Tiga Tetamu Misteri




بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi ke kebun yang berdekatan. Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang 3 orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, " Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman menunggu suami saya pulang?" Salah seorang daripada mereka berkata "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar." Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

" Saya kekayaan," kata lelaki pertama. "Saya kejayaan," kata lelaki kedua. "Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang akhir. Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, "Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk." "Jadi, kamu terpaksa memilih antara kami bertiga?" "Ya," jawab mereka. "Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah. "Kita pilih kekayaan," cadang isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini ." "Tidak" kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi. " "Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ibu dan ayah saling berkasih sayang dan menyayangi saya...."

Tiga Tetamu Misteri, Keluarga Bahagia, Happy Family, Keluarga Muslim, Solusi
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni. "Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah. "Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami memohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan minta." Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah, namun diiringi dengan kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga msuk ke rumah. "Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang beerti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan kemana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya." Mendengar yang demikian, suami, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!!

Pengajaran : Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali iaitu kaya harta dan kaya jiwa....


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula