Home » » Kelebihan Ber"blogging"

Kelebihan Ber"blogging"


بسم الله الرحمن الرحيم


Wordpress, Logo Wordpress, Blog, Wordpress ButtonBlogspot, Blog, Blog Button, Button Blog

Assalamualaikum

Sekarang ni ramai yang dah mula miliki website sendiri kan..setiap orang buka website atas sebab yang tersendiri, yang penting mesti ada sebab cuma setiap orang berbeza sebab dan alasan kenapa memiliki website. Cara yang paling mudah untuk ada laman web sendiri ialah dengan cara buat blog, daftar di bawah blogspot atau wordpress atau perkhidmatan yang lain. Tapi yang paling popular ialah Blogspot dan Wordpress memandangkan ianya percuma dan tak perlu dibayar kecuali yang ada domain sendiri. 

Ramai kan yang dah ada blog, agak-agak blogger paling muda umur berapa tahun ye? Maybe sekolah rendah, tapi tak pasti la berapa tahun. Bagi saya, berblogging mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri kepada pemilik blog berbanding dengan laman sosial seperti FB. Nak tau? Jom baca apa kelebihan berblogging ni, tapi ini merupakan pendapat saya secara peribadi ye..


  • Tambah ilmu pengetahuan
Bila berblogging semestinya nak blogwalking kan atau singkatannya BW, bila blogwalking..mesti la kita akan ziarah banyak blog blogger lain. Secara tak langsung kita juga dapat baca pelbagai cerita, kisah, informasi terbaru yang ada ditulis pada blog orang lain. Macam-macam perkara kan? Yang pasti, cerita yang ada di blog lebih laju daripada berita di surat khabar/majalah/ tv dan lain-lain. Betul tak?


  • Semakin rajin untuk mengkaji/ "explore"
Sebelum saya jadi seorang blogger tegar, saya jarang google untuk cari maklumat-maklumat terbaru, maklumat terkini dan sebagainya. Tapi, bila dah jadi seorang blogger tegar, saya semakin rajin untuk cari bahan tambahan lain sebelum saya hasilkan sebuah entri terutamanya entri yang berkaitan dengan agama. Saya banyak membaca artikel, pendapat dan pandangan orang lain tentang sesuatu perkara. 

  • Menjadi seorang yang kreatif

Setiap blogger mesti nak memiliki laman web atau blog yang terbaik kan? Jadi, mesti explore dan cuba macam-macam untuk menjadikan blog lebih mesra pengguna, lebih cantik, lebih ringan dan sebagainya. Dulu saya langsung tak mahir bab-bab coding blog ni terutamanya dibahagian HTML, sekarang alhamdulillah saya dah boleh ubah-ubah kod tu sendiri. Kiranya dapat lah juga adjust tanpa meminta bantuan orang lain.

  • Wujudnya semangat bersaing secara sihat
Setiap blogger pasti akan rasa untuk menjadikan blog masing-masing blog yang terbaik, nak dapat ranking yang terbaik, nak dapat trafik yang tinggi, nak dapat income lebih dan lain-lain. Tapi, saya tak nafikan juga masih ada yang tidak bersaing secara sihat dalam dunia blog ni contohnya Blogwalking Palsu, Blogger IFrame.

  • Menanam minat suka menulis dan mengarang
Perkara ni memang saya setuju sangat-sangat, memang saya akui bila saya dah jadi blogger, saya akan cuba hasilkan penulisan yang terbaik. Saya akan cuba menulis tanpa menggunakan "shotform" atau tulisan SMS sebab salah satu tips untuk menarik pembaca ialah menulis tanpa shortform dan bahasa yang kita gunakan mudah, ringkas dan padat. Sememangnya setiap orang yang bergelar blogger akan menulis atau menaip, bukan beberapa perkataan tapi hampir seperti sebuah karangan. Berbeza dengan di laman sosial seperti FB.

  • Dapat kenalan baru
Biasanya kalau kat laman sosial seperti FB, kita tak kan mudah untuk approve seseorang sebagai "friend" kan sebab orang boleh menyamar apatah lagi untuk berjumpa kat luar. Mungkin ada yang betul-betul jujur tapi kebiasannya penipu. Tapi, dalam dunia blogging berbeza pula kan. Sampai ada yang buat perjumpaan lagi, mungkin sebab melalui blog kita dapat menilai dan mengagak persoanaliti seseorang. Dari gaya penulisan, gaya cerita yang disampaikan dan lain-lain. 

  • Diri menjadi lebih matang
Perkara ni juga saya memang dapat rasa sangat kesannya..betul, diri saya agak berbeza dengan yang dulu. Mungkin sebab bila nak tulis sesuatu entri, saya rujuk dulu mana-mana sumber sama ada buku atau internet dan secara tak langsung saya pun belajar dan mengingatkan semula ilmu yang telah lama saya tinggalkan. Bila nak tulis sesuatu entri tu perlu berhati-hati dan pastikan tulis dengan betul sekiranya ia melibatkan ayat AQ, Hadith ataupun fakta.


Setiap blogger mesti ada pengalaman sendiri kan? Mungkin juga setiap orang berbeza-beza, tapi secara jujurnya inilah pengalaman atau sedikit perkongsian daripada saya. 


P/s : Tujuan berblogging yang berbeza-beza, agak-agak betul ke statistik ni? :)

Statistic Blog, Sebab Ada Blog, Blog, Blogging, Why You Blogging



 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

9 luahan hati:

asnizaziz said...

setiap org ade tujuan sendiri utk berblog..kalo dlu sy cuma suka2 je, tp skrg da fhm ade tujuan yg lebih jelas lagi :))

Izzati Nur said...

btul3x ap yg dktakan[baca mcm ipin]

tp msih xpndai nk adjust coding sgl bagai tu ^__^

Allah,ramai ea blogging 4 money..?
hmm,msg2 ad reason sdri :)

Anonymous said...

salam.

alhamdulillah..pc setuju dengan atika..lebih kurang sama pengalaman kita.dan yang paling pc suka ialah berblogging mematangkan pc dari segi pemikiran dan perwatakan. alhamdulillah. pc baru saja menjadi blogger tegar 2 bulan lalu walaupun sudah 3tahun berblog;)ada banyak impact dalam diri.tujuan sudah jelas.

syu said...

saya memang suke blogwalking, sebab saya minat membaca :)

Anonymous said...

perrgh,money paling tinggi.hehehe..budak sekolah rendah yang cheqwa jumpa ada blog adalah berumur 11 tahun yakni kezen sendiri..ngeee ^_^
betul! berpekdah gak la bebrblog nih :D

Mila Ahmad said...

betul setuju sgt!

adiba ramli said...

nice entry la kakak :)

btw, the bloggers have their own reasons to blogging.
sy magaku sy jugak semkin matang. :)

ahmad said...

yup .. blog is fun !


http://encikrudymenuliss.blogspot.com/2011/09/sape-ade-tajuk-yang-sesuai-untitled.html

kalo rjin folow la ye .. ma`assalamah

Nurul Lyana Kz said...

sy suka blogging sbb dpt byk info terutama dalam agama. Bila kat U, tak ada bimbingan dlm agama, so melalui blog insyaAllah dapat perbaiki dan tambahkan mana2 yg kurang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula