Home » , » Pengalaman Salam Ukhuwah dijangkiti Malware

Pengalaman Salam Ukhuwah dijangkiti Malware


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Tengahari tadi baru saya bukak laptop dan macam biasa la mesti nak cek blog, tiba-tiba, keluar amaran "Malware Detected" oleh google disebabkan saya biasa browsing guna Google chrome kan. So, bila website dijangkiti malware, akan keluar amaran ni. Terkejut jugak, mesti ramai pelawat yang tak jadi nak masuk blog saya. Tapi ini disebabkan pengalaman saya yang kedua, saya terus buang virus tersebut dan sekarang dah ok. Alhamdulillah..

Malware, Malware Found, Malware Detected, Virus Malware, Anti virus Malware, Cara nak buang virus Malware di website
Website yang dijangkiti malware akan keluar amaran macam ni..kalau browsing guna Google Chrome

Dulu waktu mula-mula berjinak-jinak dengan blog, pernah sekali blog saya dijangkiti Malware dan memang waktu tu saya tak tau langsung nak buat apa. Cari maklumat kat google, cari maklumat kat blog orang lain..macam-macam saya buat, sampai berhari-hari la kan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya buang virus tu. Rupanya ada satu award yang masih ada link pemilik blog tu melekat di blog saya. Bila saya letak, jadi blog saya juga terkena tempiasnya. Bila saya buang, terus ok.

Hari ni pun sama, banner salah sebuah website yang dijangkiti tu ada di blog saya dan lepas saya buang dah ok. Macam mana nak tau virus tu datang dari mana ialah tengok pada amaran yang keluar dekat screen sebelum masuk website sesebuah blog tu dan lepas tu kita kena buang mana-mana gambar or banner or award or apa-apa la yang masih link kepada blog atau website tadi. 

Saya pernah terbaca, blog yang dijangkiti malware ni kalau tak dibuang virus tu..dalam masa yang tertentu akan didelete oleh google, lebih kurang macam tu la. Kalau website or blog tersebut penyebar virus..kena ambil langkah yang lebih susah untuk buang, tapi kalau kita terkena tempias website atau blog orang lain yang macam saya sebutkan tadi, senang je. Yang penting kita kena tahu punca dari mana. 

Malware, Malware Found, Malware Detected, Virus Malware, Anti virus Malware, Cara nak buang virus Malware di website
Macam ni la agaknya muka virus tu.huhu

Bagi blog or website yang terkena Malware, jangan panik dan terus cari punca dan langkah untuk buang virus tersebut. Nanti saya akan kongsikan beberapa langkah cara untuk mengelakkan website or blog kita dijangkiti virus Malware, tips tu pun setakat mana yang saya tau je ye. Nanti mungkin kalau ada yang tahu lebih, boleh berkongsi..


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

7 luahan hati:

ked said...

salam cik atika..sy pon penah kene camni gak..tros buang link blog tu..memang mase kene tu dah nak pengsan dah rase..mujur sy bertindak cepat..

ked said...

salam cik atika..sy pon penah kene camni gak..tros buang link blog tu..memang mase kene tu dah nak pengsan dah rase..mujur sy bertindak cepat..

Zalina Hassan Zamri said...

subuh td terkena pastu buang link tu trus ok

Ukhti Ct Thuraya said...

salam, saya prnah kena..
xreti nk wat cmne..
biar mcm tu je..

last2 ilang..

Dunia Cik Maia said...

bagus entry ney.. tmbh pgtahuan..=)
awak telah ditag ye,, =)

http://maiamyra.blogspot.com/2011/08/my-first-giveaway.html

Clara said...

CR dah kne..

=(

lappy dah tak leh gne.. Kne format balik..

Mse tu lawat 200 lebih blog and tetibe terpadam and dia kata laptop dah masuk virus. 49 virus. 1 lemah, 2 sedrhana, yg lain semua strong. Nak format cara biasa tak ley, kne gne apa ntah nak format biar betul2 hilng..

Tu takut skit nak bukak blog2 yg tak prnah dibuka..

Tantan^^ said...

tQ..nak kongsi dgn kawan pasal hal malware nie..huhoho~TQVM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula