Home » , » Bertudung besar

Bertudung besar


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Perubahan diri..itu yang perlu. Satu penghijrahan dalam diri.
Saya dapat rasa diri saya berubah..
Nak berubah bukan suatu perkara mudah, tapi perlukan 1001 kekuatan. Betul kan? Orang yang berubah ialah orang yang hebat. Mereka dah tau pasti akan ada 1001 halangan dan dugaan yang menanti mereka di hadapan. Namun, apa yang menguatkan kita? Hanya lah berfikir bahawa Allah sentiasa ada bersama (^^,)


Kenangan lalu

Dulu, penampilan saya memang berbeza daripada sekarang. Saya bukan lah seorang yang pakai tudung besar, masih pakai tudung yang jarang, pendek. Bila keluar, tak pakai sarung kaki. Kesimpulannya : Hanya pakai tudung, tapi tak tutup aurat dengan sempurna. Mungkin waktu tu saya tak sedar, walaupun belajar di sekolah agama, mungkin kesedaran tu masih tak wujud dalam diri. (Semua tu kenangan lalu, saje nak share =.= ) 

Ada seorang kawan yang muncul dalam hidup saya, dia yang telah mengubah penampilan dan diri saya. Pada mulanya, saya susah nak terima. Lama-kelamaan..saya sedar dan makin sedar. Akhirnya saya berubah. Berubah bukan kerana dia tetapi saya ikhlaskan diri dan saya percaya bahawa semua ini adalah atas perintah Allah. 

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Semoga Allah memberkati hidupmu sentiasa :')



Hari ini

Ni bukan saya..ambil dari google je :)

Bukan nak mengaku diri lebih baik daripada orang lain dengan berpenampilan sedemikian rupa. Tapi, saya bersyukur kerana saya mampu berubah. Biarlah perubahan itu hanya sedikit, yang penting kita berubah dan biarlah kita mampu mempertahankan apa yang kita perjuangkan itu. Bukankah lebih baik kita berubah walaupun sedikit berbanding daripada tetap berada di takuk yang lama sahaja? Pastikan dalam hidup kita, setiap hari kita berubah menjadi yang lebih baik, jangan pernah berhenti kerana kita sentiasa perlu berubah!! Kuantiti bukan menjadi ukuran, apa yang penting ialah kualiti. Biar sikit, asalkan istiqamah. 

Kenapa mesti bertudung besar?!

Tudung kecil atau besar, bukan lah satu nilaian utama kepada diri seseorang. Tapi, kadang kala ia juga menjadi satu penilaian orang lain kepada diri kita (jangan pening baca ayat ni.hehe). Bukan tudung yang dinilai, tapi sejauh mana aurat itu ditutup. Mungkin ada sesetengah wanita, hanya dengan memakai tudung besar, auratnya akan tertutup dengan sempurna dan mungkin ada sesetengah yang hanya pakai tudung biasa je, aurat dah sempurna ditutup.

Analogi 

Saya pernah terbaca..pakai tudung besar dianalogikan dengan memakai seat-belt (tali pinggang keledar).


Kenapa kita kena pakai seat belt?
Peraturan jalan raya, kalau tak..kena denda.

Tak rimas ke?
Untuk keselamatan, kena la pakai.

Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak berdosa pun..
Boleh je..tapi untuk keselamatan, pakai la. Kalau tak pakai, tak dapat dosa.

Tak payah pakai, kita bawak kereta berhati-hati. Konfirm tak kan eksiden..
Boleh jamin ke, kita dah berhati-hati..tapi takut orang lain pula yang langgar kita. Kita sendiri tak dapat nak jangka, lain orang..lain ragamnya. 

Kalau pakai pun, eksiden mungkin boleh terjadi jugak kan? 
Memang la..tapi, sekurang-kurangnya tidak lah secedera kalau tak pakai.


Ayat rekaan sendiri, tapi isi nak disampaikan tu mungkin sama :) Mungkin ada yang dah dapat tangkap, mungkin ada yang belum. Ok, saya cuba jelaskan..



Kenapa kena pakai tudung besar? 
Salah satu saranan Allah dalam surah al-Ahzab (33:59)

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

melabuhkan pakaian termasuklah tudung juga kan..pakai yang labuh-labuh lagi baik.


Tak rimas ke?
Memang la kadang-kadang agak rimas, tapi untuk keselamatan. Lebih baik kita pakai. Lagipun, niatkan kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan..biar panas di dunia, jangan panas di akhirat. Tak sanggup.

Boleh kan kalau tak pakai? Sebab tak berdosa pun..
Yang penting ialah menutup aurat, namun digalakkan untuk melabuhkan pakaian.

Tak payah la pakai, tudung kecik pun tutup aurat. Orang lelaki pun tak kan ganggu..
Kita sendiri pun tak dapat nak jamin, tak dapat jangka. Tudung besar tu lebih kepada menjaga keselamatan diri sebab lebih banyak anggota atau bentuk tubuh badan yang ditutup. 

Kalau pakai tudung besar, konfirm ke tak kena ganggu dengan lelaki?
Pastikan tudung dan pakaian yang kita pakai, meskipun besar..tidak menjadi tarikan kepada kaum lelaki. Kita cuba sehabis baik untuk menjaga diri sebab kita tak tau apa yang bermain dalam fikiran lelaki yang ber"hidung belang" kat luar sana. Mungkin jika diganggu pun, tidak seteruk mereka yang tidak menutup anggota badannya dengan lebih sempurna. 



Mungkin dulu tudung singkat, sekarang dah jadi labuh. Mungkin dulu kainnya jarang, sekarang dah jadi tebal. Bukan masalah tudung, tapi aurat. Mungkin juga dulu baju ketat, sekarang dah jadi longgar. Mungkin dulu baju kecik, sekarang dah jadi besar. Bukankah itu satu perubahan? Yang penting, kita sanggup berubah dan tetap lah beristiqamah pada jalanNya. Alhamdulillah, ramai artis yang mula bertudung, kita doakan semoga mereka berterusan dalam kebaikan. 

Nak berubah atau tidak? Tanya diri sendiri. Kata kunci nya, berubah!!

P/s : Tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa, tidak berniat nak cakap mana yang lebih baik. Cuma nak ajak kawan-kawan sama-sama berfikir untuk kebaikan masing-masing..itu je c: Saya sendiri nak pastikan diri saya sentiasa berubah menjadi yang lebih baik, bukan mudah nak "berperang" dengan diri sendiri kan~


 والسلام






Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

23 luahan hati:

Pupel Liyana said...

saya pun ingat nak berubah dan nak tukar kepada tudung besar,tapi sayang dekat pasaran terlalu banyak tudung yang pendek dan singkat. tapi tak pe, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. doakan saya, insyaallah:)

Nazihah@Jiha said...

setuju dgn kak Atikah! :')

kita sama kak,berubah ke arah itu^^ lillahitaala..

insyaAllah semoga istiqamah :)

Jie said...

Alhamdulillah..sama-sama kita berubah,even perubahan itu sekecil kuman sekalipun,lama2 akan jadi sebesar bukit.

Izzatul Iman said...

sekrang lebih mudah pakai tudung indon... sarung saja tak perlu pin. paling2 pun pin kat bawah dagu. mudah dan selamat untuk ibu2 yang ade anak kecil (mcm saya).

saiz pun ikut kesesuaian badan dan ketinggian. saya suka saiz M dan L. ade sesetengah tudung, saiz M dah cukup besar, kalau tak, mesti beli saiz L.

dan saya tak pin di belakang leher, takmo nampak bentuk leher. aurat juga tu kan? :)

Nuranis Iryani said...

sy suka dgn entri nie . dpt jg memberi kesedaran kpd sy :) terima kasih .

izfanora said...

alhamdulillah..

♥ MS ♥ said...

kalau nak berubah kena slow2, tak boleh mendadak sangat,kan? BTW, GUD LUCK. . saya pun ambil entry ni sebagai pengajaran. kadaang2 tak perasan jugak ada benda yang tak kena dengan apa yang kita pkai.

MERAH said...

Salam, sedang berusaha juga perbaiki diri.kisah Atikah sama macam sayaaa.heee :)

Norita Kamaruddin said...

Moga terus istiqomah atas perubahan yang telah anda lakukan.Senang2 sila ziarah blog saya..

NuMeeQah said...

sayang..!! kita ada pengalaman yg sama,,,~ sgt same...ada org bawa sy tuk brubah,,, samelah dulu lain..skg dlm proses nk brubah tuk lbh baik... alhamdulillah...~ :)

Fazreen Misbae said...

Em..mmg betul pun nak berubah jadi baik tu mmg ssh..tapi, nak berubah jadi jahat tu sekelip mata je boleh jadi..

sy dulu pun tak amek berat soal aurat...pakai tudung tapi aurat masih tak jaga..Alhamdulillah, Allah sedarkan sy dari pergi terlalu jauh dan sedang cuba perbaiki diri setiap hari..Insyaallah..

Sama2 doakan sesama kita... :)

fieha said...

alhamdulillah sudah pakai tudung yg agak besar..tapi bukan tudung labuh..Insyaallah akan cuba pakai tudung labuh..rasa selamat bila pakai tudung besar ni.. :)

Atie iskandar said...

tengh cuba untuk berubah secara perlahan-lahan. doakan saya ye :)

Fitrah Adnan said...

salam kunjungan.dah lama tak jejak kat sini..hehehe..

saya pun ada pengalaman yang sama...dulu free hair lepas tu mungkin sebab pergaulan,saya mula berubah..alhamdulillah...tapi saya akui masih ada lagi leaking sana sini...tapi selagi kita berusaha utk berubah insyaallah dibantukan??

salam ziarah sekali lagi..^O^

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah..moga2 istiqamah naa.. ^_^ baarakallahufik..

~AyuyuE~ said...

nice blog!!follow me back;)

rimbunhijau said...

mabruk, atas hijrah.

semoga semangat terus tabah, kental, dan cekal dalam bermujahadah. semoga terus istiqamah

may ALLAH always bless you..:)

Hamba Allah said...

salam alaik , kisah akk da lbey kurang mcm kisah sya just sya still ta istiqamah memakai stoking , tudung labuh and so on . tapy tudung plus baju da dilabuhkan seperti mna yg dituntut oleh islam cuma ta dew lah laboh mcm dlm gmbr. huhu !! still trying na istiqamah .

Nisa Izzati said...

Salam Ukhuwah, nak share dkat blog saya ! Nanti saya credit ye?? -TQ-

fidadriana said...

terniat jugak nak pakai tudung labuh @besar nih..tapi..fikir jugak nanti..ilmu agama x banyak mana,nanti org kata kita hebat pada pakaian,tapi ilmu di dada hampir tiada.segan bila membawa nama Islam bersama,tapi ilmunya sedikit shj.macam mana eh?

NUR HIDAYATI ZAINAL ABIDIN said...

Nice sharing... Akkpn baru berhijrah. Tudung yg lbh labuh.. Lbh tebal. Bawal bidang 55", pakai inner labuh skit sblh dlm. Alhamdulillah perasaan yg tidak dpt diucap. Selesa dan selamat. Harap istikhomah. Ameen.

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum atikah.

saya dah lama xmenjengah ke belog ukhti. Alhamdulillah sungguh perubahan itu susah. dan mahu istiqomah sebenarnya lagi susah.. saya ada buat entri pasal kenapa tudung labuh? tudung biasa pun tutup aurat jugak. dah lama. jemput singgah kalo ada masa nanti..;)

may Allah bless us. dan istiqomahkan kita dalam menjaga yang haq. amin..;)

p/s : izinkan sy masukkan blog ukhti dalam bloglist saya ea. hehe.

Layyinul Harir said...

assalamualaikum,

mohon share yang ukhti..
cerita kita hampir same..=)

saya backlink semula ye~~syukran!!=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula