Tunjuk Menunjuk


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Ni situasi yang biasa berlaku bila hari raya..ni bukan kes tunjuk menunjuk nak beli kuih raya ye. Ni tak salah, yang salahnya bila tunjuk menunjuk benda lain. 

Agaknya dah jadi satu tabiat orang Melayu Islam suka berbelanja terutamanya bila raya. Yela..waktu raya la waktu kita semua dapat berkumpul dengan semua saudara. Waktu tu jugak la sangat sesuai untuk kita tunjukkan "perkembangan" diri. Eh..bukan macam tu sebenarnya. Tak baik.

Bila nak raya, semua nak ditukar semua nak beli baru. Walhal gaji tak seberapa..bak kata pepatah " ukur baju dibadan sendiri " je la. Kenapa sanggup berhutang untuk menunjuk-nunjuk? Kalau betul mampu, tak apa..ini yang kurang mampu pun nak berlagak macam orang yang mampu. Apa lah yang nak ditunjukkan sangat..semua tu Allah punya, kita hanya meminjam sebentar je. Berpada-pada dengan apa yang ada dan besederhana tu lebih baik.


Menunjuk-nunjuk ni sesuai la dikatakan riya'. Masing-masing nanti nak mempamerkan kereta baru, perabut baru, baju baru, isteri baru or suami baru (ade ke? :p) Walaupun tak dilafazkan niat nya yang kurang baik tu, dia tetap dikatakan sebagai 'ujub. Seolah-olah macam nak bertanding la pulak. 



Semoga kita terhindar daripada sifat-sifat yang tak elok ni. 



P/s : Semua yang ada hak Allah, jangan pernah lupa. Allah boleh ambil semula bila-bila masa dalam sekelip mata je. Apa guna nak riya' atau 'ujub dengan orang lain. Muhasabah diri kejap. Apa guna menunjuk-nunjuk kalau hutang menggunung tinggi. hihi ( eh..betul la kan )


Taqabbalallahu minna wa minkum
Kullu 'am wa antum bi khair


 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kad Raya : Zaman Dah Berubah


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Masih ingat lagi kenangan masa kecik, bila tiba bulan puasa..mesti berlumba-lumba dengan akak nak kumpul kad raya. Nak tengok kad raya siapa paling banyak. Lepas tu, posmen selalu la menyinggah rumah. Seronok betul masa tu.hehe. Bila malam raya, pergi tampal kad-kad raya tu dekat dinding rumah. Macam bangga la bila orang datang dan baca..

Lebih kurang macam ni le ha ~

Semua tu dah jadi kenangan la..masa dah berlalu, tradisi tu seakan dah dilupakan sekarang. Budak-budak sekarang pun dah tak berapa nak pandang kad raya ni ha. Kesian dia..hehe. Bila waktu nak pilih kad raya, mesti cari kad yang lawak-lawak sikit dialognya..beli bukan satu pek je, berpek-pek lagi. Kecewa bila orang yang kita hantar kad tu tak balas. Bila fikir balik sekarang ni, macam kelakar je semua tu.

Ingatkan sekarang ni dah tak dapat kad raya..rupanya anak buah bagi pulak. Yela..bagus jugak tu, disamping tu dapat mengasah kemahiran mengeja dan kreativiti masing-masing :p


Kad Raya Pertama :



Kad raya ni daripada anak buah darjah dua..tengok la, siap berbunga-bunga lagi ayatnye tu. Layan je la ~


Kad Raya Kedua :


Ok..yang ni pula daripada anak sedara darjah 1. Beza kan lelaki dan perempuan, kad raya dari lelaki simple je. Yang perempuan pulak, berbunga sana sini, warna warni sana sini. Dah memang fitrah sebegitu :)


Kalau difikirkan balik kan..orang sekarang dah tak nak bagi kad raya atas sebab-sebab tertentu. Contohnya kecanggihan teknologi (bagi kad raya online je), takde masa nak tulis-tulis (semakin sibuk), setem dah semakin mahal (betul3) dan lain-lain sebab. 

Kalau betul pun korang nak kad raya, kalau ada orang tag kad raya kat fb ke, bagi kat email ke, blog ke..korang print je la sendiri.hehe.

Akhir kata..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah menerima amalan kita semua.
Taqabbalallahu minna wa minkum, Amin ~




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula