalah, selesaikan punca dan bukan petanda.

Kalau kita selesaikan sesuatu masalah dengan menyelesaikan petanda dan bukan punca, umpama macam ni :

Ketuk lampu di dashboard sehingga pecah, lampu dah tak menyala..tapi ada kerosakan yang berlaku dan kereta tetap tak boleh berjalan sebab minyak masih tak di isi.

Dapat tak kita bandingkan dengan analogi yang kat atas tadi? Menggunakan analogi lebih mudah untuk faham. 

Jadi, saya menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan yang sedar diri mereka Muslim, laksanakan lah Islam secara menyeluruh dalam kehidupan kita. Zaman kini, banyak orang Islam yang lari daripada ajaran Islam itu sendiri sehinggakan orang yang tidak mengenal Islam menilai agama Islam berdasarkan penganutnya dan bukan pada agama, Islam itu indah tetapi umat Islam itu gagal untuk mempamerkan keindahan Islam di mata Non Muslim. Apa peranan kita? Sebarkan lah Islam, berdakwahlah mengikut kemampuan masing-masing. Sesungguhnya kerja dakwah itu tugas yang sangat mulia. Sebab apa? Sebab kita menegakkan agama Allah s.w.t dan meneruskan perjuangan baginda s.a.w. Perkara yang paling mudah ialah bentuklah akhlak kita seperti akhlak Rasulullah s.a.w. Bila akhlak baik, secara tak langsung itu pun satu dakwah kepada orang lain.


"Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasanya), jika dia tidak sanggup maka dengan lisannya (percakapan), dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya (membenci kemungkaran tersebut). Itu adalah selemah-lemah iman ."
(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud & Tarmizi)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula