Home » » Kenangan F6 STPM

Kenangan F6 STPM


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum


Entri ini sambungan daripada entri lepas iaitu

Salam Ukhuwah, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Form 6, Tingkatan 6, Tingkatan 6 Atas, Tingkatan 6 Bawah, MPM, Majlis Pelajaran Malaysia

Akhirnya kami berlima je yang ambil 6 bawah STPM pada tahun 07. Start bulan 8 baru kami belajar, lambat kan. Tu pun sebab cikgu suruh tunggu mana la tau ada lagi pelajar lain yang nak masuk. Tapi rupa nya tak ada. Saya, shafee, mira, dayah dan syukri. 4 orang perempuan dan 1 lelaki. Kelas kami di asrama lelaki sama dengan 6 STAM. Saya ambil aliran agama. 5 subjek semuanya..Pengajian Am, Sejarah, Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab. Alhamdulillah, exam akhir tahun lower 6 saya dapat 3.00. Tepat2 je tu. Dapat jadi pelajar terbaik untuk 6 bawah STPM. Jadilah, first time exam guna pointer. hehe. Waktu jamuan akhir tahun time 2007 adalah kenangan yang terindah dalam hidup saya. Biar saya je yang simpan sorang-sorang =]

Tahun 2008, saya time tu 6 atas STPM. Study macam biasa. Rasa lagi best daripada belajar waktu f1 sampai f5 sebab kalau belajar tu rasa macam study group je. Yela, kan tak ramai. Kalau agak-agak tak faham, direct je tanya cikgu. Cikgu pulak semua sporting. Memang seronok. Dengan cikgu pun macam kawan je. Waktu f6 la kenangan yang paling indah. Macam biasa, cikgu bagi tips2 untuk jawab exam, bagi soalan spot dan bagi latihan. 

Disebabkan kami agak rajin, saya dan kawan-kawan pergi KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) untuk minta soalan spot. Bijak tak kami.hehe. Memang berbaloi kami pergi sana tau. Kalau tak mauk 100%, 95% mesti masuk, kalau tak sebijik, hampir2 mesti ada. Betul3x. Waktu trial STPM, dapat biasa-biasa je. Harapan tu memang la nak dapat 5 A dan 4.00, tapi takut tak kesampaian sebab keputusan trial macam tu kan. Tapi saya tak putus asa, terus belajar dan belajar. Banyak2 buat latihan dan tengok soalan2 yang dulu-dulu punya.

Bagi saya, bentuk soalan STPM memang betul-betul menguji minda. Waktu exam, paling kurang saya mesti bawak 5 batang pen biru. Bajet setiap satu soalan mesti kena betul2 sharp, lagi2 paper sejarah. 1 soalan kena jawab paling kurang 4 muka surat. Hebat tak hebat la kan.hehe. Tapi bagi saya memang bagus, sebab dapat menguji kemahiran mengarang dan mengembangkan idea. Kemudian, kena pandai bajet masa. Kalau paper 3 jam, 3 jam jugak la tak berhenti menulis. Penat tapi puas ;)

Salam Ukhuwah, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Form 6, Tingkatan 6, Tingkatan 6 Atas, Tingkatan 6 Bawah, MPM, Majlis Pelajaran Malaysia
Gambar kurang memuaskan

Waktu seminar STPM, kami terpaksa ambil di KISAS sebab kami tak ramai. Ambil ujian Shafawi (ujian lisan Bahasa Arab) pun di KISAS jugak. Ambil exam STPM di Sekolah Menengah Shahbandaraya 2. Sementara tunggu result STPM keluar, saya ambil keputusan untuk cuba nasib jadi ustazah di SRAKJ (Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa, Klang) sekolah rendah saya dulu. Tapi dah banyak perubahan. Buat resume dan hantar sendiri ke pejabat sekolah. Kebetulan dapat jumpa terus guru besar dan terus je di interview. Petang tu, guru besar telefon dan alhamdulillah saya dapat kerja jadi ustazah kat situ. Waktu tu memang nak guna guru, sebab guru tu baru je berpindah. Start bulan 2, saya bekerja sebagai seorang ustazah yang mengajar Feqah darjah 5. Sambil isi masa yang terluang, sambil tu dapat pengalaman dan dapat jugak duit kocek. 

Bulan 3, result STPM keluar. Alhamdulillah saya dapat keputusan yang ok la.hehe.

Salam Ukhuwah, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Form 6, Tingkatan 6, Tingkatan 6 Atas, Tingkatan 6 Bawah, MPM, Majlis Pelajaran Malaysia
Salam Ukhuwah, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Form 6, Tingkatan 6, Tingkatan 6 Atas, Tingkatan 6 Bawah, MPM, Majlis Pelajaran Malaysia
Gambar kurang memuaskan

Kemudian, isi borang UPU. First choice, saya ambil Pendidikan Islam. Saya cadang nak ambil di UIA, tapi tak de. Jadi, saya pilih UKM, 2nd choice, Pendidikan Islam jugak di UM. Kalau nak ambil bidang Pendidikan, mesti 1st and 2nd choice je. 3rd tak boleh. Saya terus mengajar sampai bulan 5, alhamdulillah, saya dipanggil untuk di interview dan ambil ujian MEDSI dulu. Akhirnya saya diterima untuk ambil Pendidikan di UKM selama 4 tahun. Akhir bulan 6, saya berhenti sebab nak uruskan hal-hal yang berkaitan untuk masuk u. Macam medical check up dan lain-lain. Sekarang, saya merupakan pelajar Pendidikan Islam UKM yang bakal masuk tahun 3 bulan 9 nanti =]

Macam tu la kisahnya...nak buat sambungan lagi ke? Tak perlu rasanya.hehe.


والسلام 



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

8 luahan hati:

puteri ain said...

UKM ? dekat la kita . hehe

Mr AnOnymOUs said...

terbaik la result stpm awk!!hehe kna pgil kak nie..

minat jd cikgu ek?

Nazihah@Jiha said...

Alhamdulillah,
seronok baca pengalaman kak Atikah :)
Result stpm kak atikah mmg mantap r! :)

doakan sy dpt diupsi ya kak :)nak jd guru jg..hihi

Atika Aula said...

@puteri ain
yeke..awak kt mane? :)

Atika Aula said...

@Mr AnOnymOUs
alhamdulillah :)
minat, dr sek tadika lg.hehe

Atika Aula said...

@Nazihah@Jiha
alhamdulillah~
lepas daripada usaha keras kan. :)

fatinah said...

slm..akak..
kami pelajar lower6 kat kisas nk tanye kat akak apa faktor akak bjaya dlm stpm?tajuk R&D kami "persekitaran di KISAS menjadi pemangkin kecemerlangan STPM DAN STAM".Jadi kami harap akak dapat bg cadangan atau faktor kejayaan akak sepanjang kat KISAS.WASSALAM.TQ

fatinah said...

slm..
akak..kami plajar L6 kat kisas ingin bertanya apa faktor kjayaan akak sepanjang di kisas?
act, kami sdang mnjlnkan kajian tntang "persekitaran di kisas menjadi pemangkin kpd kcmrlangan STPM & STAM"
bagi akak, apa fktor kjayaan akak?dari segi
cg, kawan, kemudahan, dll?
syukran..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula