Bekas budak Sekolah Agama


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum

Biasanya kalau budak sekolah agama, mesti orang akan pandang..budak ni baik, bagus, cerdik. Eh, betul ke?  Mungkin sebab tak semua orang layak untuk masuk ke sekolah agama, hanya yang memiliki standard tertentu je yang dapat masuk. Tapi, saya rasa tak semua orang akan beranggapan begitu. Ada juga yang tidak memandang sekolah agama ni penting, mungkin SBP, MRSM atau sekolah biasa itu lebih bagus. Pandangan masing-masing, terpulang la kan..

Ok, saya bukan nak cerita tentang "SEKOLAH AGAMA" ..tapi, saya nak cerita tentang bekas pelajar atau paling senang, bekas budak sekolah agama. Ye..saya ex sekolah agama, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Bukan nak dibanggakan pun, tiada apa yang perlu bangga..


Bila masing-masing dah tamat zaman sekolah..biasanya SPM, jarang yang akan sambung STPM. Kebanyakan masuk matrik atau asasi di mana-mana kolej atau IPT. Bagi yang ambil STPM macam saya, suasana sekolah tu masih lagi terasa, masih pakai uniform sekolah..masih terikat dengan undang-undang sekolah. 

Apa yang saya nak ceritakan kat sini..kadang-kadang bila waktu di sekolah, kita di suruh ikut undang-undang contohnya pakai tudung labuh, pakai stokin, pakai kain dalam, buat itu buat ini. Kalau yang duduk asrama, lagi terasa "didikan dan asuhan" daripada cikgu-cikgu. Kalau di asrama, kena pakai tudung bulat, keluar mesti pakai stokin, bila di surau solat berjemaah, petang-petang baca ma'thurat, ada qiamulail, kadang-kadang ada tadarus al-Quran..macam-macam la lagi aktiviti yang cikgu kita ajar. 


Setiap perbuatan kita dikawal dan dipantau oleh cikgu atau warden kan? Mungkin waktu tu kita rasa terkongkong, rasa benci, menyampah dan macam-macam lagi sebab semua tu kita lakukan sebab terpaksa. Mungkin ada yang betul-betul budak baik..akan rasa biasa je la kan. ;)

Bila dah keluar sekolah..kita rasa kita bebas, bebas daripada kongkongan cikgu, yang mana jauh dari keluarga, bebas daripada kongkongan mak ayah. Kita cuba lari daripada apa yang cikgu dan mak ayah kita ajar..kita cuba lari daripada perkara yang kita tak suka nak buat. Kita rasa kita bebas sangat..

Tapi hakikatnya..kita lupa yang kita semakin jauh daripada Allah. Contohnya :

  • Dulu kat sekolah, pakai tudung labuh, tutup aurat dengan sempurna. Tapi bila dah keluar sekolah, tudung entah ke mana..aurat apa semua dah tak fikir.
  • Dulu kalau kat sekolah, petang-petang selalu baca ma'thurat..baca al-Quran. Tapi sekarang, al-Quran entah masih buka lagi atau tak..tak tahu la.
  • Dulu kat sekolah, sebelum tidur..kena baca surah al-Mulk ramai-ramai. Tapi sekarang, semua tu dah tak buat dah..
  • Dulu kalau kat sekolah, solat berjemaah kat surau..tapi sekarang, dah tinggalkan semua tu. 


Walaupun kita nampak perkara ni macam remeh je kan..tapi, ni la yang menyebabkan diri kita semakin jauh daripada agama. Sedangkan waktu kat sekolah, cikgu dah ajar macam-macam perkara, macam-macam benda, cikgu dah didik kita..tapi, diri kita sendiri yang masih tiada kesedaran bahawa perkara itu adalah satu kebaikan untuk diri sendiri.

Bila dah masuk u, kadang-kadang saya terfikir balik..bagus juga cikgu mendidik kita macam tu, walaupun pada masa tu mungkin kita tak suka..tapi, bila kita dah semakin jauh dan bila kita tersedar, kita dapat kembali balik pada "garis panduan" yang telah mereka bina dalam diri ni. 

Betu la macam yang saya pernah dengar, budak sekolah agama ni..walau jauh mana pun dia tersasar, dia akan tau macam mana nak balik semula sebab di dah ada "basic" agama. Tapi berbeza pula dengan mereka yang tiada didikan agama..mereka tak tau nak ke mana, itu yang makin teruk dan bahaya. Tak kira la dari sekolah mana pun, yang penting ilmu yang ada perlu diamalkan..

Agaknya elok juga ada "lembaga" yang tolong mengawal dan menjaga setiap apa yang kita lakukan..supaya kita tak tersasar jauh. Kalau kat sekolah dulu, cikgu..kalau dekat u, siapa? Diri sendiri la..



P/s : Tak cerita pasal orang lain, cerita tentang diri sendiri. Ada daripada pengalaman dan ada juga daripada pemerhatian. Cerita tentang diri sendiri sebab sedar diri yang diri ini pernah macam tu dan sekarang nak kembali dan berusaha nak menjadi yang lebih baik daripada itu. Ameen ~


Apa lah guna ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah. Dah tahu tapi tak amalkan..tak bermanfaat untuk diri sendiri apatah lagi orang lain.




 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Kenapa aku sering diuji ??


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum



Kenapa aku sering diuji ??



Dalam hidup ni, banyak sangat ujian yang mendatang..kadang kala tak putus-putus, pernah tak tercetus soalan ni dalam kepala masing-masing? Kenapa aku sering diuji ?

Adakah kerana itu adalah sebagai balasan dosa yang kita lakukan atau itu sekadar satu ujian untuk menguji kekuatan diri kita ? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Hanya kita yang tahu jawapannya..

Ujian datang adalah untuk menyedarkan diri yang terleka, ujian juga datang adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya, ujian juga datang adalah untuk membalas dosa dan kesilapan kita di dunia. 

Baik tak ujian ni ?

Bila dilihat dari satu sudut, ujian ini adalah satu masalah dan kesusahan. Tapi bila dilihat dari satu sudut, ujian ini yang menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya. Ia seolah-olah "menyedar"kan kita sebelum kita hanyut di bawa arus dunia, ia seolah-olah nak "ketuk" pintu hati kita supaya jangan jauh daripada yang Maha Esa sebab kebiasaan manusia bila susah baru nak cari Tuhan..kan ?


Tapi..

kenapa hanya aku sahaja yang selalu diuji ? bukan dia..ataupun dia ?





Ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita, hanya kita yang terpilih untuk diuji? Untung kan? Sedangkan orang lain Allah tidak hiraukan..kita beruntungkan ? Allah nak kita selalu dekat denganNya. 

Contoh :

Belajar di sekolah dah 6 tahun, bolehkan kita katakan dia seorang yang pandai ? 
Tak..
Selagi tidak terbukti, no reason kita labelkan dia seorang yang pandai walaupun dah belajar lama di sekolah.
Maka, sebab itu lah wujudnya UPSR untuk menguji siapa yang pandai dan siapa yang sebaliknya. 
Ujian itu dapat mengenalpasti status seseorang sama ada dia dapat kuasai isi pembelajaran atau tidak.


Macam tu juga dalam kehidupan..tidaklah dia dikatakan sebagai seorang yang beriman selagi tidak diuji. Kalau dalam keadaan biasa, semua orang boleh mengaku dia orang yang beriman kepada Allah, tapi bila datangnya ujian..baru tahu siapa yang sebenarnya beriman atau tidak.

Ujian itu satu perkara yang positif..set minda supaya lihat sesuatu perkara itu ada hikmahnya.
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..



P/s : Dalam kehidupan, jika hidup ini tiada masalah..tidaklah mencabar dan rasa hambar. Masalah ni best jugak kan? Saya belajar dalam subjek Keusahawanan, minda orang usahawan ni..mereka pandang bahawa masalah ini adalah satu peluang. Tak kira la apa pun, yang penting, masalah yang datang telah mengajar diri kita menjadi lebih kuat dan hebat ;)

والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula