Home » » Hidup ini terlalu singkat

Hidup ini terlalu singkat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Waktu-waktu macam ni memang seronok untuk cari ilham..cari idea, buat keje, siapkan assignment, update blog salah satunya. Ok..gunakan masa yang ada dengan betul. Tak perlu cakap banyak-banyak sebab hakikatnya hidup ini terlalu singkat..singkat sangat. Korang rasa tak?


Hidup ini memang singkat kan..pejam celik,pejam celik. Dah masuk u rupanya. Masih ingat lagi kenangan waktu kecik-kecik dulu..main masak-masak, main jual-jual, main guli, main batu seremban, main tutup botol dan yang seumpama dengannya la.hehe. Memang cepat betul semua tu berlalu..bila duduk sorang-sorang, terkenang balik zaman dulu..kenangan dulu, seronok sangat rasanya. Lagi-lagi masa kecik. Bagi saya, waktu kecik la waktu yang paling bahagia dalam hidup..apa yang saya nak, semua dapat dan tak perlu bersusah payah nak fikir itu ini, main je kejenye. 

Yela, realiti hidupkan..yang tiada kepada ada, yang muda menjadi tua, yang ada kepada tiada semula. Kitaran kehidupan yang Allah tetapkan untuk makhlukNya. Semua tu mengajar kita supaya menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi ni. Sampai masa nanti, kita pun akan tiada..betul kan? Cuma masa dan ketika je tak diketahui..

Hidup ni memang singkat..tanpa disedari, masa berjalan dan terus berjalan dan kita pun semakin membesar, meningkat remaja dan nanti tua dan akhirnya kembali kepadaNya. Masa berjalan tanpa boleh diundur...benda yang paling jauh dengan kita ialah MASA dan yang paling hampir dengan kita ialah MATI. 


Oleh itu, hargailah apa yang ada disekeliling kita dan jangan biarkan nya. Sayangi orang yang menyayangi diri kita dengan sepenuh hati terutamanya ibu bapa dan keluarga. Jangan pula menyesal di kemudian hari..hargailah kawan-kawan serta orang yang ada disekeliling kita kini. Hargai juga setiap detik dan setiap saat yang berlalu..kerana walaupun sesaat, kita masih tak dapat mengulanginya kembali...


P/s : Tiba-tiba hati ni terasa sayu pulak..waktu stress, cuba duduk sendirian dan ingat kembali memori lama. Mesti akan gelak sendiri dan rasa macam nak balik ke zaman tu. Tapi hakikatnya tak boleh..kenangan tetap akan menjadi kenangan :)


 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

3 luahan hati:

keri ikhwan said...

dan tiap saat yg berdetik...
sbg petanda semakin kurangnya baki umur kt di dunia....
membawa kita makin hampir kpd mati...
kembali kepada Sang Pencipta.

PCL said...

salam, ambil peluang masa yg sunyi untuk muhasabah diri kerana itulah waktu2 yang sangat baik.

Nur Syazwani Khirizan said...

Makhluk ni bersifat baharu, tak sama dengan pencipta kita. Sebab tu sepanjang kita hidup ni, kita kena kenal pencipta kita memandangkan kita juga akan kembali kepadaNya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula