Impian, Pengalaman & Realiti


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum

Rindu..rindu nak menulis. Rindu nak mencoret kat blog Salam Ukhuwah ni. Kali ni post tentang ape? Mungkin sekadar coretan je. Mana yang baik, ambil. Mana yang tak baik, buang la jauh-jauh.

Saya dah lama tak menulis..dah tak aktif macam dulu. Sibuk? Boleh tahan..maklumlah tahun akhir (insyaAllah tahun depan grad) tinggal satu sem je praktikal di sekolah. Semoga Allah permudahkan urusan saya. Amin. Biasa la tahun akhir, tesis, esaimen lagi, sekarang saya dah start bisnes..dengan bisnes lagi. Baru kecil-kecilan. Ini pun untuk masa depan jugak..insyaAllah :)


Bila diri ni makin besar..macam-macam pengalaman ada. Kadang-kadang saya suka mencuba. Sebab bagi saya, kalau tak cuba..tak tau kan. So, saya akan cuba (perkara yang saya minat je la). Yang penting, ada manfaat. Banyak sebenarnya impian saya..tapi tak perlu la cerita di sini. Biar saya dan seseorang je yang tau. hehe.

Bila dah lama terjadi, pengalaman pahit akan jadi manis ^__^

Alhamdulillah..bila dah besar, satu persatu yang saya impikan tercapai. Lagi puas hati bila kita lakukan dan dengan hasil usaha sendiri (walaupun mungkin juga ada kaitan berkat doa mak dan lain-lain). Contohnya, cita-cita dari kecik..nak jadi cikgu. Sekarang memang dalam jurusan pendidikan dan bakal jadi cikgu akan datang. Kecik-kecik dulu suka main jual-jual. Alhamdulillah dah ada bisnes sendiri walaupun kecik.


Satu persatu saya dapat rasakan Allah beri pada saya..mungkin dulu waktu saya minta, tak dapat..tapi Allah beri sekarang. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri ini.



Setiap apa yang saya buat, itu adalah pengalaman. Untuk masa depan, saya ada beberapa pilihan untuk saya buat, sama ada pilih salah satu atau jadi semua. Bisnes, jadi cikgu, jadi surirumah. Biarlah masa yang menentukan. hoho


Doa mak paling penting dalam hidup saya..selain daripada usaha, saya selalu mohon mak doakan kejayaan saya dunia & akhirat. Walau apa pun yang terjadi, saya redha sebab saya tau Allah akan beri yang terbaik buat saya. Terima kasih Allah ! 


P/s : Kejayaan, kekayaan, kemuliaan itu semua ujian..tapi jangan pernah lupa. Kemiskinan, kegagalan juga satu ujian. Hakikatnya hidup ini satu ujian. Ucap kan lah alhamdulillah walau apa pun yang terjadi. Mari senyum :)
Senyum selalu macam bunga ni tau !

Jangan lupa like page online shop kami : Kedai Online Atika Aula (ada contest sekarang ni)


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Jom Join Giveaway Salam Ukhuwah !


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Jom join giveaway Salam Ukhuwah !

Syarat -syarat untuk join :
1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Lelaki dan Perempuan
3. Tiada had umur

Cara nak join : 
1. Follow blog dan like page berikut (jujur ye ^__^)


Due date : 21/10/2012 


Maklumat lanjut : Sila ke page Salam Ukhuwah 

Dah tamat ! Keputusan di page. Sebenarnya GA ni GA di fb, bukan di blog. Saya buat entri hanya untuk war-warkan sahaja :) Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang sudi buat entri. InsyaAllah akan datang saya buat GA di blog, jika tiada apa yang menghalang ye ^__^


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Berubah dan ABC


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Apa kaitan antara berubah dengan ABC ? Siapa dapat jawab dengan betul saya bagi seratus ringgit (sila jangan percaya.hehe)

Setiap hari, kita pasti inginkan yang terbaik dalam hidup. Kita nak jadi lebih baik daripada sebelumnya. Itu maksudnya kita kena lalui satu proses perubahan dan maksudnya juga kita kena berubah ! Eh, mudah sangat ke nak berubah ni. Nak pasang azam memang mudah, nak praktik kan tak semudah azam yang dibuat.

Andai kata ia hadir daripada hati kita sendiri, tak jadi masalah. Proses berubah itu akan jadi lebih mudah berbanding kita berubah disuruh oleh orang lain. Setuju ? Saya setuju. Bukan mudah nak berubah dan berubah tak semudah menyebut ABC. Ok, dah ada jawapannya. 

Yela..kita tak sempurna. Niat nak jadi lebih baik sentiasa ada tapi kadang-kadang masih tak ada kekuatan untuk berubah. Bila ada yang menegur supaya kita berubah, alhamdulillah. Tapi, kita juga berharap orang yang menegur tu dapat memahami diri bahawa bukan mudah untuk berubah secara drastik.




Walaupun tak dapat nak nafikan apa yang dikatakannya benar dan baik buat diri. Tapi, kita bukannya ultraman yang boleh berubah secara tiba-tiba. Kan ? 


Copy paste daripada page Salam Ukhuwah 

Ada orang kata.."nak berubah, tak boleh nak sikit-sikit, kena berubah terus menjadi "sempurna" sebab mati bila-bila masa". Ya..betul, mati tak diduga oleh sesiapa, tapi nak berubah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia sangat sukar, nak menukar penampilan mahupun tabiat yang sekian lama kita amalkan..tiba-tiba nak bertukar kepada yang lain. Susah kan?

Kepada kaum lelaki yang tidak memahami peruba
han wanita "dari tidak bertudung --> bertudung singkat --> bertudung labuh" , tidak perlu berkata membuta tuli. Hakikatnya seseorang lelaki contohnya yang dah biasa merokok, boleh ke sekelip mata meninggalkan rokok tu? Tentu susah kan..

Bukan statement bias kepada mana-mana jantina, tetapi fahamilah bahawa "berubah itu tidak mudah". Sekiranya seseorang itu timbul kesedaran untuk berubah..itu sudah satu perkara yang sangat baik.

Jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada mereka yang ingin mengubah dirinya menjadi lebih baik, mungkin suatu hari nanti..dia lebih "alim" berbanding kita.

Yang paling penting ialah pengakhiran hidup seseorang manusia..jadi tidak perlu sentiasa memandang rendah kepada orang lain. Bantu mereka, sokong mereka yang ingin berubah..tunjukkan jalan dan contoh tauladan yang baik.

Ramai manusia yang mungkin sudah hilang sifat "empati" dalam diri. Empati ialah dapat merasakan apa yang orang lain rasa. Ramai yang hanya tahu menghukum tetapi tak ramai yang tahu membantu..

Mereka yang ingin berubah..masih terkapai-kapai mencari arah dan jalan yang lurus, akibat daripada manusia yang tiada empati dalam diri..menyebabkan niat mereka untuk menjadi yang lebih baik "terbantut". Salah siapa?

"Kepada yang ingin berubah..carilah seseorang yang dapat memahami, menyokong, membantu diri mu."
Teruskan BERUBAH !! 

Saya juga pernah merasakan "perubahan" dalam diri dan selagi hidup..selagi itu kita perlu berubah ke arah yang lebih baik :)




P/s : Kesimpulannya, berubah tak semudah ABC. Tapi kalau budak baru belajar ABC camne pulak? kan susah, jadi berubah sama dengan ABC la?! haha. Budak-budak suci, entri ni untuk mereka yang dah kenal erti hidup. :p


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Nasihat itu


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Selalu dengar nasihat daripada orang lain?

Tak kira lah cara apa sekali pun, selalunya bila ada orang bagi nasihat dekat kita. Rasa macam tak dapat nak terima, pedih dan berasap je telinga dengar kan. Normal la tu, biasa kita akan menganggap diri kita sentiasa betul. Sesetengah orang, dia akan cuba memberi nasihat kepada orang lain dengan cara yang lembut. Setengah yang lain, dengan cara yang kasar. Ada juga yang suka bergurau, ada yang cara menyindir atau perli, dan ada juga dengan cara yang tegas.




Kalau kita lihat balik arahan Allah dalam surah an-Nahl (16:125), ada arahan supaya memberi nasihat secara berhikmah. Tafsiran hikmah terkandung banyak makna. Ada yang mentafsirkan sebagai lemah lembut, ada yang mentafsirkan mengikut keadaan. Yang penting, kekreatifan pendakwah untuk mengajak orang lain supaya mereka dapat ikut sama. Macam peribahasa melayu "umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak" betul kan kalau salah :)


Apa pun caranya, ia tetap sangat sukar untuk diterima bila kita sentiasa merasakan hanya diri kita yang betul.




Hakikatnnya, orang yang paling banyak memberi nasihat kepada kita ialah EMAK kita sendiri, kalau kat sekolah pulak, CIKGU perempuan. Ayah atau guru lelaki bukan tak banyak bagi nasihat, ada juga..tapi biasanya yang paling kerap ialah perempuan. 


Biasanya lelaki akan cakap orang perempuan ni suka membebel, suami cakap, anak-anak cakap. Tapi sebenarnya mak kita tu bukan membebel tak tentu pasal, bebelan nya ada isi. Punca utama " membebel " tu pun sebab nak mengingatkan dan nak mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku kat orang yang dia sayang. Kalau dah jadi, kan susah. Bebelan tu tanda sayang. Betul ~

Apa-apa pun, sepatutnya kita ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi nasihat sebab awak dah bagi satu hadiah berharga dekat diri ini. Kalau boleh, biarlah secara berhikmah ye kerana kita semua ada hati dan perasaan  ^^,


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula