Erti Hidup


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Hidup adalah satu perjalanan..perjalanan yang singkat. Kalau kita sedar, memang singkat sangat. Untuk apa kita hidup? Yang pasti kita dicipta sememangnya untuk beribadah kepada Nya dan juga menjadi khalifah (pengganti) Nya di muka bumi. Agak-agak kita menjalankan tugas dengan baik tak selama ni? Tepuk dada, tanya iman masing-masing..



Dalam hidup ni..ada berbagai-bagai manusia, ada kaya, ada miskin, ada putih, ada gelap dan sebagainya. Kenapa mesti macam tu..siapa pulak yang paling tinggi martabatnya?

Allah s.w.t dah jawab dalam Al-Quran tentang perkara ni dalam Surah al-Hujurat (49 :13)


Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


Ini lah namanya keadilan dalam Islam..bukan berkulit putih itu lagi mulia, bukan bangsa Melayu lagi tinggi martabatnya..tapi, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Taqwa juga boleh diberi maksud sebagai takutkan Allah, takut untuk melanggar perintah Allah dan takut melakukan apa yang dilarang oleh Nya.

Allah ciptakan kita ada yang kaya, ada yang miskin..ada hikmah di sebaliknya. Dia lebih tahu kita sesuai di "bahagian" yang mana..setiap orang ada fungsinya. Tak kira dia miskin atau kaya. Contohnya la kan, mustahil setiap orang bekerja jadi doktor..mesti akan ada yang jadi guru, ada yang jadi nelayan, jadi tukang sapu sampah dan lain-lain. Setiap orang ada sumbangannya kepada orang lain..kan. 

Setiap orang akan ada jalan hidup masing-masing..Allah dah beri kita akal untuk kita bebas memilih, Allah dah tunjukkan jalan untuk kita ikut. Terpulang kepada diri masing-masing untuk buat keputusan. Kalau nak masuk syurga, ikut jalan ke syurga..jangan ikut jalan lain pulak..mesti la tak sampai kan. Maksudnya..walau siapa pun kita..kita tetap dipandang Allah jika kita ikut aturanNya. 


Kadang-kadang ada terdengar orang kata, orang miskin tu pemalas..sebab tu tak berjaya. Bagi saya, mereka bukan pemalas..kadang-kala mereka lebih bijak dan lebih rajin. Cuma yang mereka tak ada ialah peluang

Contohnya : 

Kita tengok anak-anak orang yang hidup sederhana ni ramai yang bijak, tapi disebabkan kesempitan hidup..mereka tak ada duit nak sambung belajar. Akhirnya, mereka tetap dengan cara hidup yang lama..tapi, tak semestinya hidup mereka tak bahagia. Mungkin hidup mereka lebih dberkati sebab makan rezeki halal dan solat tak tinggal. Kalau orang kaya pulak..mungkin anaknya biasa je atau kurang pandai, tapi disebabkan ada duit. Dia boleh belajar sampai ke peringkat tinggi..

Ni sebagai contoh je..supaya kita tak pandang rendah kepada orang lain..tak mungkin semua orang akan dapat peluang yang sama dalam hidup. Masing-masing telah ditentukan. Apa yang penting, kita berusaha..teruskan berdoa dan iringi dengan tawakkal kepadaNya. Mohon yang terbaik daripadaNya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Biar hidup sederhana, yang paling penting diberkati..hidup untuk memberi, hidup untuk berkongsi, hidup ini hanya pinjaman sebelum kita meneruskan perjalanan ke alam yang seterusnya ~

P/s : Kita di mana??

Alam Roh ---> Alam Rahim ---> Alam Dunia (persinggahan sementara) ---> Alam Barzakh (Kubur) ---> Alam Akhirat (kekal abadi)

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Maksiat yang di "halal" kan?!


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Tanpa kita sedar atau tidak sedar, sebenarnya perkara ni berlaku. Dah lama sejak dulu, mungkin ada yang menegah tapi tidak diendah..sedar tak, ada maksiat yang seolah-olah halal?!

Eh, jangan nak merepek la Atika oi. Mane ade, maksiat halal? Tak mungkin la. Kan ada badan-badan agama, sentiasa mencegah perkara ni dan tak ada istilah maksiat halal pun. Nonsense. (monolog dalaman kononnye..hehe) Ada la, sape kata tak ada. Dalam filem tu =.=

Dalam filem Melayu tu bukan maksiat ke? Kadang-kadang tengok seolah-olah macam di " halal " kan je. Bukan apa, kadang-kadang kita sebagai penonton ni syok sangat tengok pelakon tu pandai berlakon sampai minat dekat pelakon dan cerita tu. Sedih la, seronok la, romantik la, apa-apa jela. Tapi kan itu hanya berlakon, berpeluk-peluk, pegang tangan, kiss-kiss ke. Mereka tetap bukan suami isteri..tu la hakikatnya.

Berpelukan

Pegang tangan

Pakai tudung "sementara"

Baju tak cukup kain #__#

Kepada peminat tegar filem Melayu, mesti tau gambar daripada cerita apa kan kat atas tu. Sebagai contoh je, kalau nak ikutkan terlalu banyak. Ada yang sanggup "menjual diri" je kadang-kadang diorang ni. Berkemban la, apa la. Tak ada pengecualian dalam Islam boleh buat semua benda ni semata-mata untuk berlakon..tak ada. Setiap perkara yang kita lakukan akan di hisab, tiada pengecualian walaupun berlakon. 

Kadang-kadang macam nak mempermainkan agama pun ada, kejap pakai tudung..kejap bukak. Kejap tutup aurat, kejap bukak aurat. Bila di tanya, katanya " Dah pengarah minta macam tu! " Habis tu, arahan Tuhan tak pula di endahkan..?? Kononnya nak cuba semua watak, jadi ustazah boleh..jadi perempuan jalanan boleh..hidup ni kalau terlalu mengejar dunia, apa pun tak dapat. Mungkin jadi macam ni disebabkan mereka tak tau hukum. 

Doakan semoga mereka mendapat petunjuk daripadaNya


P/s : Kalau tanya saya. saya tak minat tengok movie..kalau tengok pun, tak fanatik. Mereka semua manusia biasa, lagipun banyak maksiat dalam filem tu..seolah-olah macam "menyokong" pula. Lebih baik saya tengok cd sejarah imam Buhari, cd Ahmad Deedat. (Bukan nak berlagak konon baik). Ntah la ye, korang fikir la sendiri ~

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula