Giveaway Raya untuk Semua dari Atika Aula


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Ni merupakan kali pertama saya anjurkan giveaway. Puasa tahun lepas, saya buat contest. Alhamdulillah, puasa kali ni saya nak buat satu giveaway.


Banner giveaway :)


Nak join ? Jom tengok syarat-syaratnya :

  • Mesti ada blog
  • Rakyat Malaysia dan berada di Malaysia
  • Lelaki dan perempuan dibenarkan
  • Umur tiada had


Mesti buat satu entri tentang giveaway ni. Syarat entri tu :



Hadiahnya pula ialah :


1 tudung akel 60' yang bernilai RM 30 setiap satu x 4 pemenang utama.

Warna tak semestinya seperti yang terdapat dalam gambar

Topup RM 5 x 4 pemenang

Blog review selama 2 hari x 5 pemenang



Tarikh tutup giveaway :

10 Ogos 2012 (Jumaat) sampai jam 12 malam


Giveaway akan terbatal sekiranya penyertaan kurang daripada 30 orang. 
Ok, selamat berpuasa semua :)


Senarai Peserta GA 

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Hangat-hangat tahi ayam


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Kenapa tiba-tiba saya buat tajuk entri macam ni ? Sebab saya rasa peribahasa ni sangat sinonim dengan diri kita. Mungkin saya la, bukan korang yang membaca.hehe.



Maksud peribahasa tu : 
Seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh pada mulanya sahaja tetapi dia akan meninggalkannya apabila terasa susah.


Kita selalu pada mulanya, bersemangat nak buat sesuatu. Selalu berazam untuk buat yang terbaik, tapi bila dah lama-lama. Hilang macam tu je. Tak kira la buat apa sekali pun kan. Antara situasi-situasi yang kita selalu bersemangat nak berubah dan tanamkan macam-macam azam yang kita nak buat. 



Situasi 1 #
Bila waktu nak exam, sebelum exam bersemangat nak study dan buat yang terbaik. Tapi, usahanya tak sama dengan apa yang diazamkan.


Situasi 2 #
Bila tahun baru masihi, semua orang akan tanya apa azam korang. Masing-masing ada azam nak buat pada tahun yang akan datang. Tapi, selalunya azam tu akan dibawa ke tahun-tahun yang akan datang sebab tak buat pada tahun tu.


Situasi 3 #
Bila ma'al hijrah..dah nama pun hijrah. Masing-masing la berazam nak berubah jadi baik. Ada yang terlaksana dan ada yang tak terlaksana.


Situasi 4 #
Bila datangnya bulan Ramadhan, semua berazam akan buat yang terbaik pada Ramadhan kali ni. Biasanya terlaksana, tapi awal-awal Ramadhan je. Bila dah nak dekat raya..surau dan masjid dah mula sedikit. Kan?


Berazam tu baik, tapi perlulah disertakan dengan semangat berkobar-kobar untuk melaksanakannya dan juga berusaha supaya terlaksana apa yang diazamkan tu.  Biar sikit, yang penting istiqamah. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya kan, itu lebih baik berbanding mereka yang langsung tiada usaha untuk berubah.


Jom layan video ni jap, untuk mengingatkan mana-mana yang lupa :)




Sori la tajuk kali ni agak tak sedap sikit, walaupun tak sedap..tapi, membawa maksud yang mendalam kan. Kesimpulannya, jangan jadi macam hangat-hangat tahi ayam !!

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Menutup dengan sempurna


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


" dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."


(Surah an-Nur ayat 31 )


Seperti mana yang kita ketahui, ayat di atas merupakan ayat suruhan kepada semua wanita Islam supaya menutup bahgian-bahagian tertentu daripada pandangan yang bukan muhrim baginya, dalam erti kata lain menutup aurat dengan cara menutup bahagian yang telah ditetapkan. Cuba baca ayat yang dah di bold kan tu. Tapi kalau dilihat balik zaman sekarang ni, rata-rata fesyen tudung dah tak menepati tuntutan dalam ayat di atas. 

Banyak juga pengeluar tudung mula mencipta tudung yang kecil je untuk si pemakai yang saya rasa sesuai dipakai untuk budak tadika. Tudungnya tak menutup dada, ada juga agak labuh tetapi kain nya jarang dan menampakkan leher, ada yang pakai tetapi melekat pada badan dan macam-macam lagi.

Mungkin ramai yang tak faham maksud menutup dan juga membalut. Ok, kita tengok gambar di bawah ni. Apa beza menutup dengan membalut. 

menutup aurat dengan sempurna


Kalau menutup..benda yang hendak ditutup tu orang tak akan tahu apa dia ataupun besar mana benda tu. 
Kalau membalut..orang masih dapat tahu apa benda yang dibalut dan dapat tahu saiz benda tu.
Ini lah perumpamaannya.

Memang la kita wajib tutup aurat, kenapa pula nak diperbesar-besarkan soal tudung kan. Tapi, menutup kepala tu pun sebahagian daripada aurat juga kan. Betul tak. Sebab tu boleh juga jadi isu untuk diperkatakan dan dibicarakan . Sebagai seorang wanita Islam yang mengaku dirinya muslimah, kita perlu bijak untuk memilih tudung dan memperagakannya. Yela, zaman sekarang ni dah ada pelbagai fesyen tudung yang dijual. Ada pelbagai jenis kain, saiz dan sebagainya. Kena bijak memilih supaya tidak lari daripada matlamat utama iaitu menutup aurat dan bukan sekadar berfesyen sahaja. 

Biarlah kita berbeza daripada mereka yang tidak menutup kepala. Ini tidak, tutup dengan tak tutup..sama je, Orang dapat lihat apa yang ada di sebalik tudung tu. Saya juga dalam proses berubah dan semoga beristiqamah dalam perubahan bertudung besar




Jangan pula kita dilihat semakin bertudung, semakin seksi pula. Sepatutnya, bila bertudung dan ditambah lagi dengan menutup semua anggota badang dengan baju yang labuh dan longgar, dapat memelihara diri kita daripada mereka yang berniat jahat. Tapi, lain pula yang jadi. Semoga tak jadi begitu kepada kita semua. 


InsyaAllah..semoga Ramadhan kali ini membawa satu makna yang besar dalam diri kita, kita mula berubah kepada yang lebih baik. Daripada bertudung pendek dan kecik kepada bertudung besar dan labuh. Alhamdulillah, saya akan mula menjual tudung bidang 60 jenama Akel dan Rozello secara online. Bagi saya, walaupun jenis tudung ni kurang mendapat tempat dalam kalangan wanita Islam pada masa sekarang sebab dah banyak muncul pelbagai jenis dan fesyen "tudung ekspress" tapi, saya rasa jenis tudung ni lebih menepati syariat meskipun ramai yang kata "labuh sangat", "lambat nak siap kalau pakai tudung ni", "nampak tua", "tak bergaya", "ustazah" dan lain-lain. Saya jadikan itu sebagai satu cabaran :)

Kalau mana yang berminat, boleh order pada saya di sini :


Akan ada stok terbaru "tone warna". InsyaAllah ~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Ledakan Facebook : Antara Pahala dan Dosa


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


Dah hampir setengah bulan tak update..ok, kali ni saya nak kongsikan dengan korang semua tentang satu buku. Rata-rata semua orang dah ada akaun fb kan..termasuk lah budak-budak yang masih bersekolah. Dah macam satu perkara "wajib" pulak bagi orang Malaysia. Blog pun tak kurang hebatnya..budak-budak pun dah pandai buat blog sendiri.

Kalau kita tengok, budak-budak bawah umur yang ada blog dan akaun fb..kebanyakannya menggunakan laman sosial ni untuk luahkan perasaan, upload gambar-gambar posing, dan luangkan lebih banyak masa dengan kawan-kawan di fb dan blog. 

Bagi perempuan pula..ramai yang upload gambar-gambar yang pelbagai aksi tanpa segan silu. Lagi-lagi yang menggelarkan diri mereka "muslimah". Bagi saya, buku ni serba sedikit dapat membantu kita dalam menjaga diri dan juga sebagai satu garis panduan bila kita memasuki laman sosial.




Tajuk : Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa

Harga : RM 18 

Antara isi kandungan buku ini :

1. Hukum Facebook dan Blog
2. Dosa-dosa dan Facebook
3. Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri
4. Panduan berblog dan facebook
5. Fenomena puji, ampu dan bodek di facebook.

dan lain-lain..


Jom beli buku ni..manfaatkan laman sosial dengan sebaik-baiknya. Jadikan laman sosial untuk buat pahala bukan dosa. 


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula