Home » » Pengemis

Pengemis


بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum


Gambar hiasan je >__<


Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan si isteri. Dengan lantang dan kasar, dia menjawab, "Tidak payah. Halau sahaja dia dan tutup pintu!" Wanita berhati mulia itu terpaksa  menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis.

Tidak lama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya bankrup. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan sifat dan tabiat suami isteri berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru hara dan akhirnya bercerai. 

Tidak lama selepas tempoh iddahnya tamat, wanita itu berkahwin semula. Kali ini dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan dengan suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat keadaan pengemis yang daif. Lantas dia berkata kepada suaminya, "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis ini?"

"Ya, berilah makanan kepada pengemis itu." Selepas memberi pengemis itu makanan. Si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, "Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"

Si isteri menggelengkan kepalanya lalu berkata dengan sedih, "Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menkjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas suamiku." Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, "Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya!"


Pengajaran : ???


P/s : Saya ambil cerita ni dalam sebuah buku yang bertajuk Diari hidup Rasulullah s.a.w. 

 والسلام



Syukran kerana sudi membaca..boleh Like dan Share entri ini

10 luahan hati:

Unknown said...

jgn kedekut....

INNANIE ARIFFIN said...

walau siapa pun dia, dia tetap manusia dan kita sesama manusia tak layak menghina. nak bagi, bagi. tak nak bagi, tak pe. tak perlu halau atau kutuk2 kan!

nazirah said...

sedihnye.. mcm tu la kan.. jgn sngke bile kte da kaya kte akan kaya selamanya.

sea_lavender said...

Subhanaallah... kuasa Allah segalanya..Lihat la kte tidak seharusnya kedekut pd apa yg kte miliki bersedekahl walaupun hnya sedikit dan apa yg kte mampukan.. :')

Isyraf Imrani said...

Dunia ibarat roda!

Vampire Lalola said...

MasyaAllah! :)

fieha said...

sedekah walau sedikit jika niat ikhlas insyaallah Allah pasti berkat...

Solihin Zubir said...

what goes around comes around...

Allah itu Maha Adil..

Anonymous said...

subhanallah. pernah juga pos tentang kisah ini..;)

mummY daniSha said...

hi salam kenal...what goes around comes around kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Copyright Control : Atika Aula