Home » » Kad Raya : Zaman Dah Berubah

Kad Raya : Zaman Dah Berubah


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum

Masih ingat lagi kenangan masa kecik, bila tiba bulan puasa..mesti berlumba-lumba dengan akak nak kumpul kad raya. Nak tengok kad raya siapa paling banyak. Lepas tu, posmen selalu la menyinggah rumah. Seronok betul masa tu.hehe. Bila malam raya, pergi tampal kad-kad raya tu dekat dinding rumah. Macam bangga la bila orang datang dan baca..

Lebih kurang macam ni le ha ~

Semua tu dah jadi kenangan la..masa dah berlalu, tradisi tu seakan dah dilupakan sekarang. Budak-budak sekarang pun dah tak berapa nak pandang kad raya ni ha. Kesian dia..hehe. Bila waktu nak pilih kad raya, mesti cari kad yang lawak-lawak sikit dialognya..beli bukan satu pek je, berpek-pek lagi. Kecewa bila orang yang kita hantar kad tu tak balas. Bila fikir balik sekarang ni, macam kelakar je semua tu.

Ingatkan sekarang ni dah tak dapat kad raya..rupanya anak buah bagi pulak. Yela..bagus jugak tu, disamping tu dapat mengasah kemahiran mengeja dan kreativiti masing-masing :p


Kad Raya Pertama :



Kad raya ni daripada anak buah darjah dua..tengok la, siap berbunga-bunga lagi ayatnye tu. Layan je la ~


Kad Raya Kedua :


Ok..yang ni pula daripada anak sedara darjah 1. Beza kan lelaki dan perempuan, kad raya dari lelaki simple je. Yang perempuan pulak, berbunga sana sini, warna warni sana sini. Dah memang fitrah sebegitu :)


Kalau difikirkan balik kan..orang sekarang dah tak nak bagi kad raya atas sebab-sebab tertentu. Contohnya kecanggihan teknologi (bagi kad raya online je), takde masa nak tulis-tulis (semakin sibuk), setem dah semakin mahal (betul3) dan lain-lain sebab. 

Kalau betul pun korang nak kad raya, kalau ada orang tag kad raya kat fb ke, bagi kat email ke, blog ke..korang print je la sendiri.hehe.

Akhir kata..saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah menerima amalan kita semua.
Taqabbalallahu minna wa minkum, Amin ~




 والسلام


Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

3 luahan hati:

Cik Fie said...

wah ! bestnye :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)

#Kalau Sudi , Komen La Sini :)

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/alhamdulilah-dah-cashout-says-my-dalam.html

insan_marhaen said...

Dulu dan sekarang sangat berbeza..

aindzaya said...

amboi..amboi..si pembuat kad raya pun..omeyynyerr laa...

Saya dah lama 0-0 dengan awak la :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula