WIR Campaign : Covering the chest is the best!!


بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum..WIR Campaign : Covering the chest is the best!! WIR? WIR means wear it right. Wear what? Wear your scarft for c0ver ur hair.  Kempen ini bertujuan mengajak kaum Hawa termasuk diri saya untuk memakai tudung, selendang, pashmina dan yang seumpamanya dengannya dengan pemakaian yang betul. 

Muslimah, Tudung Muslimah, Wanita Solehah, Perempuan, Aurat, Tutup Aurat, Cara Yang Betul Tutup Aurat, Labuhkan Tudung, Tudung Sopan


Kempen ini dianjurkan oleh Sue Anna Joe, saya juga turut menyokong kempen yang beliau anjurkan. Kempen seperti ini sangat baik dan bagus. Memandangkan sekarang ni berlakunya perkembangan fesyen yang semakin "pesat", kaum Hawa terutamanya akan terkena tempiasnya dahulu. Maklumlah..perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan shopping dan fesyen. Berfesyen itu tidak salah dan Islam tidak pernah mengharamkan umatnya berfesyen. Akan tetapi, akan menjadi salah apabila berfesyen sehingga melanggar batas-batas dan cara pemakaian yang telah di beri "garis panduan" oleh Islam itu sendiri. 

Seperti mana yang kita ketahui dan kita pelajari, aurat wanita itu merangkumi seluruh tubuhnya melainkan muka dan kedua belah tapak tangan sahaja. Oleh itu..selain daripada anggota yang tadi, ia merupakan aurat. Apa itu aurat?? Aurat ialah anggota badan yang tidak boleh di lihat atau di zahirkan kepada orang yang bukan mahram kita. Hal ini bermaksud..bagi kaum Hawa, pemakaian yang sempurna itu wajib. Bukan sekadar menutup, bahkan tidak ketat seperti "sarung nangka".

Begitu juga..selain daripada perkembangan baju, tudung p0n ada juga fesyennya. Sekarang ni macam-macam jenis tudung ada kan..tudung syiria, pashmina, selendang dan lain-lain. Kadang kala tudung yang dijual tu juga begitu pendek dan tidak menutup bahagian dada bila memakainya. Tujuan kita pakai tudung, bukan sahaja untuk menutup rambut..bahkan, kita perlu juga menutup "perhiasan" yang lain nya. Ada juga yang berpendapat, jika kita tidak mengikuti arus fesyen semasa..orang itu ketinggalan zaman dan tidak "up to date". 

Bagi saya..tidak. Orang yang berfikiran seperti itu ialah orang yang mempunyai minda yang tertutup.Sebab apa saya berpendapat macam tu, sebabnya ialah menutup aurat itu yang utama dan bukannya fesyen itu menjadi keutamaan. Kita perlu fikir kembali apakah tujuan asal kita memakai tudung..tujuannya ialah untuk menutup "perhiasan" (rambut dan dada) yang kita miliki. Kalau tudung yang kita pakai itu pendek dan tidak menepati ciri--ciri yang sepatutnya, sama jua kita tidak menutup aurat..memakai tudung sekadar berfesyen semata-mata. Tidak perlu terlalu taksub dengan fesyen..kerana kadang kala kita akan terlupa tujuan asal kita memakainya. 

Bukan sahaja kita perlu memperbaiki cara pemakaian kita..tapi, yang paling penting ialah dalaman, iaitu rohani. Dua-dua kita kena "upgrade" kan. Betul tak?? Semoga kita sama-sama menjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya..sentiasa cuba untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mafhumnya : "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya "..pernah dengar kan maksud ayat ni. Jadi, pucuk pangkalnya diri kita sendiri..nak berubah ke, tak nak berubah ke..semua terletak pada diri kita. 

~Kadang kala perkara yang kita anggap remeh itu menyebabkan diri kita akan sentiasa dan berterusan melakukan "dosa-dosa" yang tanpa kita sedari boleh membawa mudharat pada diri kita~

Kalau kita nak berubah..jangan tunggu es0k, mulakan dari sekarang.

Maaf jika terkasar bahasa ye..ilmu untuk dikongsi, jika salah tolong betul kan. http://www.emocutez.com 


Entri berkaitan : Cover y0ur Aurat 
                       : Mahram


والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula