Home » » Puan Isteri

Puan Isteri


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Lama tak update blog ni (ayat yang sama je kan?) :) Kekangan masa dan banyak lagi perkara yang "aula" perlu dibuat.

Alhamdulillah..cadangnya nak update lepas kenduri hari tu. Tapi tak sempat, dah sebulan lebih jadi isteri orang, baru berkesempatan buat entri baru. Akhir-akhir ni agak sibuk sebab sekarang semester akhir praktikal di SMKA SHAMS, Negeri Sembilan. Encik Suami kat Selangor, Puan Isteri kat negeri orang.

InsyaAllah semoga Allah permudahkan segala-galanya. Diam tak diam, dah sebulan nikah. Dulu rasanya baru je berkenalan dengan encik suami. Lebih kurang 6 tahun yang lalu. Pejam celik pejam celik..dah nikah pun. Macam-macam rintangan, dugaan, perkara senang, perkara sedih yang dilalui sama-sama.


Terima kasih sebab sudi jadi pasangan hidup saya dan ayah kepada anak-anak saya (insyaAllah) ;)

Panjang juga jodoh kami, harapannya semoga cinta yang terbina ni kekal hingga ke syurga ^_^

Ok la, tak nak taip banyak-banyak. Kalau nak tengok gambar wedding kat Masjid Negeri, Shah Alam..boleh tengok kat page Aulaika. Tak semua gambar ada kat situ, sikit-sikit je.

Bye !

 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

6 luahan hati:

Aqil said...

Moga bahagia bersama suami tersayang..
Barakallahulakum. ;)

Nursha said...

blogwalking here..
daripada Arkitek Hati

Zahratunnur said...

tahniah atika..akak ni senior najmi..akak memang mengikuti blog atika..dan tutorial blog pun akak banyak belajar dari atika..terima kasih banyak bagi informasi yang berguna. Mabruk atas walimah yang telah berlangsung. Moga atika menjadi isteri yang terbaik pada mata suami dan ibu yang sangat disayangi oleh keluarga. InsyaALLAH...=)

Bunda_nora said...

assalam,
salam ukhuwah dari bunda..

semoga bahgia dan berkekalan hingga ke Jannah.. aamiin

Keri said...

SHAMS?? aiyoo.. dekat je tu :D

Unknown said...

assalamualaikum..suami orang mana ye?tengok gambar macam ada yang kenal..

singgah di sini, jemput dating ke http://ummuamar.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula