بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Sekarang ni semua blogger sibuk cakap pasal blogger i frame ni kan..sape lagi yang tak tau? Saya pon tak tau nak beri istilah yang tepat tentang blogger i frame ni. Sebab tak ada dalam kamus dewan.hehe. Yang penting, blogger i frame ni, blogger yang mencuri traffik blog orang lain. Macam- macam kan..dulu tentang
auto blogwalking atau blogwalking palsu, sekarang ni tentang blogger i frame plak.
Saya pun dah terbaca ramai blogger yang tulis tentang blogger i frame ni, cara diorang nak curi traffik blog kita ialah dengan cara letak kod i frame di banner diorang. Bila kita letak banner tersebut di blog kita, secara automatiknya..pengunjung blog kita akan jadi pengunjung blog blogger tersebut. Lebih kurang macam tu la kan..bijak tak bijak tu? Senang je kan..sebab tu ramai blogger cakap, blogger i frame ni pencuri traffik blog orang lain.
Jom belajar matematik kejap, tak susah pun...
Contoh :
Jumlah pengunjung yang datang ke blog seseorang
Ali : 25
Baba : 30
Chong : 15
Blogger i frame : 25+30+15 = ???
Ni sebagai contoh je..ni baru 3 blog, tu pun jumlah pengunjung tak ramai. Kalau blog tu sehari pengunjung dia 1k, macam mana tu..untung la blogger i frame tu. Seperti mana yang kita tau, ramai blogger yang mendaftar bawah Nuffnang, Innity, Heart Beat dan mungkin ada syarikat pengiklanan yang lain untuk pendapatan sampingan. Jumlah duit serta kempen yang masuk ke dalam blog diorang berdasarkan jumlah Unique Visitors, kalau ramai pengunjung..duit pun banyak la jugak yang masuk. Dengan cara ni, mereka dapat la pendapatan sampingan yang saya rasa hampir kepada pendapatan sebenar. Saya ada terbaca di satu blog, blogger i frame tu dapat sampai RM900++. Cuba kawan-kawan bayangkan..satu jumlah yang banyak tu. Tak perlu kerja, duduk update blog je..tak update pun, duit masuk jugak.
Macam-macam la kan..kat alam maya ni pun ada pencuri, ada penipu dan sebagainya.
Kalau dah namanya manusia, kat mana-mana sama je..mesti ada je yang tak betul. Pendapat saya la, kalau nak cari duit tu biar lah cara yang halal. Tu je..selebihnya pikir sendiri..dan saya pun pernah mendaftar di bawah Nuffnang, tapi atas sebab-sebab tertentu,
saya sudah "remove" Nuffnang.
Kalau nak tau kod i frame tu...tengok kod yang kawan-kawan ambil di banner blog seseorang. Kodnya macam ni..
<iframe height="0" src="http://atikaahmadiah.blogspot.com/"width= "0">
Saya pun kurang pakar tentang kod i frame ni..tapi lebih kurang mcam ni kodnya, jadi sebelum nak ambil banner or apa-apa daripada blog orang lain, yang penting ada kod..cek dulu la. Kalau ada kod i frame ni, terpulang la kepada kawan-kawan.Kalau nak ambil juga, tiada suruhan atau paksaan. Yang penting, kawan-kawan dah tau kan...tapi, di banner dan award saya tak ada eh kod i frame tu. Jangan takut untuk ambil dan tampal di blog kawan-kawan eh. hehe..
Akhir sekali, saya nak nasihatkan lah supaya sentiasa berlaku jujur. Tak kisah la di mana-mana..di alam realiti ke, di alam maya ke..tak kira la. Jujur..jujur dan jujur!! Jadi lah manusia dan hamba Allah yang jujur.
~Sekian~
والسلام
Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini