Kem Motivasi


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Lama tak saya menghilangkan diri? Sebenarnya tak hilang pun, cuma blog je yang tak update. Sekarang ni saya menulis lebih kepada cerita-cerita hidup saya kan? saya tak paksa pun untuk orang lain baca, tapi saya akan pastikan walaupun saya tulis tentang diri sendiri..saya nak orang lain ambil sesuatu yang baik je dari kisah hidup saya. Tapi tak terlalu personal, saya akan tulis dan kongsikan dengan semua hal-hal yang tak terlalu privacy je :)

Ok, apa yang saya nak kongsikan kali ni ialah aktiviti yang saya buat sebelum cuti raya Aidiadha..pada 28.10 hingga 30.10 saya n kawan-kawan lebih kurang 15 ada satu program motivasi untuk pelajar tingkatan 3 dekat Perak. Program tu sebenarnya saya jadi fasi jemputan je..tapi, memang seronok. Nama program tu Kem Personaliti Sukses untuk pelajar form 3 Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar Perak. Banyak pengalaman yang saya dapat kat sana bila join program kumpulan lain..

Kat Salak North Camp, Kuala Kangsar..
Selang beberapa hari lepas tu, 2 hingga 3.11 buat program motivasi dekat Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Shah Alam pulak sama juga untuk pelajar form 3. Nama program ni Kem Remaja Rabbani. Best jugak, tapi masa kejap je..macam tak puas lagi. Kali ni jadi fasi n urusetia sekali. Program kumpulan sendiri la katakan..

Kat SAMTTAJ, Shah Alam..

Sebenarnya program ni saya n kawan-kawan anjurkan untuk penuhi syarat kursus Tassawwur Islam dalam Pendidikan, tapi walau macam mana pun..pengalaman tu yang paling penting bagi saya. Tak kira la sebab apa pun, yang penting..saya dapat pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila.

Pengalaman mengajar saya erti kehidupan
Pengalaman membuatkan diri saya jadi lebih kuat
Pengalaman merupakan guru yang terbaik
Pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit 
~~~~~~~~~~~


Oh Adikku
Kaulah kekasih hati dan juga penawar di hatiku
Oh Adikku
Kau buat kami merindu selalu
Walau di mana kau kini
Tiada yang sehebatmu kau pertama
Oh Adikku
Kami sayang padamu
......
(Lagu daripada fasi untuk adik-adik fasi ^^,)


P/s : Muka mesti blur kan..insan biasa je ~


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula