Home » , » Wanita & Make Up

Wanita & Make Up


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Wanita dan make up..cukup dekat kan. Yela, perempuan kan sentiasa nak nampak cantik, lagi-lagi bila keluar dekat public. Kalau boleh, nak dia la yang paling cantik. Oke, itu fitrah perempuan. Tapi, kita boleh didik diri kita dengan iman dan ilmu yang ada..bersederhana dalam setiap perkara. Itu yang terbaik. 

Mungkin ada dalam kalangan korang yang baca entri ni or mak ke, akak ke, adik ke yang terlalu obses dengan make up. Setiap bulan, belanja banyak habis ke barang make up. Lepas tu punya la lama nak bersiap-siap bila nak keluar sebab make up tebal, kalau takde make up sanggup tak keluar. Bagi saya, mereka yang terlalu bergantung dengan make up ni mereka yang tiada keyakinan diri. Yela..sebab tak yakin dengan diri sendiri sebab tu bergantung kepada benda lain untuk nampak cantik. Tak gitu?


make up set
Adakah barang make up korang macam ni ? #__#

Saya agak pelik dengan mereka yang sanggup bermekap tebal semata-mata untuk nampak cantik..siap dengan bulu mata palsu, gincu merah menyala, blusher dan sebagainya. Pendapat saya, daripada pakai make up lebih baik beli barangan kesihatan, biar kita cantik dari dalam. Tak perlu make up tebal-tebal..tapi yang paling cantik, cantik budi bahasa. Muka cantik tapi tak ada adab..tak kena jugak.

Oke..serius tak cantik langsung :p

Cuba tanya dekat lelaki..biasanya lelaki suka perempuan yang tak make up, maksudnya natural beauty. Kalau nak pakai pun sekadar nak hilangkan pucat kat muka ke..pakai yang basic je. Perempuan dah sememangnya menjadi tarikan kepada lelaki ditambah lagi dengan make up yang tebal, lagi la menjadi tarikan. Bangga ke ramai lelaki yang terpikat??  

Mereka yang bermake up tebal ni mungkin juga boleh dikatakan berhias untuk orang lain, bukan suami. Yela..tak kan bila kat rumah nak pakai blusher, nak pakai bulu mata palsu dan lain-lain. Of kos la bila keluar baru diorang bermake up tebal. Jadi kesimpulannya, berhias untuk siapa? Jawab la sendiri..kadang-kadang ada yang terover make up, nampak macam badut pulak. Oke, jangan marah. Serius cakap. hehe.

Bukan nak condemn mereka yang suka make tebal..tapi hakikatnya kita memang akan tua. Cukup la dengan menghiasi diri dengan berwajah manis dengan senyuman dan berwuduk. Cantik dalaman tu lagi penting berbanding hanya kecantikan luaran. Bila dah cantik kat dalam..akan membawa kepada cantik luaran. Kasi make up peribadi dan rohani dulu :) habiskan dulu untuk makanan tambahan rohani dan jiwa..itu lebih penting.

Eleh..aku tak make up pun cantik je. Jeles ke! hehe

P/s : Sori kalau ada yang terasa..saja nak berkongsi cerita :)
Gambar di atas tu anak buah saya ~

 والسلام




Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

5 luahan hati:

mummY daniSha said...

memang x reti make up heee...untungla cik hubby..jimat wit make up heeee

fieha said...

semulajadi itu lebih indah :)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

sy pon pakai yg basic je..sekadar nak bg muka nmpak segar..kalau nak pergi majlis2 pakai sunscreen cosmoderm..kalau x pakai toner dan bedak debu aje.. ;)

Umi Nazrah said...

pakai bedak ngn lipbalm pun dah ok kan ;)

amirahyusoff said...

tak reti pakai mekap :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula