Kerana Agama, Aku Jatuh Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu..hilanglah cintaku padamu
(Imam Nawawi)


Rasulullah SAW bersabda :

Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.
(HR. Bukhari Muslim)




Kerana agama, aku memilih dikau. Kerana agama, bukan rupa, bukan harta..tetapi agama.

Saya pernah terbaca, hadith tersebut bukan sahaja kita gunakan sebagai kriteria pemilihan isteri bahkan juga seorang suami. Meskipun tak dinafikan harta itu penting, paras rupa itu penting, keturunan itu penting..tetapi, syarat paling utama ialah ketaatan nya dalam menjalankan perintah Allah s.w.t. 

Jika itu menjadi dasar yang paling penting, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah seperti dimurahkan rezeki sama ada dari sudut harta mahupun anak bahkan menjadi penyejuk mata serta sedap memandang begi pasangan hidup masing-masing. Bukankah itu lebih baik?

Saya pernah menonton satu slot di tv al hijrah iaitu Madrasah Syariah tentang kriteria pemilihan pasangan hidup. Ustaz tu kata, kalau nak diikutkan statistik..mereka yang bernikah disebabkan agama..penceraian yang berlaku adalah lebih kecil berbanding mereka yang bernikah atas dasar nafsu semata-mata. Bahkan daripada penceraian tersebut pula adalah disebabkan kehadiran orang ketiga dan bukan atas dasar pasangan itu sendiri contohnya masuk campur ahli keluarga dan lain-lain.

Memang dalam Islam, penceraian itu adalah halal dan bercerai juga adalah salah satu jalan terbaik sekiranya sudah tiada persefahaman dalam hidup. Namun, ia adalah jalan terakhir. Setiap orang yang bernikah pasti ada impian untuk bersama-sama sampai bila-bila dan yang paling penting, cinta sampai ke syurga. Betul kan?

Sumai perlu menjadi imam..bukan sahaja di dalam solat, bahkan di luar solat. Imam juga bermaksud ketua, suami jadi tempat rujuk dan dia juga perlu pastikan isteri dan keluarganya tetap pada jalan Allah. Jika tiada ilmu agama, mana mungkin keluarga sakinah ini akan wujud? Isteri juga begitu, menjadi makmum. Perlu mengikut apa yang disuruh oleh suami selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Jika tiada agama, mana mungkin ia akan berlaku? 

Jika lelaki seorang yang kuat, dia boleh memilih wanita yang kurang agamanya untuk dijadikan isteri. Namun, janji Allah itu pasti. Jika inginkan pasangan beriman, kita mesti jadi orang yang beriman.


Surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 




Dalam kriteria pemilihan pasangan hidup, pastikan agama adalah yang paling penting malah melebihi syarat-syarat yang lain. InsyaAllah akan selamat hidup kita 




"Kerana agama, aku jatuh cinta"
(Atika Aula)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Tentang Aku


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum
Korang kenal saya ke?!

Tentang aku..dalam penulisan saya di blog ni, saya tak pernah gunakan kata ganti diri "aku" kan. Mana yang sedar dan selalu baca belog saya je la gaknye yang sedar.hehe. Saya lebih selesa cakap "saya" bila nak cakap dengan orang ramai. Kata ganti diri "aku" masih lagi guna, tapi dengan orang tertentu je. 

Bukan tu yang saya nak cerita sebenarnya..aku ke saya ke I ke ana ke. Ikut selesa masing-masing la kan.hehe. Saya cuma nak tau, korang kenal saya ke? Kalau kat fb, selalu orang tanya serba sedikit tentang diri saya. Saya jawab ikut mana yang berpatutan je la. Yang patut-patut je, nak letak gambar? Buat masa ni memang tak kan letak. Kenapa? Ada la sebab tertentu. Mana yang dah kenal, tau la muka saya macam mana. Saya biasa je, tak secantik wanita lain ;)

Kalau menulis, mesti tulis skema-skema pastu taip penuh-penuh. Nape ye? Saya suka macam ni, memang la nampak macam skema je kan, tapi kalau tulis full semua orang akan faham apa yang kita nak sampaikan. Saya menulis nak berkongsi dengan orang lain, kalau orang lain tak faham dan tak dapat nak baca, syok sendiri la tu namanye. Kan? 

Kalau status kat fb plak suke sangat tulis berfalsafah-falsafah. Orang falsafah ke pe ni? Haha..lawak le, saya memang suka berfalsafah walaupun bukan orang falsafah. Saya suka reka sendiri ayat-ayat ikut perasaan saya waktu tu atau pun ikut pengalaman atau ikut pembacaan. Kebanyakan ayat status tu rekaan sendiri. Nak copy? Copy la..bukan best sangat pun.hehe. 

Panjang berjela pula ye cakap pasal tu, kalau nak tau serba sedikit tentang diri saya, Boleh klik diriku dekat atas blog saya. (eh, konon artis la tu).huhu. Bukan pe, banyak yang tanya. Tengok situ je la ye. Saya student UKM dalam bidang pendidikan. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. InsyaAllah bakal habis tahun 2013. Sekarang tahun 3, jadi blogger part time je. Bila free, saya suka menulis, menulis something yang terlintas kat fikiran dan something yang saya rasa, saya perlu tulis walaupun tau tak ramai yang baca.hehe.


Rukun Islam ada berapa? kata Danbo kepada anak muridnya..hehe

Dari kecik memang minat nak jadi cikgu sebab suka tengok cikgu menulis kat papan hitam guna kapur. Macam best je (boleh plak camtu?).hehe. Alhamdulillah lagi sikit je cita-cita nak tercapai. Sebenarnya dah pernah mengajar kejap hampir setengah tahun dekat bekas sekolah rendah sendiri. Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa (SRAKJ). Waktu jadi ustazah kat situ, ustazah yang mengajar saya pun ada lagi dan masih mengajar lagi waktu tu. Cepat betul masa berjalan, dulu selalu kena ajar. Sekarang dah asyik nak mengajar orang je.hehe. 

Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup saya, Dia sentiasa melorongkan saya pada jalan yang betul. Dia sentiasa beri saya orang sekeliling yang dapat membantu dan menegur saya kalau saya silap. Mungkin ini rezeki saya, banyak perkara berlaku tanpa saya jangka. Bila fikir balik, banyak jugak keajaiban yang berlaku dalam hidup ni. Saya tak rancang, tapi jadi. Saya rancang lain, jadi lain. Kadang-kadang hikmah tu nampak sekejap je. 

Memang betul-betul bersyukur sangat-sangat. Saya tau Allah sentiasa berikan yang terbaik buat saya. Saya tak pernah putus doa mengharapkan Dia berikan yang terbaik buat saya dan keluarga. Pergantungan penuh saya terhadap Dia membuatkan saya rasa lebih selamat, terjamin dan saya redha setiap apa yang berlaku walaupun apa yang saya rancang tak menjadi. Bahkan Dia selalu beri yang lebih baik daripada apa yang saya rancang. Malu kepada Allah sebab Dia terlalu "baik" kepada diri saya yang hina ni. :(


Thank you Allah, thank you Allah, thank you Allah. 




Jangan pernah berhenti ucapkan syukur pada Allah. Banyak nikmat yang Dia beri kepada kita.

Doakan semua yang saya hajati tercapai ye..saya nak berjaya dunia akhirat. Saya tau semua orang nak macam tu. Semoga setiap tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Amanah utama : beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah Allah di muka bumi. InsyaAllah :)


P/s : Sekarang  isu guru degree susah nak posting, tapi dalam hati saya..saya sikit pun tak risau tentang tu. Saya sendiri tak pasti kenapa. Maybe sebab saya dah ada plan lain yang lebih baik untuk diri saya. Orang kata kalau plan A tak jadi, kita buat plan B pulak la kan. Sebenarnya selain mengajar, saya suka bisnes. Saya merancang, kalau tak jadi..saya tau Allah sediakan rancangan yang terbaik buat saya. Berbaik sangka pada Allah ~


.. Sekian ..

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula